Assalamualaikum.
Heh, dah start masuk lab, mula la nak main. Tak sedar sem kedua dah nak habis. Balance lagi 2 sem. Macam tak buat apa pun lagi. Dah la balik rumah tak belek buku.
Kat rumah, rutin harian dah bertukar kepada membelek Alya Amani. Kerja rumah, suami bertanggungjawab. Yihaaaa.. ^_^
Perkara pertama,
Pagi tadi, on the way ke lab, dalam kereta saya dengar Hot FM. Memang hari-hari pun kereta tu saya pasang Hot FM.
Isu dia, pasal kenapa wanita tempatan lebih suka kepada lelaki asing. Ada sorang caller ni cerita pasal kawan dia yang bercinta dengan lelaki Nigeria. Reason kenapa kawan dia tu memilih lelaki asing adalah kerana lelaki asing adalah lebih gentleman, kata dia la.
Hmmm. Rasa macam pelik. Macamana ye? Mungkin sebab saya dah berhadapan dengan macam-macam ragam lelaki warga Nigeria ni kat UIA dah lama membuatkan saya tidak menyokong statement wanita ini. Ok, bukan nak kata semua tak OK. Some of them are ok. Solat 5 waktu memang masjidlah tempat dia. Tapi some of them lagi yang agak hampeh.
Gentleman?
Saya rasa macam tak ada langsung. Tak nampak pun. Mungkin dengan wanita-wanita terpilih je kot dia berkelakuan sedemikian. Saya rasa cinta hati saya lagi gentleman. Hahaha. Hep, kalau isteri tak puji suami sendiri, takkan kau pulak nak puji suami aku? Ye tak? Hihihi.
Caller tadi cakap, kawan dia kata lelaki tempatan mana ada bagi-bagi bunga on anniversary or any events lain. Heh. Siapa kata? Ramai je suami-suami yang suka bagi bunga. Kita je tak tahu. Macam saya, anda tahu lah sebab saya blog. Bukan semua orang blog. Betul tak? Lagipun, tak kenal maka tak cinta. Heh. Relate ke pepatah tu? Macam suami saya, dah sah jadi isteri dia baru dia berkelakuan aneh sebegitu. Ok. Bukan aneh. Tapi manis dan menawan hati. Heee.
Dah jadi hak milik abadi baru perlahan-lahan menambah kemanisan beliau dan sering membuatkan saya melting. Dulu zaman berchenta, mana ada surprise pos-pos bunga ke rumah neh. Surprise lain pun tak ada. Bayangkan, birthday saya yang pertama lepas jadi girlfriend dia, dia beli kad masa keluar dengan saya and tulis masa saya gi beli makanan. Lepas tu terus bagi. Tak happening langsung. Tapi, apa yang penting, saya sayang suami saya.
Perkara kedua,
Masalah saya yang semalam masih belum selesai. Masalah yang mana? Ok, masalah breastfeeding yang satu itu. Sekarang, dah keras and bengkak. Tapi slowly lembut bila kita tuam. Tapi, problem dia susu tanak keluar macam hari-hari sebelumnya. Setakat menitis-nitis even sebenarnya cik B dah rasa sangat full and berat. Biasanya, kalau begitulah keadaan cik B, pam sekejap je dah boleh dapat hampir 2 oz. Tapi disebabkan cik B saya jarang berkeadaan begitu kerana cik Alya Amani kuat menyusu, saya selalu pumping susah nak dapat 2 oz each session.
Kesian tengok anak kelaparan. Dia gigih duk sedut, tapi tak keluar. Terus marah lah. Ye la, dah lapar, sekali sedut, tak dapat. Sape tak marah. Ye tak?
Bagi yang lagi sebelah, berdeguk bunyi dia telan. Ya ALLAH, kesiannya kat anak aku. Lapar bukan main-main lagi dah. Lepas minum, terus tidur nyenyak. Hailaaa. Kesian anak ibu yang bijak.
Saya cuba check kot ada blockage lagi. Tapi macam dah tak ada. Saya cuba picit guna teknik Marmet. Pun tak jadi. Tak keluar macam selalu. Slow aje. Kenapa ye? Sedih la macam gini. Kesian anak. Saya sakit tak apa lah sebab dah pandai cari ubat sendiri. Anak lapar, bukan dia boleh start kereta pegi makan kat mamak stall. Kan?
Any suggestions tak untuk saya atasi masalah ini?
Thank you semua.
Have a nice day!
No comments:
Post a Comment