Sunday, April 22, 2012

Kisah Labor Yang Unforgetable

Assalamualaikum.
Haih, tetiba teringat kembali saat-saat genting hadapi labor 39 hari yang lalu. Subhanallah. Sakit. Tapi memori indah. Alhamdulillah Si comel dah depan mata, boleh dipeluk cium setiap hari. ^_^

Apa yang anda tak boleh lupa pasal labor anda?
Saya? Jom baca.

Yang paling-paling tak boleh lupa, masa kena sorong masuk OT. Saya macam lost masa nurse bagi 'pakaian seragam' OT. Huhu. Tapi tukar tetap tukar la. Yang tak tahan, when the doc cakap, "Ok, proceed to OT la. Slow sangat progress ni." On the spot saya rasa half of sakit hilang. Yes, hilang. Just like magic. Adakah itu bermakna saya memang hoping for c-sect? Wallahua'lam.

Nurse cakap dia nak kena masukkan tiub kencing. Oh. Itu paling saya seriau. Takut. Macam sakit je and yes, agak sakit la. Tapi lagi sakit contractions. Rasanya sampai bila-bila saya dah tak rela kot nak dipasang tiub kencing tu lagi. Tak rela. Betul.

Masa nurses sorong saya ke OT, saya blur. Terbaring je. Nampak la alam sekeliling. Tercari-cari jugak encik asben. Tapi dah spek dorang tak bagi pakai. Menggagau lah saya. Yang saya ingat, dah hampir sangat nak masuk OT, dengar suara ummi saya mententeramkan seseorang dengan berkata, "InsyaALLAH tak ada apa. Kita doakan je." Oh, ummi saya begitu cool. Sangat yakin dengan anak dia ni. Hihi. Naluri ibu. Must be true lah. Hehehe. Lepas settled semua barulah saya dapat tahu yang yang ditenteramkan ummi adalah MIL. Saya ingatkan encik asben. Sempat lagi dia buat-buat cool agaknya. Hiii.. Itu adalah the 2nd time dia tengok saya masuk OT. The 1st time was masa kat PPUM.

Dalam OT, the anesthetist suruh saya halakan belakang pada dia. Nak masukkan ubat agaknya. Saya ikutkan aje. Dia suruh tegakkan badan, saya tegakkan. Dia suruh peluk bantal, saya peluk. Katanya nak masukkan ubat. "Sakit sikit ni, awak kena tahan." katanya. Dan saya hanya mampu "hmmm"kan aje. Tak ada energy dah. Punyalah tunggu bila nak siap. Sebab saya tak rasa apa. Tiba-tiba dia suruh baring dah. Dan haruslah terkejut bukan main lagi. Kata sakit.

Masih kisah dalam OT. Before dorang proceed dengan procedure bius bagai, dorang ada tanya saya puasa ke tak or dalam kata lain pukul berapa last saya makan. Honestly, hari tu saya makan jam 12 tengahari. Food provided by hospital. Jam 2 saya masuk LR. Memang itu last meal saya amek. Dalam LR ada minum air masak sikit. Seriously sikit. Doc kata, it's ok since your last meal dah lebih 12 hours. Dia brief itu ini, saya dengar gitu-gitu je sebab ngantuk. Kesan pethedine yang saya minta di LR agaknya. Contractions pun dah tak rasa sebab dah bius. Doc kata, throughout this operation, I might feel people 'kerjakan' perut but not the pain. Oh. Whatever lah. Yang penting baby kua dengan selamat. And doc kata I might also feel like vomiting. Kalau rasa, inform. Ok. Roger that.

Once the operation starts, saya tak rasa apa. Just rasa la orang 'kerjakan' perut saya. Rasa dorang macam tolak-tolak bahagian ulu hati. Maybe tolak baby supaya keluar. Saya pun tak pasti. Sedang mereka mengerjakan perut saya tu, tetiba rasa nak muntah. Terus jerit panggil nurse. Dan, yes.. Saya muntah. Doc terkejut sebab dah lebih 12 hours saya tak makan apa-apa. Doc kata, it looks like your meal tak digested pun. Macam fresh meal. Sakit sangat eh sampai food pun tak digest? Dia tanya. And saya diam je. Nak kata apa kan? Huhuhu..

Ok, dah settled semua dorang sorong saya ke satu tempat yang saya pun tak dapat nak recognize. Tak familiar langsung. Yang saya tahu, saya rasa sejuk gila. Extra sejuk dan menggigil. Fuh. Rasa macam tak boleh nak describe langsung. Sejuk yang amat. Lepas operation ectopic tempoh hari pun tak da rasa macam tu. Dorang suruh saya gerakkan kaki. Ok, boleh bayang? Kaki tak dapat rasa apa-apa, nak suruh gerakkan pulak. Hadoi.

And.. itu sahaja. Alya Amani dah teriak suruh angkat dia dari tilam. Siang hari, macam tu lah dia. Tak suka sangat duk kat tilam. Alahai anak. Nanti kat nursery tak ada orang nak pangku. Ubah la tabiat tu sayang ye. Ibu dah malas nak layan sangat. Biar anak ibu tak jadi budak manja.

2 comments:

ashra said...

Apa yang telah kita harungi,pasti membawa kenangan manis selepas itu kan..memori disimpan ketat

N.M. Noor said...

@ashrabetol..:)

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015