Friday, April 20, 2012

Boleh pulak terlupa

Aisey. Apa yang terlupa? Huhu. Jap, bagi salam dulu.

Assalamualaikum.

Ni ha, nak dijadikan cerita la kan.. Disebabkan nervous sesangat nak hadapi pengalaman bersalin yang pertama, banyak benda yang saya terlupa. Gila betul. Huhu.

Yang paling tak boleh blah, saya boleh terlupa nak mintak ampun ngan ummi saya. Ok, itu tak apa lagi. Paling haru, gua lupa nak mintak ampun ngan laki sendiri der... Gila tak gila la kannnn? Hahaha. Padahal kedua-dua insan penting tu ada bersama saya secara bergilir-gilir dalam LR. Nampak tidak saya dah macam lost sebab diserang contractions tersebut? Huhuhu. Dah la masa duk menahan sakit tu encik asben tolong urut pinggang nak tolong bagi kurang sakit saya boleh dengan selamba tepis. Gua rasa tak membantu pon der. Sakit yang amat. Tapi kadang-kadang berhasil jugak. Masa ummi masuk, incik asben keluar, saya hampir-hampir menangis cakap ngan ummi yang saya sedang sakit yang amat. Mata bondaku itu turut berkaca. Hiks. I love you lah! Incik asben pun sama. Dia yang rajin duk kerling CTG machine. Stiap kali dia tengok bacaan tinggi, sebok duk tanya, "sakit yang?" Hahaha. Of course sakit lah dear. Time tahan sakit sampai terpejam-pejam mata, mata dia juga turut berkaca. I tau you sayang I. Kan? Kan? Ngehehe. Eh. Tapi tu la, seriously tak ingat langsung nak mintak ampun. Kalaulah tak panjang umur, tak tau lah macamana. And.... sebenarnya, kalau saya ingat pun saya rasa tak tau macamana nak mintak ampun. Kompem menanges-nanges. Huhu

Lepas tu, masa dalam LR patient hanya dibenarkan minum air masak yang nurse bagi. Ok, tu semua orang tahu kot. Ni kesah ubat kampung yang nenek saya bekalkan tempoh hari bersama minyak selusuh. Ada 2 bijik. Sebijik saya kena telan masa mula rasa contractions and lagi sebijik bila dah masuk LR and contractions makin kuat. Sebijik pertama saya sempat makan. Masa tu dalam ward. Lagi sebijik asben buh dalam poket dia. Konon standby la bila da sakit sesangat dalam LR nanti, terus telan je. Tapi, apakan daya. Dah memang Allah takdirkan csect untuk saya. Redha aje lah.

Masa dalam LR, saya menahan sakit sampai dehydrated. Bayangkan habis kering bibir dibuatnya. Dan saya boleh terlupa saya dibenarkan minum until asben amek gelas and suakan straw ke mulut saya. Fuh. Bila ingat balik, rasa macam, dah aku ni kenapa? Haaa. Macam tu lah.

Haaa. Dalam banyak-banyak kes terlupa ni, part mintak ampun tu la yang paling tak boleh blah. Aisey. Nasib baiklah umur ni panjang lagi. Kalau tidak, na'uzubillah.

Apapun, episod sakit bersalin dan berakhir dan kini saya kembali merindui saat-saat indah berbadan dua. Sakit tu rasa macam tak ada apa sangat. Lagipun, bila difikirkan sakit, tak kemana jugak sebab nak, tak nak memang kena hadap jugak. Ye tak? So, follow the flow.

Mom-to-be, jangan takut-takut. Jangan risau-risau. Sakit nak bersalin ni rezeki Allah untuk masing-masing. Ada yang dilated 5,6 cm tapi tak rasa apa pun. Ada yang baru 1 cm tapi sakit dah separuh mati. Masing-masing punya bahagian. Cuma, sebelum sampai waktu tersebut, banyak-banyak berdoa agar Allah bantu bila dah sampai masa nanti. InsyaALLAH next pregnancy saya nak cuba sedaya upaya untuk normal. Walaupun terpaksa meletakkan nyawa sendiri sebagai taruhan. InsyaALLAH, tak ada apa. Allah Maha Bijaksana. Dia yang ciptakan semua ni.

2 comments:

Wawa said...

Ye sy pun lupe nk mintak ampun kat en suami dan mak...hiks~ bile da bersalin baru teringat n time tu baru ckp alamak lupe nk mntak maap..haha..tragis sngguh~

~cahaya~ said...

@Wawa Hihihi..wa ok lg sbb asben ada sblh spjg proses bsalin..sy ni masuk OT..huhu..extra tragis. :P

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015