Monday, April 23, 2012

Alya Amani, 40 days.

Assalamualaikum.
Today, Alya Amani dah 40 hari dan hari terakhir saya berpantang. Alhamdulillah. Finally, it's over. Tapi, mungkin akan masih meneruskan menu yang sama sampailah saya rasa boring. Dah abes confinement pun, tak bererti boleh makan sesuka hati. I feed Alya. So, everything kena jaga. Tak apalah. Anak. Tapi, saya nak jugak makan KFC. Kempunan sangat. Agaknya sebab masa pregnant saya tak rasa nak makan KFC kot. Bagitau emak saya teringin nasi ayam. Dia gelak. Huhu. Lucu ke orang baru habis pantang mintak nak makan nasi ayam macam orang mengidam mengandung anak pertama? Heeee...

Alya Amani?
Ok, now saya nak panggil dia Alya pulak. Sounds sweet and jelita gitu. I got a friend named Alya and she's gorgeous. So sekarang, memandangkan si kecik ni dah besar sikit, I want to call her Alya. Hopefully she'll be like my friend, Alya. Cantik, pandai, solehah, all in one package lah. InsyaALLAH.

Alya dah pandai memberi respon kepada alam sekeliling termasuklah orang - orang yang bercakap dengan dia. Alhamdulillah. Dan dah pandai senyum (kadang-kadang). Kalau menangis masa dia terjaga dari tidur tak ada orang teman, bila kita sua muka, Alhamdulillah, dia diam. Clever girl. ^_^

Dia dah makin kuat. Kaki tangan semua dah makin kuat. Makin tinggi. Just like Tok Ayah and Ayah Ngah dia. Alhamdulillah. She did not inherit me. Rendang. Haha. Kalau time mengamok, habis ditendangnya. Kadang perut Czer saya pun jadi mangsa. Terasa lah jugak. Tapi tak apa. Anak.

Kuat meronta kalau kemahuan tidak dituruti. Haha. Especially when it relates to susu. Feeding her masa susu keluar tak laju adalah satu cabaran. Sebabnya dia akan meronta-ronta. Haih anak ibu.

Girlish appearances dah mula obvious. Yang paling obvious, long eyelashes, bukan macam ibu, mungkin macam ayah. Plumpy red lips, of course macam ibu, bukan macam ayah. Sparkling big round eyes, MIL kata macam saya. Saya pun tak pasti sebab sekarang mata saya dah kecik. Akibat wearing spectacles kot. I don't know. Rambut lebat dan lurus dah makin cantik, macam ayah, bukan macam ibu. Hihihi

These 40 days, banyak yang saya dah belajar. Especially yang berkaitan dengan cik Alya Amani. Yang paling best, saya rasa macam super hero bilamana anak menangis meraung, orang lain pegang semua tak jalan. Bila saya pegang, it's like magic. Terus diam.Weeeeee. Happy!

Hari-hari saya bersama growing Alya Amani adalah mencabar. Sangat-sangat! Tapi tak apa, precious!

Ok. Done. Ketahuilah oleh kamu entri ini dikarang while feeding Alya Amani. Gigih tak? Hahaha

2 comments:

Shakina Farhan said...

bestnye dah habis pantang..time ni la nak balun seme yg xdpt makan kan..best nama alya amani..:)

~cahaya~ said...

@Shakina Farhan itulah pasal. tp tak boleh jgak kina. akak bf. kesian bby nnt. kina dah boleh la list out nama bby girl yg sesuai. hihi

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015