Friday, April 27, 2012

A confession : Breastfeeding

Assalamualaikum
Breastfeeding? Owesome kan? Seronok dapat breastfeed anak sendiri. Rasa macam precious sangat.

Kisahnya begini...
Masa pregnantkan Alya, susu tak pernah leaking dan saya mula susah hati sebab ada kawan tu in week 16 dah leaking. Tapi, saya tenangkan hati dengan menganggap bahawa ini kandungan pertama. So, possible kot susu tak leaking. Tapi dalam hati, "dia pun 1st pregnancy. Leaking jugak." Hahaha. Saya memang begitu. Di luar tabah. Tapi hati berkata-kata. My bad.

On the day she was born, sedih sangat saya tak dapat nak fed dia on the spot. I mean within one hour afterbirth, Alya tak dapat breast milk which orang duk sebut-sebut sangat penting, colostrum. Disebabkan saya c-sect, haruslah 6 jam kena lying down macam orang habis darah. Frust. Tapi sebab penat sangat, saya tertidur tak sedar apa. Alya was not with me masa tu. Lepas je Darling Husband azankan, nurse ambik balik dan saya yakin, makanan pertama Alya was formula milk. Saya harus redha. Kalau tidak, nak biar anak kelaparan? Lagilah saya tak rela. Eh, hospital rakan bayi pun susukan babies dengan fm ke in case of mommies macam saya ni? Seriously saya tak tahu.

Subuh hari yang sama, Darling Husband, Ummi and MIL datang ke katil saya dan masa tu Alya was with me. Tidur nyenyak ditempat khas dia. So comel anak ibu. Sucinya muka baby. At the same time saya still macam tak percaya yang saya dah bersalin and dah selamat semua. Mungkin sebab saya tak rasa sakit meneran and sakit episiotomi. Mungkinlah. MIL and Ummi suruh saya susukan Alya and saya memang sangat teruja. 1st time breastfeeding dan itu adalah impian saya, siapa tak teruja kan? MIL bawakan Alya kepada saya and I fed her. Alhamdulillah, anak ibu anak yang bijak. Pandai cari teat, pandai latch, pandai suck dengan betul.

MIL risau susu saya tak keluar. Ummi pun sama. Memang masa tu picit-picit tak ada pun susu yang terpancut keluar. Tapi saya tak risau sebab masa Antenatal Class tempoh hari, nurse ada bagitau awal-awal susu memang tak banyak. Just nice untuk volume perut newborn waktu itu. Alya nampak kenyang since dia tertidur lepas saya fed dia. Alhamdulillah.

The next day, orang keliling keep on worrying pasal susu saya tak cukup. And saya sangat sedih. Darling Husband knows me well and dia pun berharap saya dapat breastfeed Alya secara exclusive. Dia yang banyak bagi support. Petang itu, disebabkan terlalu risau, I called nurse yang pakar pasal breastfeeding ni kat PPUM. And kata-kata dia membuatkan saya kembali bersemangat. Apa yang penting, saya harus terus bf Alya on demand. Whenever.

Alhamdulillah, on the day saya discharge, saya bengkak susu. Oh. Sakit woooo. Tapi belum tahap serius lagi la. Saya cuba pam. Dan lega. Masa di rumah, banyak kali saya menerima gesaan agar bagi Alya fm. Sebab dia meragam and orang kata susu saya tak cukup. Sedih. Tapi Alhamdulillah, masih mampu mempertahankan hak susu ibu untuk Alya.

Orang kata, malang tidak berbau. Kan? Ada sehari tu Alya betul-betul meragam. Refuse to bf. Saya sedih. Hilang arah lalu suruh husband belikan fm. Dan bermula lah episod fm dan Alya. My aunty tolong susukan dia since saya masih ragu-ragu nak feed anak dengan feeding bottle. Tak yakin. Saya suruh husband bancuh fm tu half of sukatan sebenar. Half scoop with 60ml warm water. Dengan harapan rasa fm adalah tidak sedap berbanding susu ibu. Hihihi. Lucky my aunty pun macam support breastfeeding. Dia fed Alya slowly. She tried so hard untuk tidak habiskan susu tu. And memang tak habis pun. Lepas je bagi fm, terus saya bf balik. Risau kalau-kalau Alya lupa rasa susu ibu lepas dah dapat fm. Saya kan paranoid. Huhu.

Episod fm berakhir disitu. Sempat la bagi Alya 2 kali kot. Di kampung pulak bersambung kisah fm ni. Dalam tidak rela, saya relakan juga. Sebab ada 1 hari saya mengalami kesakitan yang amat pada nipple dan tak boleh nak feed Alya. Sedih. So ummi suggested untuk bagi fm. Saya redha. Tapi bancuhan tersebut memang sengaja dicairkan.

Tapi, clever Alya will directly refuse the bottle of fm bila before tu kita fed dia dengan EBM. She knowS the taste. She can even differentiateS them. Alhamdulillah. Anak ibu masih nakkan susu ibu. ^_^ Lagi satu, kalau minum fm, confirm banyak yang menjejes keluar dari yang dia telan. Kalau EBM, semua habis dia telan. Tak ada menjejes pon. Clever girl. Alya support ibu untuk terus bf.

Dan sekarang, Alya and saya sangat enjoy breastfeeding. Alya definitely enjoy the breastmilk. And saya enjoy loosing weight. Alhamdulillah. Cuma yang dirisaukan sekarang, saya masih belum dapat buat stok EBM secara meriah since sekali pam, maximum dapat la 2oz.

Dah try power pumping, tak jadi.

Makan banyak, of course.

Milk booster? Taken.

Saya cemburu dengan ibu-ibu yang boleh dapat 5-6 oz untuk sebelah side sahaja sekali pam.
Kenapa saya tak macam tu ye?
Is it depends on orang jugak?
Or adakah kalau mak kita dulu susu tak meriah, kita pun akan jadi macam tu jugak?

Ummi kata dulu dia dapat susukan kitorang until 4 months je paling lama. Lepas tu susu kering. Orang kata, supply of milk will based on demand. Kalau lagi kerap anak bf, lagi meriahlah milk production. Dan sekarang ini saya cuba pegang kata-kata tu.

Hmmm.. Mommies out there, ada suggestion tak untuk saya nak meriahkan susu ni? Next month dah nak masuk lab. Alya akan tinggal kat nursery. I really need to prepare the stock. Help me..

4 comments:

Mommy_ima said...

sy pun pam biasa dpt 2oz je..huk3.. :( tp xpe, masih terus semangat bf baby! sikit2 lama2 jd bukit..and now my baby is 8mo :)
ape yg sy buat agar susu still cukup even mcm kais pg mkn pg, kais ptg mkn ptg.. - tandem pumping (baby susu seblah, n seblah lg pam waktu yg sama. ada part nnt bila time susu kuar laju, boleh la dpt stok lebih sikit.. :)

N.M. Noor said...

@Mummy GreenyHouse tu la. yg penting kena gigih.. mummy campur fm dah ke bby tu?

Unknown said...

saya ni nampak gaya kena jugak beli pump tu... apa yg ok eh? saya ingat saya dok umah x keje bolehlah direct feed...

tapi ada waktu2 baby tanak minum.. maybe dh kenyang or ngantuk sgt (skang ni malam dia tak bangun dah... pukul 6 pagi baru bangun nak susu...) jadinya rasa sedih bila susu kuar gitu je abis basah cadar huwaaaa.. sebelum ni pukul 2/3 pagi mmg akan bangun menyusu tapi ntah dah berapa hari ni... kita kejut dia takmo bangun...

hospital rakan bayi bese dia akan tanya nak campur fm or tak... kalo kita ckp tanak campur.. dia tak campur.. tapi saya hari pertama tu mmg susu tak kuar huhu.. sian tgk baby isap tapi tak dpt.. maybe kedudukan saya baring susah kot.. dh operate nak wat lagu mana terpaksalah.. takkan nak biar anak lapar kan

N.M. Noor said...

@Sakura aini pakai medela harmony.. best.. :) eh..kalo dia tade tnye nk cmpur or tak..means diorang blum feed bby kte la kan?

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015