Thursday, April 12, 2012

Amani, kenapa sayang?

Assalamualaikum.

Amani Sayang,
Ibu bercerita lagi mengenai ragam Amani sehari dua ni.
Hari ni Amani dah 29 hari.
Senang hati ibu tengok Amani membesar. Amani kuat menyusu sampai luka nipple ibu. Amani tak banyak ragam. Cuma sehari dua ni ibu tak faham kenapa Amani macam ni.

Amani Sayang,
Malam semalam, Amani banyak merengek.
Ibu bagi susu, Amani tertidur, Ibu letak kat tilam, Amani bukak mata, merengek lagi.
Ibu hilang punca sayang. Ibu tak tau apa lagi yang Amani nak. Malam tu ibu tidur kurang dari 3 jam je.
Nasib baik Tok Mi tak kerja esoknya. Kalau tidak, kesian Tok Mi.

Semalam, waktu siang Amani tak tidur jugak.
Biasanya lepas mandi pagi, dalam pukul 10 Amani akan tidur. Sampai lah pukul 3 petang. Bangun kadang-kadang untuk menyusu dan sambung tidur balik. Tapi, semalam tak.
Ibu risau. Ibu tak tau nak fikir apa dah.
Dalam kepala duk tertanya-tanya kenapalah anak ibu ni. Rindu ayah ke? Ibu pun rindu ayah.

Petang semalam, Alhamdulillah, awal Amani lena.
Penat agaknya. Kesian anak ibu.
Seawal maghrib Amani dah lena. Lena betul ibu tengok. Seronok tengok anak ibu dapat tidur lena. Alhamdulillah.

Kalau Amani nak tahu,
Malam tadi, jam 11 Amani bangun menyusu dan kembali tidur.
Jam 1 pun Amani menyusu lagi.
Mulai jam 3, Amani kembali merengek. Ibu tak pasti Amani tak mahu tidur atau tak boleh tidur.
Ibu dah bagi ubat takut-takut Amani kembung.
Diaper ibu dah check. Semua dah Ok. Tapi Amani still merengek.
Subhanallah, risaunya ibu. Nasib baik ada Tok Mi.
Malam tadi jugak, tak tahu kenapa Amani sentap nipple ibu macam tu.
Sakit sayang. Tapi tak apa. Ibu cuma harap, Amani still dapat menyusu melaluinya.

Sampai ke Subuh, Amani masih tak tidur. Risau ibu bertambah.
Nipple terasa pedih dan sakit. Ya Allah, dugaan lagi. Macamana nak susukan anak ibu kalau nipple sakit.
Ibu cuba kuatkan diri suakan nipple yang sakit pada Amani dan Amani macam biasa, pantang disua, terus sambar.
Subhanallah, sakit hanya Tuhan yang tahu. Ibu termenangis. Ibu tak kuat untuk menahan sakit itu. Bertambah sakit bila sucking Amani seperti selalu, kuat. Ibu tahu, anak ibu lapar. Kesian anak ibu.

Ibu cuba tuam dan pam susu. Sebab dah macam engorged. Ibu tak nak demam. Susah Amani nak menyusu nanti. Alhamdulillah, engorged dah baik. Cuma luka kesan sentapan Amani masih bersisa. Pedih. Terasa sampai ke sekitarnya. Ibu berharap pati gamat yang ibu sapukan membantu. Nipple cream ayah akan bawak balik Sabtu nanti. Ibu kena sabar.

Lepas mandi pagi tadi, Amani tak juga tidur.
Bukan ke itu time paling best untuk sayang tidur? Macam-macam cara ibu buat. Amani tetap tak tidur. Merengek kadang-kadang. Kenapa sayang?

Petang, Alhamdulillah, Amani terlena.
Tak berkelip mata ibu perhatikan Amani. Risau takot tidur anak ibu terganggu lagi.
Sekali Amani bergerak, tangan ibu cepat tepuk-tepuk Amani.
Tidur lenalah wahai anak. Itulah doa ibu bermula dari saat Amani terlena.
Alhamdulillah malam tadi Ibu dapat tidur juga walau sedikit. Jadi tidaklah terlalu flat hari ini. Syukur.
Ibu tak perlu qada tidur ibu. Asalkan anak ibu dapat tidur yang lena.

Anak ibu,
Ibu doakan hari-hari kamu sentiasa diberkatiNYA.
Ibu doakan kamu membesar dengan sihat dan baik. Jadi debab macam babies lain.
Ibu tak sabar nak pakaikan baju-baju cantek hadiah dari aunties and uncles yang datang visit kamu.
Jadi anak yang baik ye sayang. Jadilah aset ibu dan ayah di akhirat kelak. Itu impian kami. Punyai anak yang dapat membantu kami di akhirat kelak. InsyaALLAH. 
Ibu dan Ayah sayang sangat-sangat kat Amani.


Hugs and Kisses,
Ibu

3 comments:

Sheila Radzi said...

Aini,normal tau klu baby semakin membesar xmau tido siang..raid skrg nk dpt sejam pun susah..hari ke hari mcm2 ragam anak berubah..layankan je...best tgk ragam anak ni..

Wawa said...

Same lah..kdg2 annaila kte pun meragam takmo tdo..letak je atas tilam nanges..tp bile da dpt tdo,kejut nk bg susu pun tkmo bangun.,anak..anak..

Akmal Isa said...

ah..amni mase umo2 cani tdo 2jam je in total pd waktu siang tu.uwahahaha.terime kasih amni sbb x bg ibu bkak kompite langsung.-mu'min-

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015