Tuesday, April 10, 2012

20 perkara menarik selepas menjadi ibu/ayah

~Saya jumpa ni kat facebook. Ada kawan share. Dan sekarang, saya nak share dengan anda semua pulak. Sesungguhnya, semuanya adalah memang benar.~

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar. - definitely true. I found my internal strength after having Amani around. Thanks Amani sayang! Amani buat ibu rasa ibu adalah insan yang kuat sebenarnya.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! - seriously I missed that moment. Rindu sangat. Rasa macam baru je buat UPT sehari selepas birthday Darling Husband. Rasa macam baru je duk loya-loya mabuk morning sickness bagai.
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! - Betulllll. Tak ku herankan jam dah. TV tayang cerita apa pun dah tak kesah, kecuali ABPBH ari tu je sebab saya nak tengok encik AA. Heeee...
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru. - Yang ini pun betul. I'm closer to my ummi. Dulu dah close. Tapi dengan adanya Amani, lain sikit cara dia.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit.. - Yeppp. Big TRUE.
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-) - Haaaa. Every night kot saya tidur jam 9. Or lebih tepat, whenever Amani tidur, saya turut berkejar nak tidur. Sebab nanti nak kena berjaga pulak dengan Amani.
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak. - Heee. Betul jugak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri. - Yes. True. Macam lebih puas melihat dan menatap wajah anak dari membelek wajah sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! - Betul!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita. - DANNNN.. cinta hati kita juga lebih menghargai kita selepas melihat kita bertarung nyawa nak melahirkan zuriat dia.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja. - Heee.. Exactly!
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis. - Hoh. Yang ini memang magic. Bila Amani menangis berteriak dengan high pitch dia, sampai saja ke tangan saya, ke pelukan saya, dia terus diam dan buat saya rasa saya sangat owesome dan powerful. Heee..
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh. - Yang ini, pasti akan jadi hobi saya nanti. Bila Amani dah mula tumbuh gigi.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya. - Betul!
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat! - Yep. Very true. Saya mandi tak selama dulu dah. Tapi tak apa, untuk Amani.
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan! - betul. Setiap hari pasti akan tertunggu-tunggu progress terbaru anak sendiri dan jadi obses dengan anak sendiri.

2 comments:

Ryn said...

bila la dpt rase bneda yg same tu...best lak bace...teruja..hehehe..:)

N.M. Noor said...

@Riny InsyaAllah..nnt smpai masa untuk riny pulak. Jangan putus asa meminta dariNYA..

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015