Monday, April 16, 2012

My Confinement

Assalamualaikum.
My baby dah 32 hari. Alhamdulillah. :)
32 days of Amani adalah sungguh seronok dan kadang-kadang SLEEPLESS. Haha. Tapi tak apa. Saya tak kisah. Sebab membantu saya menurunkan berat badan! Heeee.. I like.

Ok. Pasal my confinement. Amani dah 32 hari dan bermakna da 8 hari lagi tempoh confinement saya. Haaa. Tak sabar nak makan KFC!

1. Saya HANYA makan nasi dan ikan masin bakar 20 hari pertama tempoh berpantang. Yes, ini benar. Sembelit pun sembelit lah. Pandai-pandailah cari alternatif lain untuk elak benda tu terjadi. Hari-hari mengadap ikan masin bakar. Nasib baik saya memang suka ikan masin. Makanan lain adalah DILARANG untuk saya. Termasuk Milo, Oren. Mak bagi saya minum susu sahaja. Dan air suam. Air masak biasa, TAK BOLEH dan saya macam stress. Saya tak pandai minum air suam secara pukal sekali gus. Oh. Dan saya adalah dilarang menambah nasi.

2. Saya menggunakan confinement set shaklee seperti yang pernah diwar-warkan sebelum ini. Alhamdulillah, seems to be ok. Husband sokong sebab bukan jamu. Dia baca kat mana tah kata jamu tak sesuai untuk BF mom. So, memang dia tegah.

3. Pernah berurut sebanyak 2 kali dengan nenek sedara. Itupun urut pinggang ke bawah SAHAJA. Nenek sedara tak berani nak usik kawasan Czer. Bertungku langsunglah tidak. Memang ditegah. Habeslah. Macamana nak kembali ke bentuk asal? Berbengkung juga belum sempat. Mak kata dia tak jumpa cari bengkung yang dia simpan untuk saya. Huh. Kuciwa.

4. Di awal-awal waktu berpantang dulu, saya aktif. Turun naik tangga. Berjalan ke sana-sini dalam rumah. Guest datang visit Amani cakap saya macam bukan dalam pantang. Wife kawan hubby cakap saya bukan macam orang baru pas beranak. Huuuuuu.

5. In 7 days, berat saya dah jadi kurang sekilo dari pre-pregnancy weight dan saya rasa pencapaian yang amat owesome! Hahaha.

6. I am very happy with my tummy. Tak pernah rasa se kecik ini. Even zaman sekolah, perut saya dah buncit sikit. Tapi kali ni, macam tak percaya. Still la ada benjolan which orang kata it was because of rahim kita. Penampilan dia adalah like never before. Amat tidak sangka. Baju nikah pun loose!

7. Saya gembira sangat-sangat dengan pencapaian berat badan saya! Berat saya adalah tidak berapa berat sangat pun sebenarnya. Sebab naik 6kg je sepanjang pregnancy. Dah turun 7kg. So, apa perasaan anda? Check up Amani sebulan, berat saya turun lagi 1kg menjadikan jumlah terkumpul adalah 8kg loss. Alhamdulillah. 4kg to go! I'll work for it!

8. Selera makan saya adalah seperti dinasour sampai hubby terkejut tengok saya senduk nasi. Seriously dia terkejut. And saya simply jawab, "Ain bf Amani. Perlukan extra food. Nanti tak cukup pulak" Hahaha. good reason right? Oh. Lupa. Saya makan secara kerap. Sangat kerap sebenarnya. Bayangkan. Jam 10 saya sarapan (contoh), 2 jam kemudian lapar lagi dan saya bancuh susu untuk dicicah biskut. Biskut tawar kecik tu. Sedap woooo. Bukan sekali je. 2 kali. Lepas tu, tak sampai 2 jam, lapar lagi. Sengsara!

9. Oh! Dan saya percaya, perkara no.8 di atas adalah berkait rapat dengan breastfeeding. I love breastfeeding! Seronok. Rasa anak dekat dengan kita. Rasa kita sangat diperlukan. Rasa macam kitalah penyelamat dia. Mengujakan sangat. Even sometimes saya mengalami masalah normal bagi ibu-ibu breastfeeding yang lain seperti sore nipple, cracked nipple, semua tu saya dah rasa. Memang sakit. I admit it! Tapi hubby belikan nipple shield. Sayang hubby!

10. Dan, tidak lupa juga... Saya dah kembali menyarungkan blouse zaman matrikulasi dan saya rasa owesome sangat! Hehehe.

11. Hari ke 32 ini, saya dipaksa mengunyah sireh dan seluruh anak beranaknya (kapur, gambir, pinang, etc). Untuk merawat rahim dan saya harus mengulanginya 3 hari lagi. Sebanyak 3 kali. Meaning that, saya kena makan sireh sebanyak 3 kali dan sireh adalah TIDAK SEDAP!

Ok. Itu sahaja kisah confinement saya. Dan ini, aksi Si kecik Alya Amani kami yang sedang tidur pada hari ke 19 beliau. Heee..

4 comments:

antuawe said...

owh perlu makan sireh ye?

dan, wah, sgt ketat confinement anda!

Wawa said...

Bestnye!!kte ade 10kg lg nak turun....wuwuwu...harap2 boley pakai sume baju2 dlu pas pantang nti... Eh tp betul,perut mmg lg slim dr dlu..cume mengeleber je lah kli duduk..kene ilangkan geleber2 tu..hiks~!

N.M. Noor said...

@~S~ Bidan suruh. Sebab baru2 ni jumpa bidan, dia pegang sikit rahim tu.. dia cakap ada darah lagi yg tak keluar. so kene keluarkan.. tu yang dia suruh makan sireh.. heee..

and yes.. sgt ketat kan?
itu mak ikot stail zaman dia dulu..
stail nenek..

N.M. Noor said...

@Wawa A'ah..mcm lembik je sikit kan? wa truskn pkai bengkung..

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015