Friday, February 17, 2012

Sakit sana sini

Assalamualaikum.
Ok. Bukan nak merungut ke apa ye. Sebenarnya nak mencoretkan sedikit susah payah seorang ibu membawa permata hati kesayangan didalam rahim selama 40 minggu. Seriously, 40 wonderful weeks.

Carrying this lil miracle adalah tidak susah. Seriously dia tidak banyak hal.
Masa 1st trimester, I got morning sickness. Tak teruk. Saya consider teruk if kena warded and masuk drip bagai. In my case, sikit je. Saya just tak boleh makan. Tak lalu. If saya paksa jugak untuk makan, jawapannya muntah lah. After my period delayed, seriously tak rasa apa-apa pun. Eventhough saya dah buat UPT. Dan dan lepas doc confirmed, terus tak lalu makan. Masa tu 8 weeks. Masuk Ramadhan dah. Masa tu tak ada sakit sana sini pun. Alhamdulillah sihat sejahtera. Unless masa muntah lah. Rasa macam senak kat dalam dada. Mungkin sebab force dari dalam menolak kot.

Masuk 2nd trimester, selera makan masih lagi tak berapa nak ada. I noticed that after 6 months kot baru la loya and muntah-muntah lepas makan tu hilang. Lepas tu, terus sihat. Kadang-kadang rasa macam tak pregnant. Siap boleh terlupa yang diri sedang membawa zuriat kami. Hihihi. Towards the end of 2nd trimester, mula rasa sakit punggung. Sakitnya macam lenguh-lenguh gitu. Kalau picit-picit, ok la. MIL mintak husband bawak jumpa bidan untuk urut. Bila pegi urut, bidan cakap urat dekat joint peha ngan punggung tu tegang. So, dia urut la. Lepas urut 3,4 hari macam tu, Alhamdulillah. Baik dah. ^_^

Ni ha, masa 3rd trimester pulak, awal-awal tu belum rasa ketara pun. Emmm. Tak de sakit-sakit lah kesimpulannya. Tapi bila dah 35 weeks lebih ni, dah mula dah. Sakit punggung sikit, sakit pinggang sikit. Bila tidur, memang tak boleh terlentang dah. Prefer mengiring belah kiri. Sebab kalau belah kanan, si kecik ni tolak-tolak. Sempit agaknya. Tapi bila dah tak sedar, pernah la jugak terlentang and mengiring belah kanan. ^_^ Lepas tu, kembali ke posisi asal sebab biasanya akan tersedar bila si kecik tu kuis-kuis dari dalam. Semenjak dua menjak ni pulak, dah tak boleh nak berdiri lama-lama or berjalan non-stop lama-lama. Hasilnya nanti, sakit pinggang, sakit punggung. Huhuhu. Nak panjat tangga rumah 1 tingkat pun dah macam hape. Setapak-setapak aje langkah. Semput. Hihihi. Sweet memories la. And, lagi 1. Dulu masa around 24-27 weeks macam tu, saya pernah pesan kat baby, "nanti dah head down jangan tendang-tendang rusuk ummi tau sayang." Alhamdulillah, dia dengar. Sekarang, even dia dah head down pun, belum sekali pun dia apa-apakan rusuk saya. Cuma lutut and kaki dia banyak terbonjol kat sebelah kanan perut. Kadang-kadang bahagian pusat jugak. So cute.

Honestly, sakit sana sini yang semua Mom2Be harus hadapi ni adalah 1 nikmat. Ye tak? Kadang-kadang, baby tendang or kuis sikit, terasa ngilu and sometimes rasa sakit jugak sikit. Betul tak? Tapi, bila kita noticed yang baby tengah gerak-gerak, automatically kita akan senyum. Sakit hilang. Kannnn?

Anakku,
Jadilah insan soleh/solehah. Taat perintah Allah, jadikan Sunnah sebagai ikutan, Al-Quran sebagai panduan. 

 35 weeks baby bump. 
Few more weeks to go dear.
Hang on there.
We are waiting for you. 
Be healthy!!

9 comments:

Wawa said...

tak sabar nk tgk baby keluar kan..:)

~cahaya~ said...

@Wawa betul wawa. tak sabar dah. :)
tapi biar dia main puas2 dulu kat dalam. yang penting,nak kua nnt bg signs la. :)

aTy _faRed~ said...

betul...biler die bergerak sekarang rase ngilu-tapi kalau tak gerak lagi risau...huhu..sekarang saye pon dah start sakit tu.sakit ni...menitik gak ar air mate dibuatnyer..:)

~cahaya~ said...

@aTy _faRed~ tu la kan..? kalau tak gerak, ssh hati dibuatnye... ^_^ time cramp kaki hari tu je la termenangis. sebab mcm sakit gile. skrg boleh thn lg sbb fikir sakit bersalin lg berkali ganda..

nurulfarehah said...

semoga slmt melahirkan yek. nnt bby dh kua hilang la smua keluhan tu. ;)

nurulfarehah said...

semoga slmt melahirkan yek. nnt bby dh kua hilang la smua keluhan tu. ;)

ashra said...

comeynye lah perut die.. ;)

kenangan trindah kan.aishh,ni la dikatakan ibu dan wanita.

konon je rasa serik sakit bsalin,tp bila tgk perut org lain,alahai,saya rindu lagi!
boleh?he

moga dmudahkan eh aini.update tau!sms sms.hehe

~cahaya~ said...

@nurulfarehah ameen. thanks nurul. harap2 macam tu lah.. ^_^

~cahaya~ said...

@ashra ash, boley2.. :) hihi.. yg kat sini belum beranak lg dah rasa nak mengandung la.. macamana tuhh? hahahaha..

perot ni lah orang ramai duk cakap isi dia bby boy. Kita wait n see je la nnt..
kami tak kisah boy ke girl. Yang penting, sihat.. :)

Nnt aini update ye. SMS tu la satu-satunye cara ble dah desperate nnt.. haha

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015