Tuesday, January 17, 2012

Kenduri Doa Selamat

Assalamualaikum.
Ok. Hari ini bukan cerita pregnancy. >.<
Last weekend, three of us went to MIL's house. Macam biasa, balik kampung. Oh. Did I mention 3 of us? Super Excited I am. Counting for this little miracle too.

The main purpose is, my MIL ada buat kenduri arwah for my late FIL. MIL ada jemput orang kampung untuk buat tahlil. Sekaligus dengan itu, disebabkan saya dah 7 months ++, MIL buat sekali bacaan doa selamat untuk saya dan cucu sulung dia ni. Thanks MIL. She is super sporting and super cool. :)

Pernah dengar pasal adat Melenggang Perut? Adat ini adalah amalan orang-orang Melayu di selatan semenanjung. Biasanya, bila kandungan mencecah 7 bulan, Melenggang Perut ini akan dibuat kononnya untuk meletakkan bayi pada kedudukan yang betul sebelum dilahirkan. Menurut sumber Adat Resam Melayu, kelengkapan seperti dibawah ini perlu disediakan terlebih dahulu untuk Lenggang Perut ini.
  1. • Tujuh helai kain yang berlainan warna.
  2. • Satu gantang beras.
  3. • Sebiji buah kelapa.
  4. • Beberapa urat benang.
  5. • Satu batang damar.
  6. • Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.
  7. • Beberapa batang lilin.
  8. • Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.
  9. • Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu. 
 Secara jujurnya, saya tak percaya dengan semua ini. Saya dah pesan dekat suami, kalau Lenggang Perut nak diadakan untuk little miracle ini, saya tak nak unless it changes to Kenduri Doa Selamat. Alhamdulillah, keluarga MIL rupanya tak mengamalkan semua ini.

Pada mulanya, saya tak tau pun itu kenduri arwah yang dicombine sekali dengan kenduri doa selamat untuk kami. Sebabnya, ummi saya dah inform MIL yang family saya akan buat kenduri doa selamat di kampung CNY nanti. So, saya assume cukuplah hanya 1 kan?

Bila saudara-saudara husband sampai, dalam bersembang dengan adik beradik MIL, barulah saya tahu. Hihi. Lambat ok. And, lagi 1 benda yang saya baru tahu.. Mengikut adat orang Jawa, kenduri doa selamat untuk orang hamil, akan ada 2 dishes wajib which are cendol and rojak buah. Cendol tu macam biasalah kan. Semua orang tahu. Their rojak buah is lil bit different. Tak macam rojak buah biasa. Saya nak explain pun payah. Tapi apa yang saya tahu, semuanya pakai buah-buah yang masam dan berasid tinggi. Saya of course la tak cuba. Hihihi.

Most of tetamu yang datang jumpa saya, pegang perut and doakan semuanya selamat. Alhamdulillah. Ameen. Terima kasih semua. Ada jugak yang cakap kat MIL, "weteng ne cilik. Orak gedi koyo 7 bulan." Huhu. (Now I can understand Javanese. Hehehe. tapi tak tau nak pronounce sebab asben slalu gelakkan saya.) Maksud kata-kata mereka ialah.. "perutnye kecik. Tak macam 7 bulan." hehe.. but semuanya cakap tak apalah kecik kat dalam.. Biar dia besar nak luar. Kecik kat dalam, senang nak bersalin nanti. Ameen. Terima kasih. Terima kasih.... :)

Alhamdulillah, selesai majlis tersebut, memang saya pengsan terus tak sedarkan diri. Nasib baik dah solat jamak. Terima kasih tak terhingga buat MIL and in-laws yang bertungkus lumus.

Dear baby, see, semua orang nak kamu lahir dengan selamat. Kamu mesti selamat tau. Senang keluar from ummi's womb kelak without any complications. OK? You have to be healthy until you grow up. Ummi and Abah love you dear.. Tok Mi, Tok Ayah, and semua orang are waiting for you.. Be healthy dear...

Semoga Allah lindungimu wahai anakku. Semoga dirimu sentiasa berada didalam jagaanNYA. Ameen.

To M2B semua, buat kalian juga.. Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Ameen..

** Oh. Sorry friends.. Tak ada gambar untuk tatapan. 

6 comments:

Lady Mira said...

erm... in laws mira pun nk wat doa selamat weekend ni...

~cahaya~ said...

@Lady Mira Semoga semuanya selamat ye Mira.. Ameen.. :)

ashra said...

insyaallah..
sesama kita doakan k?

~cahaya~ said...

@ashra InsyaALLAH.. Ameen..

wani syazwani said...

aunty wani tak sabar nak tengok baby..semoga baby kuar dari ummi dengan selamat ya?:)

~cahaya~ said...

@wani syazwani Ameen.. TQ Aunty Wani.. Semoga majlis aunty wani nanti smooth ye. tkot ummi tak sempat nak g tgk aunty wani naik pelamin. tepek gamba je la nnt..

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015