Assalamualaikum.
It's been so long saya tak jengah blog. Sorry, I am not feeling well. These few weeks kesihatan agak kurang memuaskan hati. Makan tak lalu. Everytime is like throwing out je. Berat juga telah susut dengan jayanya tapi hati saya tak senang dengan kesusutan ini.
Mari kita rungkai satu persatu topik yang normally people will talk about sepanjang bulan Ramadhan ini.
1. Juadah berbuka.
Untuk pengetahuan semua, Ramadhan kali ini saya tak pernah lagi serve lauk pauk yang boleh dikategorikan sebagai 'istimewa' untuk husband. Kan dah cakap, kesihatan tak mengizinkan. Setakat masak simple-simple, saya masih mampu. Nak buat grand-grand, maaf Sayang, isterimu tidak ada kudrat yang cukup.
2. Solat sunat Tarawikh.
Ramadhan kali ni, Allah nak uji saya dengan kesihatan yang kurang memberangsangkan. Sehingga ke hari ke-15 bulan Ramadhan ini, hanya sekali saya berpeluang berjemaah di masjid. Itupun mampu buat 8 rakaat saya. Selebihnya saya berjemaah di rumah dan jika suami ke masjid, saya solat bersendirian. Tak kurang juga dengan ada malam-malam yang saya terpaksa 'missed'. Frust sangat.
3. Tadarus Al-Quran.
Part ni juga sangat membuatkan saya rasa kecewa sampai nak menangis. Ramadhan sudah sampai pertengahan, tapi tadarus saya masih lagi belum mencecah pertengahan Al-Quran. Kecewa. T__T. Dugaan Allah bagi. Saya redha. InsyaALLAH, bila kesihatan dah beransur pulih kelak saya akan berusaha khatamkan 1 Al-Quran sebelum berakhir tahun ini. InsyaALLAH. Harap Allah makbulkan impian saya yang ini.
4. Berbuka bersama keluarga di kampung.
Yang ni buat saya sebak. Ramadhan kali ni,belum sempat lagi saya merasa air tangan bonda tercinta di kampung. Sayu nya hati. Teringat suasana berbuka puasa sekeluarga bersama semua ahli keluarga. Telatah adik-adik berebut lauk kegemaran. Oh. Syahdu. Tak sabar nak pulang ke kampung minggu hadapan.
5. Bershopping untuk Aidilfitri.
Alhamdulillah, yang ini dah selesai. Dalam pada kesihatan saya yang tak berapa mengizinkan ini, sempat juga suami membawa saya keluar shopping. Tapi, sejujurnya kami buat ala kadar saja. Tak ada grand pun. Cukup la mana yang mampu.
Hmmm. Itu sahaja yang ada dalam kepala saya buat masa ini... Selamat menghidupkan Ramadhan al-Mubarak ini dengan amalan-amalan mulia. Jangan lupa, burulah malam Lailatul Qadar. :)
1 comment:
sama la kita.. ramadhan kali ni sedih je.. mampu buat yg fardhu je.. ruginyee... dugaan. ira dah bape minggu?
Post a Comment