It's Monday again and just like before, Monday Blues. Fuh.
Kesihatan saya adalah ditahap yang boleh dikatakan memuaskan. Tak ada sebarang abnormaliti berlaku setakat ini (harap-harap sampai bila-bila la, Amin). Kerja kat office macam biasa, tak pernah surut. Saya je yang buat-buat macam tak ada kerja. Kerja ni kalau difikirkan sangat, sesak kepala nanti. Lagipun kat sini tak boleh terlalu setia sangat dengan kerja. Kesetiaan yang terlalu sangat dengan kerja membuatkan kami semua macam menjadi hamba pekerjaan (dan juga hamba kepada majikan yang tak berapa nak ada jiwa).
Sebetulnya, kerja kena ikhlas untuk menjamin rezeki yang kita dapat adalah halal. Berbeza dengan di sini. Kenapa? Sebab, a lots of 'benda yang tak sepatutnya' ada around us. Contohnya, rasuah itu haram. Semua orang tahu. Tapi yakinkah kita bahawa tempat kita mencurahkan tenaga ni bersih dari semua tu? Kalau majikan Muslim pun ada yang main 'under table', anda fikirlah sendiri. Saya tak mahu buat apa-apa statement.
Menjadi warga QA (Quality Assurance) memang mencabar keimanan. QA terpaksa berhadapan dengan customers bila mana terdapat problem pada parts yang di'supply'. QA terpaksa jawab itu-ini walaupun dia tahu benda-benda yang keluar dari mulutnya itu adalah mustahil. Nak buat macamana, they HAVE TO.
Ok. Buat luahan pasal kerja memang membuatkan kepala saya sesak. Cukup lah.
Lately, saya cepat betul penat. Naik tangga sikit pun dah mengah macam panjat flat 5 tingkat. Makin gemuk agaknya. Haih. T__T
Saya dah kurang round production sekarang. Macam-macam bau hidung saya dapat tangkap. My nose is getting more sensitive now. Agaknya lepas flu hari tu my nose is functioning very well. Well done Nose! Huhu. And lately jugak, saya adalah seorang yang penjimat. Sebab? Saya prefer bawak bekal dari rumah. I love home-made food. Antara sebab lain jugak, duit poket dah semakin surut (ini main reason dia sebenarnya). Huhu. I have to have some saving untuk Hari Raya nanti. Sebab Aidilfitri kali ni fall on end of month. Gaji saya usually masuk awal bulan yang seterusnya. Means awal September baru saya bergaji. Kesian kan? Huhuhu.
Ramadhan bakal menyapa minggu depan. Tak sabarnya. ^__^
No comments:
Post a Comment