Tuesday, May 3, 2011

Tidak ke udara

Assalamualaikum.

Lama sungguh rasanya tak mencoret apa-apa dekat blog. Bila tengok balik record untuk tahun ini, amatlah mengecewakan. January saya berjaya produced 12 entries sahaja. Bila masuk February, lagi la kurang. Alasan, sibuk dengan hal nikah kawen. Ok. Fine. Alasan diterima. Move to March, pon macam ape je entries saya. Tak berapa nak meriah. Alasan, sibuk menjaga rumahtangga. Ok. Alasan ini tak valid. Sebab? Sebabnya orang lain pun jaga rumahtangga jugak, boleh je buat banyak-banyak cerita. April pulak, lebih kurang je dengan February and March. Alasan, saya kurang sihat. Ok. Ni boleh amek kira. Tapi still tak berapa kuat. Biasanya tak sihat pon, ada je cerita.

Hmmmm. Dan saya rasa kesimpulan dia, lately ni mood untuk blog adalah berkurangan. Mungkin kerana kekangan masa. Bangun pagi, pergi kerja. Petang balik kerja, bersilat dekat dapur for dinner. Itu time tak buat OT. Time buat OT, bersilat pulak dekat office. Fuhhh. Macam sangat sibuk. Tapi badan naik jugak. Tak puas hati betullah. Dah selesai semua, penat lah pulak. Terus tido. Hujung minggu pulak, balik kampung suami. Lagi la saya tak ada masa nak mengadap blog.

Sebenarnya mid April saya tak berapa sihat. Satu hari, Darling Husband reda hujan masa dia balik dari kerja. Memang kuyup. Sampai rumah je dah macam demam. Flu, jangan cakaplah kan. Dan terus demam. Kesian dia. Dah bagi makan, bagi ubat, Alhamdulillah demam dia tak lama. Tapi virus tu semuanya dapat kat saya. Dah la saya paling lemah bila flu. Pegi klinik, doc pulak tak bagi MC. Saya buat MC sendiri. That day saya kerja half-day je. Macam bapak saya punya office lah pulak kan. Lama jugak la saya flu. Almost 1 week. Nasib baik dah ok lepas tu. Risau jugak kan.

Saya sebenarnya rasa macam dah bosan je kerja. Hahaha. Nak resign. Boleh? Duduk rumah, jaga rumah, jaga makan pakai suami. Oh. Best nya. Lepas tu pindah dekat sikit dengan UM. Nanti lunch hour suami dapat balik lunch kat rumah. Tak payah makan kat luar. Boleh la saving. Ye tak? Tapi boleh ke saya tahan duk rumah seharian setiap hari? Seminggu tu mungkin seronok lah. Tapi, kalau selamanya saya tak berapa nak yakin la. Ngeeeee... ~~~

Dah dua bulan lebih kami hidup bersama. Dia tetap sama. Tak pernah berbeza. Kasih sayang makin bertambah, cinta makin mekar. Eh, seronoklah. 

Oh ya.. Last weekend saya balik kampung. Seronoknya Allah saja yang tahu. Itu first time saya balik lepas kawen. Tapi, belum sempat habis rindu pada kampung halaman dah kena balik Rawang. Sedih. Masa nak balik, lepas salam ummi ayah, dah tak berani nak tengok mereka lama-lama. Sebak. Nanti tak pasal-pasal 'hujan'. Terima kasih ummi dan ayah. Kasih sayang kalian tak pernah berubah walaupun dah melepaskan anak dara kalian ni ke tangan orang lain yang bergelar menantu. Sungguh terharu. Saya nak balik lagi. T___T

Ok. Dah tak nak sambung. Saya teringat kampung halaman. Lontong ummi yang sedap. Huuaaaaaaaaaaa....

No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015