. . . being a housewife is soooooo interesting.
Assalamualaikum.
Ya ALLAH, nikmatnya bersenang lenang kat rumah. Untuk pengetahuan semua, semalam dan hari ni saya still tersadai kat rumah. Sambung cuti Hari Buruh. Hehehehe. Sebabnya memang saya dah apply cuti for semalam and hari ni untuk spend time kat kampung. Tapi kan Darling Husband tak cuti.So, menghabiskan cuti kat rumah je la. Boleh je saya masuk office, cancelkan cuti tu. Tapi, tak koser lah. Baiklah duk rumah, rehat.
Semalam, saya tak berapa sihat. Darling Husband tak bagi keluar rumah. Saya just boleh gi kedai dekat kawasan rumah ni je untuk beli barang nak masak. Ok la tu kan. :)
And hari ni, Darling Husband suruh pergi klinik. Check sakit saya ni. Malasnye laaaa.... Tapi, best jugak dapat jalan-jalan sebenarnya. Hihihi. Lepas balik klinik, mintak izin nak gi Tesco. Alhamdulillah, diizinkan. ^_^
Dalam hati, seronok betul. Kepala tak sesak dengan hal-hal kerja di office. Ke Tesco dengan hati gembira. Beli apa yang patut, terus balik. Sejak dah confident sikit drive ni, rasa best la pulak. Huhuhu. Panjang je langkah. Kalau jadi housewife, seronok nye la..
Sampai rumah, siap-siap nak masak pulak. Seronok betul. Enjoy. Mungkin ini jiwa saya kot. Tapi, buat masa ni saya tak boleh la fikir nak resign ke apa. Kesian suami.
Eh. Apasal macam boring je entri ni? Haih. Itulah masalah saya sekarang. Idea tak datang. Kalau dia datang pun biasanya time yang totally tak sesuai. Contohnya masa tengah drive. Macam tadi. On the back from Tesco, idea datang mencurah-curah. Balik tu terus tak terkam laptop lah kan. Nak kena masak. Dah tung-tang-tung-tang kat dapur, habis dah la semua nya.
Sebelum tu, saya selesaikan entri ni dengan 1 sabda Rasulullah yang bermaksud;
"Dilaknat sesiapa yang menyebabkan seorang wanita buruk akhlak dan derhaka dengan suaminya."
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Pesanan buat diri sendiri dan juga sesiapa sahaja yang membaca.
Saya terbaca dalam satu buku pasal sabda ni. Nanti ada masa saya share dengan semua ya. Sama-sama kita perbetulkan diri untuk mengadap Yang Maha Pencipta.
Sekian.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment