Friday, May 27, 2011

Laporan Lengkap #1

Assalamualaikum.

Buat tatapan cinta hati yang jauh di perantauan. Cheewaaaahhh. OK. Geli. Kena tukar stail.

Bagi melaksanakan tugas dan janji semalam, saya akan mula bagi laporan lengkap kepada suami. Ehem.

Tadi sempat bersembang di'mukabuku'. Tapi tak tau kenapa, tiba-tiba disconnected. Haih. Ni la saya paling tak suka. Bukan main syok lagi menaip laporan. Bila tekan 'enter', terus offline. Benci tau.

Ok.
Untuk abang, hari ni Ain dah rasa sihat sikit. Emmm. Sihat banyak sah sebenarnya. Perut tu sakit sikit-sikit je la. Tak macam dulu. Tapi still rasa la.

Bab makan, ummi cakap dah boleh rasa-rasa sikit benda yang selama ni duk pantang. Pagi tadi dah dapat makan ayam goreng. Hoyeayy.. Tapi sikit je. Bila dah hari-hari makan ikan bakar and sawi rebus, lauk lain rasa tak sedap la pulak. Huhu. Berlagak.

Tapi Ain tak berani lagi nak sumbat semua. Sebab sometimes kat pusat ni rasa sakit-sakit. Tau dah, kalau abang ada kat sini mesti abang marah. Hihi. Sorry.

Emmmm. Pasal kerja. Tadi orang office called. System Manager. Dia mintak Ain masuk office next Thursday and Friday. Katanya sebab Ain suppose to incharge all the documentation untuk audit tu. Tapi seriously memang Ain malas nak masuk. In fact, memang tak boleh nak masuk awal pun. Mana sempat. Kan kat kampung lagi. Ain will call him and tell him that I couldn't go to work before MC habes. Kalau dia tanya kenapa, Ain jawab suami saya tak izinkan. Nanti saya berdosa tak taat perintah suami. Sebab suami yang tanggung segala dosa saya selepas saya kawen. Huhu. Macamlah cina tu faham.

Another thing is, I bought some medication dengan harapan luka surgery ni akan bertambah baik. Especially yang kat dalam. I bought Amazing Honey, DCL. Lepas tu I bought some herbal-thingy. Hope abang tak marah. :)

Hmmm. Rasanya setakat tu je kot laporan hari ni. Hari-hari seterusnya kalau Ain rasa malas, aci tak Ain compile jadi 1 je. Kikikiki.

Akhir sekali, nah. Isteri abang hari ni. Emm. Gambar paling latest OK.

Oh. Lupa. Ain beli tudung baru. :)

No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015