Saturday, May 28, 2011

Buat Video Perkahwinan

Assalamualaikum.

Fuh. Hari ni rasa macam ada mood baru yang datang menyelinap dalam diri. Kerana rindukan suami. Mungkin.

Tadi saya godek-godek fail gambar perkahwinan kami yang lalu. Terjumpa video saat dan ketika suami melafazkan akad nikah. So sweet. Rindunya saat tu. Rasa macam nak naik pelamin lagi sekali je. Sebenarnya bukan nak naik pelamin sangat. Tapi nak photoshoot pakai baju pengantin. Huhu. Boleh pakai baju cantik.

Sekarang saya tengah mengumpul serba sedikit audio yang nak digunakan untuk video perkahwinan kami. Emmm. Buat masa sekarang, dalam kepala saya rasa macam nak letak lagu Anuar Zain. Sedetik Lebih. Tapi, sesuai ke tak ye? Ada cadangan lagu Anuar Zain yang lain tak? Share dengan saya please...

Disebabkan kecuaian saya sendiri yang lupa nak pesan dekat sepupu-sepupu yang ada, saya tak ada koleksi video semasa majlis resepsi berjalan. My bad. Nasib baik gambar dari OP banyak jugak. Cuma gambar masa makan beradap la tak de. Sedih. My bad lagi.

So, sekarang saya kena fokus buat video perkahwinan kami.

Untuk suami, balik nanti baru tengok ye. Hihihi..

You take care, OK?
Miss you.

2 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

hai aini,
wah syoknya... nak buat video?
mesti buat yg terbaik utk abg tau!

N.M. Noor said...

Hai kak fiza.
Huhu
Tengah duk cari lagi lagu Anuar Zain yang sesuai.
Adik cakap Sedetik Lebih macam sedih je. Tak sesuai utk video kawen.
Huhu

Tapi Aini rasa ok je.

:)

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015