Wednesday, March 23, 2011

Assalamualaikum.
Rasa macam dah lama je tak update blog. Otak pun dah macam slow sikit bila nak create entry baru. Mungkin sebab busy menjadi isteri kot. Hihihi. ^___^ Just kidding.

After husband saya balik dari outstation last week, saya memang tak sempat nak jenguk blog. FB pon saya tak sempat nak update. Frust betul. Not-so-me. Biasa saya macam takleh berpisah ngan laptop dan broadband. Tapi tak menjadi satu masalah pun. Sebab saya rasa menjadi isteri adalah fun. Walaupun kena bangun awal pagi prepare breakfast, balik kerja dah gelap baru sampai rumah. Lepas tu terkial-kial masak untuk dinner. Tak kisahlah penat macamana pun, saya tetap akan masak. Unless saya dah tak sihat ke apa. Tapi alhamdulillah, setakat ni saya tak pernah fail untuk prepare dinner untuk husband. ^__^

Actually entry kali ni saya macam nak compile aktiviti saya since I was leaving the blog for awhile hari tu.

I
12 March 2011


Hari Sabtu. And Sabtu saya bekerja and hari yang paling bermakna buat seorang sahabat dan juga bekas coursemate saya, Izan. Beliau telah selamat diijabkabulkan dengan suami tercinta pada malam 12 March di kediaman beliau di Penang. Alhamdulillah. Team wifey makin bertambah. ^__^ Buat pertama kalinya saya buat masak lemak cili padi. Air tangan sendiri. Husband suka! Itu yang paling penting. OK, kembali ke cerita Penang. Saya dan husband sebenarnya plan nak ke Penang lepas kerja. Tapi oleh kerana ada hal keluarga yang tak dapat kami elakkan, kami decided untuk ke Penang pada pagi 13 March. Lagipun kenduri Izan was held on the 13th tu.
Alhamdulillah, selamat sampai ke Penang tapi tak sempat nak round-round. Sebab kami memang tak sempat. Isnin kerja.

II
19 March 2011
Juga hari Sabtu. Tapi Sabtu saya off. Ni yang paling saya tunggu-tunggu. Boleh kemas rumah, masak-masak dengan jayanya. On that day kami pulang ke kampung husband. Rumah emak mertua saya. ^__^
Menjadi menantu ni bukan senang OK. Pandai-pandailah bawak diri.

III
20 March 2011
Genap sebulan kami sah menjadi suami isteri. Banyak yang saya belajar mengenai husband saya. Dan ada juga cabaran yang dah saya hadapi dalam masa sebulan ni. Biasalah, orang dengki. Saya tak kisah. Allah Maha Tahu segalanya. Banyak story mengenai sebulan ni. Hihi.. Nanti later saya cerita. Sekarang sibuk. Tak sempat mengarang.. :)

Thanks for reading.
Doakan kami terus bahagia sampai ke syurga..

Amin..

Monday, March 7, 2011

Auntie-Auntie main masak-masak

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, saya kini berada di fasa peralihan. Huhuhu.
Semakin menampak ciri-ciri seorang auntie 
(emmm.. seorang makcik sebenarnya. HAHAHA).

Pergi pasar... Beli sayur, beli ikan, beli ayam, beli sotong, beli udang.

Pergi pasaraya.. Suka periuk, suka kuali, suka pinggan mangkuk.

Surf internet... Cari resepi ayam, resepi ikan, resepi kuih.

Oh. Soooooo makcik-makcik kan saya sekarang?
Hehehe. I enjoyed my new phase of life. Alhamdulillah.

Huhuhu. It was not-so-me suatu ketika dulu.

Ok. Esok pagi bangun awal, cook for darling husband.

Welcome home Sayang!!

Sunday, March 6, 2011

Boring Weekend

Bismillah.
:)
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, berjaya mengharungi weekend kali ini dengan tabah tanpa suami di sisi *sadis,rindu suami*

Ahad dah hampir melabuhkan tirai. Saya pulak redha mengharunginya without my husband around. *heh.berapa kali nak ulang da.* Dengan meletakkan harapan yang tinggi agar saya takkan mengharungi weekend-weekend seterusnya tanpa beliau di sisi lagi.

Luckily saya dah start kerja on last Thursday. So I got the best solution to solve my big problem missing my husband. It is distraction. At least dekat office saya berjaya mensibukkan diri dengan macam-macam hal. OT sampai ke malam. Then MIL called tanya dah balik ke belum. Pesan suruh lock all the doors. Huhu. So sweet of my MIL. ^__^

After being a wife for 2 weeks ni, saya rasa cukup bahagia. Although kena tinggal oleh husband after seminggu lebih kami nikah. Huhu. My mom macam biasalah, same as before. Macam before saya jadi wife orang jugak. My MIL pulak, cukup risaukan saya duduk rumah sorang-sorang. Almost everyday saya balik kerja, MIL called. Tak pun dia SMS. My mom tak worried sangat sebab she knows me better. Tapi seronok lah sebab sekarang ada 2 moms.

Hmm. Masa mula-mula husband pergi that day, I was praying so hard wishing for the time to fly by quickly. Ye lah, he went there on the 1st March. Nak menunggu tibanya 8th March tu, anda boleh bayangkan tak? Nasib baiklah I used to stay alone kat rumah ni before. Plus our house was located near by the playground. So, ada saja lah suara kanak-kanak terjerit-jerit sambil main apa tah. Huhu. And nasib baik jugaklah we stayed together dalam rumah ni for only 3 days before he went to India. kalau lagi lama, mau lagi histeria saya sorang-sorang kat sini. 3 days pon dah macam-macam kenangan yang ada. 
Sayang, I miss you terribly much. T___T

And today is 6th March. Tomorrow will be his flight to Malaysia and on 8th, he will be here. InsyaALLAH. Semoga selamat kembali ke pangkuan isteri yang amat merinduimu ini.

Can't wait to cook for my beloved darling husband. ^____^


Wednesday, March 2, 2011

New Phase of Life

Bismillah
Assalamualaikum.
Sepatutnya entry ni saya buat semalam. Tapi ideanya baru datang hari ni dan masa terluang pon ada hari ni. So, hari ni la entry ni dibuat.


Rindu dekat blog sebenarnya. Sebabnya saya rasa since duk sibuk uruskan hal wedding last 2 weeks, memang tak sempat langsung nak jenguk blog. 

Rindu jugak dekat rumah. Spend time almost 1 week dekat rumah. During the wedding la sebenarnya. Membawa insan kecintaan masuk dalam family saya adalah perkara yang dah lama saya nantikan. Alhamdulillah, kehadiran husband saya (ehem..ehem..dah ada husband sekarang. Tumpang lalu ye. Hehehe.) dalam family kami adalah amat dialu-alukan. For the 1st time saya tengok ayah saya begitu gembira. Borak dengan husband saya macam-macam isu. Syukur sangat. Sebab dia jarang bersembang dengan anak-anak kat rumah. Especially dengan adik lelaki saya. Alhamdulillah, sekarang dia dah ada teman.

Rindu dekat internet, especially facebook dan blogspot lah. Hahaha. Sejak berhusband ni, aktiviti saya di alam maya adalah terhad. Kena jaga husband. Huhuhu. Alasan. 

Rindu dekat suami terchenta. Husband saya dah selamat sampai di India last night. Sedih betul saya kat Malaysia ni. Dah la pengantin baru. Kena redha, dia pergi demi tugas. T___T
Sayang, ketahuilah olehmu bahawa I rindu you secara super banyak. Cepat balik, please.

Alhamdulillah, majlis resepsi on both side dah selesai. Cuma penat kenduri tu masih bersisa lah. Biasa lah kan. Bukan pernah jadi pengantin baru. ^__^

Thanks alot to my families and in-laws. Really appreciate it. Thanks to cousin of my husband sebab decorate our room dengan fresh flowers yang cantek and segar. Thank you so much. Thanks jugak to my friends yang datang wedding kami. Especially to those yang sanggup datang from KL to Besut. I really appreciate that. :)

Cerita pasal wedding adalah banyak. Tak muat kot untuk saya compress masuk dalam 1 entry. Nanti saya buat chapter by chapter boleh? Kalau ada yang nak baca la. Kalau tak ada pun, insyaALLAH saya nak buat jugak. Sebagai kenangan perkahwinan kami. ^___^ 

So, sekarang kita jangan cerita lagi pasal wedding hari tu. OK? Cerita topik lain. Boleh?

Ermmmm... Suami? Suami saya ye? Owh. Alhamdulillah, sangat-sangat bersyukur kerana Allah jodohkan saya dengan beliau. Beliau adalah sangat membahagiakan saya. Dari saat saya sah menjadi isteri beliau, sehinggalah ke saat ini, beliau adalah sangat baik and banyak benda baru saya dapat belajar pasal beliau. Honestly, currently I am falling in love with my own husband. Oh. I like this feeling. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, kami selamat diijab qabulkan dengan sekali lafaz. 
Sayang, you are great. Love you!

Lepas je sah segalanya, everything was changed. Kasih sayang dan cinta saya pada beliau meningkat secara mendadak tanpa saya sedar. Segala gerak geri dia saya rasa nak curi-curi tengok. Rasa macam tak ada dah lelaki lain yang lebih sempurna dari beliau. Hari-hari saya jatuh cinta. Fuh. Parah. Tapi sangatlah released. Huhuhuhu. ^___^

Dan dengan ini, saya rasa saya dah boleh cakap "Yes,getting married adalah menyeronokkan. And anda kena aware dengan tanggungjawab as a wife or husband". So, kawan-kawan yang belum lagi tu... Bila lagi? Jangan lambat-lambat OK? Rugi. Hahahaha.


Ok. Esok saya dah mula masuk office dan rasa macam malas. Just discovered that being a housewife is not bad. Saya suka la jadi housewife. Kena dengan naluri. Tapi kena tanya husband dulu lah. Saya nak bantu dia lagi dalam segala hal.

Itu sahaja kot setakat ni. Saya rindu suami saya.
Sayang, cepat balik please. T___T 

Dah boleh bersurai.


Tuesday, March 1, 2011

March comes

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, March datang lagi.
Alhamdulillah, dah seminggu lebih saya menjadi isteri orang.. :) Syukur sangat. Dapat berkongsi hidup dengan insan yang dicintai.

Saya masih lagi bercuti. Cuti kawen. ^__^ Cadangnya esok nak masuk kerja esok. Tapi kalau ikotkan, saya masih lagi bercuti. Malasnya. 

Darling husband dah bertolak ke India. Sayu betul hati ni. Haish. Nak tunggu Selasa minggu depan, tak tau la macamana. T___T

OK. Saya tak da mood lah. Rindu husband.

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015