Saturday, January 1, 2011

Welcome 2011

Assalamualaikum.
Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua. Alhamdulillah, berakhir sudah 2010 yang penuh suka duka.
Masa semakin cepat berlalu sekarang ni. Saya berdoa agar saya dan semua orang-orang yang saya sayang sentiasa berada di bawah rahmat Yang Maha Esa. Amin.

Bila tahun baru datang, saya semakin risau memikirkan berapa lama lagikah saya akan hidup menikmati anugerah ALLAH ini. Bila-bila masa saja saya boleh di jemput untuk kembali pada Sang Pencipta. Betapa kurangnya amalan untuk saya bawa sebagai bekal bertemuNYA nanti.

Hari ini, pelakon 'Adamaya' yang memainkan peranan sebagai bf Maya, Faizal Yusof telah dijemput Nya jam 2.30 petang tadi akibat serangan jantung. Al-fatihah untuk arwah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin. Lihat. Betapa tepat dan benarnya janji ALLAH.Kematian itu pasti. Marilah kita sama-sama berlumba mencari dan mengumpul bekalan untuk bertemuNYA kelak.

Ok. Hapuskan mode sayu sekarang. Sebab memang kematian itu pasti. Tak ada yang akan terkecuali. Sama-samalah kita berdoa agar mati kita adalah dalam keadaan beriman kepadaNya.

For new year 2011, saya dah start fikir pasal azam baru. Tapi, nak review sikit apa yang saya dah lalui sepanjang 2010. Check it out. ^___^
January - 
Pertama kali saya sampai ke Langkawi. :) Dah review kat sini dan sini.
February -
I lost my weight. Huhuhu. Benda yang paling membahagiakan saya. ^___^
March -  
April - 
Saya berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda. Pertama kali bergelar employee. Walaupun part time je, saya sangat gembira sebab ada peluang ambil pengalaman ni.
May - 
Saya dah graduated officially. Yeay!
June - 
I left ANR CFS IIUM because dapat job offer kat Puchong. 
July - 
Being hired for full time position somewhere in Puchong. Bad experience for me. T___T I learned alot
August -
In mid of August, I left Puchong. Looking for another job which can suit me well. 
September - 
Got an interview for a full time position as an engineer somewhere in Rawang. And Alhamdulillah, rezeki saya dekat Rawang. 
October - 
My happiest month in 2010. My convocation day. Most of my entries adalah pasal convocation saya. Hihihi. Being hired once again for full time position. Alhamdulillah.
November -
December -
Menghitung hari ( huhu. Dah ada dah yang salah faham. Bukan menghitung hari untuk kawen ye. Menghitung hari untuk mengetahui keputusan whether saya dapat confirm ke tak by end of January. Hihihi.) dan mendoakan semoga saya bahagia dengan bakal soulmate saya kelak. Amin.
Alhamdulillah. 2010 saya penuh dengan warna warni. Azam saya pon hampir kesemuanya tercapai. Tinggal yang part kawen and turun berat je belum berjaya. Harap-harap berjaya la saya capai berat idaman. Amin. ^__^

Apa yang terjadi dalam 2010, saya akan ambil sebagai rujukan. Sebab, experience is the best teacher ever. 

Sekian. :)

2 comments:

Anonymous said...

WAAA, TARIKH DA TTP KAN? ANNOUNCE LA...^-^

U know who I am said...

Tarikh belum ada lagi..huhu..
Still dalam proses perbincangan..
Sabar la ye

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015