Monday, January 24, 2011

2 in 1

Ok. Sebenarnya ada cerita tertangguh. Masa saya untuk memblog sekarang adalah sangat terhad. Lepas kerja, balik rumah dah malam baru sampai. Sebab saya buat kerja lebih masa. Cari duit lebih sikit. ^__^
To make it short, let me start with the first thing first..

I, 21 January 2011

Hari ni macam bosan sikit kat ofis.

Hmmm. Bukan sikit kot. Bosan banyak.Tak tau nak buat apa. Kerja bukan takda, tapi tak tau la. Mood melayang tah ke mana dah. Mungkin sebab semalam adalah cuti. Mood cuti tu masih tak hilang lagi. Lepas tu pagi tadi HR keluarkan memo pasal 2 Feb ni office kami cuti. So, kesimpulannya dalam kepala saya memang ada perihal cuti je.

Wihuuuuuu. Next week kerja, then Saturday OFF. Lepas tu masuk kerja Monday,Tuesday malam dah naik bas balik kampung. Hihihi. I like.


Banyak benda saya nak buat balik kampung nanti. Harap-harap semua berjalan seperti yang saya rancanglah.. Mungkin sampai rumah Wednesday morning tu saya dah tak tidur kot. Misi akan bermula. Yihaa.. ^__^

Ok. Semalam saya cuti dan telah selamat sesat di Shah Alam. Hahaha. Mana la saya pernah masuk bandar Shah Alam. Betapa jakunnya saya sekali lagi. Hihihi. Singgah makan kat PKNS Shah Alam. Kedai tu nama apa tah. Saya order bubur nasi dan rasa dia adalah sedap. Suka. :) Chicken Chop kat sana pon adalah sedap. Blackpepper Sauce dia adalah superb. Saya rasa superb la. Orang lain saya tak tau.

Keluar PKNS, masuk SACC Mall pulak. Tak tau nak merayau kat mana pon sebenarnya. Last-last end up dengan keluar tangan kosong jugak.

Petang tu lepak kat Restoran Hakim section 7. Minum-minum je dengan kawan. After that pergi UiTM pulak.

Sampai Rawang dah malam. Almost 10 p.m. kalau tak silap.

Dan.. Saya rasa sebab tu jugaklah hari ni saya rasa macam mood cuti tu still ada. Haih. Susah macam ni.

II, 24 January 2011

Fuh. Monday blues melanda lagi. Bosan betul la bila tiba Monday. Rasa macam everyday nak weekend. Sebenarnya bila dah masuk Monday and bila Monday dah habis, sekejap je rasanya nak sampai Friday. Masalahnya cuma nak bagi habis Monday tu yang rasa lama je. Haih. -_-"

Emmmm. Actually since last week saya dah tak ulang alik ke pejabat dengan rakan yang saya selalu tumpang tu. Sebab dia dah pun pindah. Last week pernah la beberapa kali naik bas dan saya rasa ok je walaupun kena naik bas. Cuma kesian la dengan kawan saya nak kena tunggu kat bus stop before sampai office. Kesian. Saya ni asyik menyusahkan orang je.

Then this week ada sorang colleauge saya offer tumpang dia. Syukur. Allah bantu saya. Alhamdulillah.

So from now on, saya akan tumpang akak tu. Huh. Ringan 1 beban saya.

Tak sabar rasanya nak miliki kenderaan sendiri. Masalahnya saya ni penakut. Lesen ada. Dah masuk 3 tahun kot. ^___^

Kesian suami saya nanti.

Hmmmm. I need a car and I need the strength to drive a car. Hiiii

Mula-mula plan macam nak tunggu D54T. Tapi macam lama sangat tu. Hmmm. 

Yang macam kat bawah ni pon menarik.. Hiiii..
Saya tak target kereta mahal pon. Cukup untuk saya ulang alik gi keje dah la.. :)








Eh. Kejap.

Did I mention about husband just now?? Haih. Critical dah saya ni agaknya. Tiba-tiba mention about husband. Kawen pon entah bila. Hahaha. Ok. Now, forget about it ya.

Nowadays takda sangat cerita yang best-best yang boleh saya share dalam blog. Sebab hidup saya saban hari adalah macam sama je.

Membosankan.

Pagi pergi kerja, petang or malam balik kerja, tidur.

Esok pon macam tu jugak. Esok lagi pun macam itu jugak. Haih. Bosanlah.

Dulu zaman belajar, pun macam bosan jugak. Tapi adat la kan hidup ni. :)

Mungkin bila dah berkeluarga kelak, hidup saya akan tambah berwarna-warni. Siapa tahu kan? ^__^

Heh. Saya berangan lagi. -_-"

Sudahlah. Lebih baik saya stop kat sini. Tambah melalut nanti. Heee..

Nyte.

5 comments:

Anonymous said...

Hi, blk kg wat persiapan kawen ek? dgr kata bln 2 ni... ^-^

U know who I am said...

Tak la..balik kampung nak test drive kete n booking kete baru..
hihihi..
tak sabar..
kawen lambat lagi..
tunggu adik cuti baru buat.
Bulan 2 adik yg kat poli takde cuti..

farz said...

I-mu g jln2 shah alam sorg ke? ade 1 kedai mkn best kt area s.a tuh..fuuhh,mmg terbaik.
II-saga FL ni semat gok weh,hok depan jela.blkg die dop bape menarik perhatian ku..hihi

U know who I am said...

Fariza ~ aku xkan la g sorang2..hihihi..ade peneman la..:)
saga tu mmg lawa weh..aku geram je nk beli...tp xtau brani bwk ke dop..

cikmune said...

kte sama lah ira. lesen tu hanya sekadar lesen. hahahaha... tak pnah drive. siap abah kte pegang lg. heee...

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015