Assalamualaikum.
:)
Isnin untuk minggu ke-3 bulan November 2010 sudah pon selesai. Selasa masih setia menanti. Alhamdulillah, masih bernafas di bumi ALLAH yang penuh rahmat ini.
November comes to its 23rd. Sekejap je rasanya. Rasa macam baru semalam saya start kerja. Rupanya it's almost 2 months. Syukur. Saya mendapat bantuan semaksima mungkin dari Yang Maha Esa. Dia telah kurniakan saya kekuatan untuk terus bertahan sehingga ke tahap ini. Alhamdulillah. Semoga Dia terus menguatkan hati dan semangat saya untuk terus bekerja Lillahi Ta'ala. InsyaALLAH.
Pulang ke kampung baru-baru ini membuatkan hati saya penuh dengan taman. Emm. Maksud saya, hati saya cukup berbunga-bunga. Bayangkan, saya dapat jumpa and borak-borak gosip dengan BFF saya zaman sekolah dulu. Hampir 10 tahun tak jumpa. Except Angah. Saya selalu jumpa Angah. Tapi saya tak pernah buhsan. :) Sayang u, Angah.
Seorang sahabat baik sudahpun selamat menjadi isteri. Alhamdulillah. Sebenarnya, dalam diam-diam ada lagi BFF saya ni yang bakal mengikut jejak Acik. Hehehe. Kita wait and see lah eh. :) Dan saya pasti, semua akan nampak gorgeous di hari bahagia masing-masing. :) Saya?? Oh. Mungkin akan tiba jugak waktu saya. Cuma mungkin bukan dalam masa terdekat ni la.
Since I've been away from blog baru-baru ni, saya jadi macam kelu nak berbahasa. Idea pon macam ada tak ada je. Ntah kenapa. Bulan ini cukup tidak productive. November dah nak habes, tapi entry baru berapa kerat. Hmm.. Career woman. HAHAHA. Blah la kau. T__T Pegi keje duduk ofis goyang kaki ja pon. ^_^
Ok. Idea hilang. Otak kata mahu tidur. Selamat malam semua. Jumpa lagi. :)
Esok kerja. InsyaALLAH. Lillahi Ta'ala.
No comments:
Post a Comment