Tuesday, November 23, 2010

Tuesday, down. :)

Assalamualaikum.
As usual, Tuesday is gone. Wednesday will come. We're reaching the end of November. Dah nak masuk December. Waaaaaa. 2011 will come. Macam cepat je masa berlalu pergi.

Lately ni tak banyak sangat issue and hot story yang dapat dikongsi kat blog. Sibuk la kot. Idea tak sempat nak diperah keluar. Kat ofis pulak tempat duduk saya and PC saya sume orang boleh nampak. Memang strategik ah. Sampai hari tu saya bukak resume sapa tah yang ada dalam pendrive saya, orang department sebelah siap cakap saya nak cari keje lain dah. HUHU. InsyaALLAH, saya tak kan cari keje lain lagi dalam masa terdekat ni. Saya bahagia dengan life yang saya ada sekarang ni. Alhamdulillah. ^_^

Oh. Saya lupa nak kongsi. Baru-baru ni pulang menyambut Aidiladha di kampung. Syahdu betul bila tiba di rumah tatkala takbir berkumandang. Nasib baiklah bukan Aidilfitri. Kalau tidak, habis la banjir depan pintu rumah. Huhuhu.

Aidiladha yang paling penat penah saya lalui. Sampai kat rumah je, parents dah bersiap untuk ke tempat penyembelihan which is di kampung halaman saya. Walaupun jaraknya cuma mengambil masa tak sampai 45 minit, semua dikerah untuk turun padang awal. Sebab kalau lambat, lambat la dapat daging bahagian masing-masing. Nasib baik ayah sudi tunggu anak dara sulung beliau ni mandi dah bersiap. Bonda dan adik lelaki bertolak dulu.

Sampai di kampung, macam biasa lah. Salam-salam dengan sedara mara yang ada. Lepas tu terus ke tempat penyembelihan. Masa tu, Tuhan je tau betapa mengantoknya mata ni. Selesai je aktiviti korban, terpaksa membuat satu aktiviti yang tidak sepatotnya dibuat di hari raya korban. Huhu. Saya ikot ayah dan ajak adik lelaki balik rumah. Sebab saya nak tido. Huhuhuhu. Sepatotnya saya berada di rumah nenek untuk standby kat dapo. Tapi apakan daya, mata saya menuntut haknya. T__T Maaf semua kalau sikap saya pada hari tersebut membuatkan sesiapa saja terasa hati atau rasa macam tak puas hati and sewaktu dengannya sebab saya dah kira macam mencuri tulang di hari raya. Saya tak berniat. 

Jam 2.30 petang, ayah kejut saya dari tidur. Wahhhh. Masa tu rasa macam 'Selamat Pagi Malaysia'. Energy recharged. Haaaaa.. Barulah boleh buat kerja. Tapi tu lah, apakan daya. Kalau dah pukul 2.30 petang, semua benda dah siap la. Say tinggal pergi tolong makan je. Hihi. Tapi tak pe. Pinggan mangkuk saya tolong kutip dan basuh. Bukan makan, lepas tu tinggal atas meja macam tu je. Not good lah. Nanti nenek marah.

Petang sikit, dah lepas makan nasik berlaukkan daging here and there.. Saya ajak adik lelaki buat daging bakar. Biasanya lepas je korban, saya dan dia terus sediakan tempat nak buat semua tuh. Tapi apakan daya. Mata mengantuk macam apa je. Aktiviti kami tertunda sehinggalah lepas asar. Oh. Lupa. Sebenarnya lepas makan, saya rasa macam masih mengantok. -__-" Nasib baik bibik sangat prihatin. Bagi saya tumpang tidur dalam bilik dia. Huhuhu. Dah lepas bangun tu la baru saya buat aktiviti membakar daging. :) Arahan diberi oleh Ayah Su (adik bonda yang bongsu) saya.

Phewww. Aidiladha yang cukup mempenatkan, memengantukkan, menspoilkan mood, etc. Tapi cukup indah cuti saya kali ni. Apply for 2 days unpaid leave, got 5 days to be spent at my home sweet home. Sebab apa? Sebab campur Saturday and Sunday. Wiiiiiiiii.. :)

OK. Mata macam ngantuk. Esok kerja. Selamat Malam.
Semoga saya terus bekerja seikhlas hati Lillahi Ta'ala. Doakan saya.

Bismikallahumma Ahya Wa Amut.

No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015