Saturday, November 20, 2010

1 Done. 8 Left.


~I Love my greatest friends, they're still the same~

Assalamualaikum..
Huh. Penat. Seronok sungguh balik kampung kali ni. Panjang je langkah. Banyak benda yang nak kena susun, nka kena atur supaya suit dengan masa yang saya ada sepanjang di kampung. Hari raya pun rasa seronok. Macam selalu. Alhamdulillah. Our praises to ALLAH.

Alhamdulillah, semalam saya dan rakan-rakan kesayangan telah menghadiri wedding salah seorang daripada kami. Norhidayah binti Ali telah selamat menjadi isteri Zulhelmy. :) Tahniah buat korang berdua. Semoga cepat dapat baby. Bahagia sehingga ke syurga. Amin. Pejam celik, pejam celik. Rasa macam baru saja kami semua berkenalan. Sekarang masing-masing dah nak jadi mak orang dah. Hihihi. Inilah kehidupan.

Seronok sangat bertemu rakan-rakan yang dah hampir 10 tahun tak jumpa. Oh. Rindu. Masing-masing tak berubah. 10 tahun tak mampu mengubah keteguhan persahabatan kami. Alhamdulillah. Even after form 3, masing-masing dah ada jalan sendiri. Angah went to MRSM PC, myself went to MRSM KOPU, Che Lynn and Alang went to another schools. Masing-masing dah ada kawan baru. Tapi saya salute kawan-kawan saya. Sebab bila kami berkumpul, semua seperti biasa. It's like kami semua tak pernah berpisah. Aina, tetap bising macam dulu. Peng'havoc' suasana apabila bertemu Che Lynn. Alang, Nadiah, Yunie, pon tetap macam dulu. Angah, tetap sama. Semua sama sahaja. Pengantin baru, Acik.. Juga tak ada beza. Semua makin lawa. Makin cantik. Makin manis. Bakal-bakal pengantin baru seterusnya which are Alang and Yunie pun nampak dah seri pengantinnye. :) Can't wait for your turn. Heeeeee. Nampak gayanya, geng kita berminat dengan warna tema merah putih ye? Semua pun nak merah putih. 

 
~10 years ago~

Hari semalam sungguh seronok. Flashback cerita-cerita zaman sekolah. Kisah ada antara kami yang failed bahasa arab. Kisah drawing kami direject oleh cikgu Pendidikan Seni. Hep. Jangan tak tahu. Cikgu Pendidikan Seni kami amatlah particular. If dia rasa tak puas hati, dia akan suka-suka hati je reject drawing kita walaupun kita rasa kita dah hasilkan drawing yang terpaling cantek yang pernah kita buat dalam hidup kita. Hahahaha. Kelakar.

I missed my schooling ages. I had a very great time yesterday. Seriously. Penat sampai tak rasa sangat. Dah sampai rumah baru ala-ala nak terasa. Banyak cerita masing-masing. Tapi sayang, kami kekurangan sorang lagi sahabat. Entah ke mana beliau menghilang. Kami gagal mengesan dan menjejaki beliau. Masih di Jepun kah? Atau sudah di Tanah Melayu kah? Tiada langsung khabar dari sahabat yang seorang itu. Walau apapun, kami tetap mendoakan yang terbaik buat beliau. Semoga beliau tak melupakan kami.

Selesai sudah urusan sahabat kesayangan kami yang sorang ni. Seterusnya, satu demi satu bakal mengikut jejak langkah Acik. InsyaALLAH. Hope to see you soon guys at Alang's Wedding next year. Till we meet again. Going to miss all of our sweet memories now and forever. InsyaALLAH.

Buat acik, semoga menjadi isteri solehah. Ibu mithali. Doakan along jugak ye. :) Semoga acik bahagia dunia dan akhirat bersama suami tercinta. Amin. 

Ok. Now, who's next? Of Course bukan saya. Hehehe. 1 Done. 8 Left. :)

No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015