Wednesday, September 22, 2010

Mari mengukur KL

Assalamualaikum..
And finally, baru ada ruang nak update. Fuh. (icon lap peluh di dahi). Semangat nak update dah datang since after balik from mengukur jalan hari tu lagi. Tapi macam-macam pulak aral yang datang. Salah satunya adalah MALAS. Hahahaha. Gambar pon dah terus transfer. Tapi macam tak ada rasa nak buat editing.

Ok. What I have here is gambar-gambar masa keluar mengukur jalan sekitar KL that day dengan BFF. Lama okey aku tak buat macam ni. The last one was masa aku still ngan ex aku time kat matric dulu. My ex used to walk kalau jalan-jalan around KL. Haku? Hmmm. Jangan harap. At least I need public transport. Tak kose aku nak jalan kaki. Nasib baik masa tu macam tak berapa nak cerdik sangat lagi kan.

But this time, really enjoy it. Bila dengan BFF neh, banyak benda yang nak di borakkan until you didn't feel the tiredness sampailah ko dah masuk rumah ko sendiri and masa tu your BFF pon dah tade depan mata. Lain rasa dia. Seriously. Bila mereka ada, penat pon hilang. See.. That is the reason why I really love my sayangs. :)

Our first agenda was jalan-jalan inside KLCC. Kami sampai tu kedai pon tak semua bukak lagi ok. Gila semangat nak jumpa geng. While waiting for other 2 peeps, kami pusing la KLCC tu. Then masuk watson, terberkenan dengan 1 benda neh. Hahaha. I beli ok. Sebab I beli? Hmmm. Sebab dia manis. I likeeee... Hehehe

Then, bila da cukup korum.. Barulah kami mencari tempat untuk mengisi perut. Makan somewhere dekat food court KLCC.

Ni masa makan. Emm. Tak. Sebelum makan. Hihihi.

After that, Miss Chekgu kata nak beli blouse. So we suggested Bukit Bintang. To be specific, Sungei Wang Plaza. Miss Chekgu mengajar kat Sabah. So, dengan keadaaan beliau yang jarang singgah KL tu membuatkan beliau teruja nak cari baju. Nasib baik kawan-kawan jenis gila soping jugak. Hehehe.

On our way to Pavilion. Emmm. Correction. Kami bukan soping kat Pavi hocay. Tak cukup berkepuk lagi duit ni untuk kami bershopping kat sana. We just used the alternative way untuk sampai ke Bukit Bintang. Jalan kaki ye. Tak lah jauh sangat. Alaa.. If jauh pon, ape aku kesah. I got my BFF with me. Nothing is impossible la. Hihihi.

Before sampai BB, sempat singgah solat Zohor kat surau Aquaria. And I found a big mirror. Dan. Aktiviti wajib haruslah amek gambar depan cermin. Hehehe..

And finally, we arrived BB safely. Membuat sedikit membeli-belah tingkap, dan kami pulang ke sarang sebelum malam. Miss Chekgu have to go to LCCT that night. Hmmm. Penat tu ada. Tapi masih mampu bertahan. Petang tu, by Maghrib aku dah sampai rumah. Alhamdulillah. Lega. Tired. Worth it. Love U my Sayangs... Jumpa lagi nanti ye.

2 comments:

Unknown said...

huhuhu.. mmg best sgt kn.. huhu.. xpe2.. nnt ader maser kiter g jalan2 lagi ek.. before u get married la.. ble dh kawin dh xleh kuar reramai cm nih... huu~

N.M. Noor said...

hep..dah kawen pon boley la.. my future hubby sporting hoccay...:)

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015