Tuesday, April 13, 2010

bersiaran dari GPCL E0 again

(Baiklah.Abaikan.Gambar tiada kena mengena dengan entri.HAHAHA)

heeeee...assalamualaikum.. yes..again bersiaran dari GPCL..padahal baru seminggu tak jejak kali kat ENGIN..dah macam rindu sikit..hmmm...Malam tadi sampai UIA again.Tapi malam ni dah nak meninggalkan UIA again.Huh.Tak best.Nak jumpa rakan-rakan lagi.Nak gosip-gosip lagi.Nak makan same-same lagi.Huaaaa...Nanti mesti rindu.

Semalam,rasa macam berat pulak nak naik bas.Macam tanak tinggalkan rumah.Mungkin sebab atok sedara tengah sakit kat hospital.Plus balik baru-baru ni sangat close pulak dengan bonda.Asek berkepit saja ke mana-mana pon.Bonda pergi beli mee goreng kedai sebelah rumah pon nak ikot.Plus banyak sessi meluahkan perasaan dengan bonda masa balik baru-baru ni.Uhhh.Rindu rumah.Nak balik rumah sekarang.Hmm.Bila lagi tah boleh balik rehat dekat rumah.Pasrah je la.


Petang ini,InsyaALLAH ada photoshoot.Harap hari tidak hujan sebab tadi dah hujan.Rasa macam banyak sangat benda nak buat.Tapi,itulah.Macam tak tersusun.Konon nak gi jumpa dentist pagi td.Tapi akhirnya da sampai petang,tak jadi pegi.Hmmm.Bila dah tak sakit,beginilah.Nanti sakit,susahlah tu.Pagi tadi juga,rasa macam nk gi jumpa lecturer.Tapi, bila encik M itu ada, susah nak bertindak.


Semalam,tumpang tido room rakan (terima kasih huda).Seronok.Tapi aku tido awal sebab tak larat.Bas buat hal.Hmm.Dugaan.Sekarang rasa macam gementar gila bila terfikir pasal kerja.Hmm.Rasa macam sangat down bila terfikirkan pasal kerja.Ya,betul.Tentu ada rezeki bahagian untuk masing-masing.Tapi,itulah.Aku ni bukan tahan sabar sangat.Aku rasa mula rungsing bilamana teringat hal kerja.Hmmm..Betullah orang cakap,zaman belajar adalah yang terbaik dan tersenang.Pergi kelas,balik kelas saja hari-hari.Tak payah fikir benda luar alam.Ini tidak,bila suda menjadi graduate,haruslah bersusah-susah mencari kerjaan.Bila dah ada kerja,mungkin macam-macam dugaan yang harus kita lalui.Semua itu memang kita harus hadapi dengan apa cara sekalipon.Yang penting,ingat ALLAH.Berserah padaNYA setelah berusaha sedaya upaya.
Itu sahaja kali ini.Kepala kosong sebab tengah ada idea tadi,terdengar pula brother sebelah ni cerita dekat kawan dia yang dia dapat offer kerja dekat kelang.Kilang baby diapers.HHAHAHAHA.Aku curi dengar.Heh.Tak.Bukan.Aku terdengar sebenarnya.Tak berniat nak curi dengar.Dah dia yang cakap kuat,macamana aku tak dengar.Kan? hehe...

5 comments:

fabulous.farah said...

dok uia doh eh? wiken ni insyaallah kite jupo..huhu

E.d.Y said...

alhamdulillah..tak ujan..hehe

AINI NORAINI said...

farah ~ yep.tp now kt umh nurul.wiken ni nurul tiada di rumah.so aku xtau aku bakal berada di mana...gapo2 aku roger neh.stok abih doh...oh..sungguh seksa idup tanpanya....:(

AINI NORAINI said...
This comment has been removed by the author.
AINI NORAINI said...

edy ~ hee...alhamdulillah...sukeeeee sgt...thanks...nnt aku dtg uia,aku roger eh..sian ko peluh2...maceh byk2...

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015