Monday, December 3, 2018

IF. Intermittent Fasting. Bukan Impact Factor.

Assalamualaikum w.b.t.

Haiiiii.. Lama tak nampak sis bersiaran kan..? Ada ja. Duk buat keja hakiki yang tak kan habis sampai pencen. Tak dan la hai nak membebel kat sini. Tapi sebab isu ni tengah 'in' sekarang, sejak LS reveal dia amalkan IF ni dan kelihatan muda remaja, sis cari jugak la masa sikit nak membebel. Bukan nak tunjuk pandai naaaa... Sis pun masih duk gali lagi ilmu pasal IF ni. Mostly bila google, depa duk elaborate bahasa omputih. Jenuh la sis google translate haaa..
So, sini sis nak cuba elaborate balik, in the simplest way, yang sis harap sangat dapat bantu sesiapa yang masih blur lagi pasal IF ni.

Ready? Posting ni sure akan panjang berjela, macam posting fullmoon dolu-dolu tu.
Dan sis akan cuba sedaya upaya guna bahasa paling simple. So, lets start!

First thing first.
Padia IF (Intermittent Fasting) ni...?
OK, bahasa mudah dia, posa la. IF ni posa yang terputus. Dia bukan diet. Dah kata dia bukan diet, awat boleh jadi kuruih? Ok, basic nak loose weight adalah apa? Calories Deficit kan? Dengan buat IF ni, kita akan skip at least 1 meal. So dengan duk skip meal tu, logiknya, berlaku la calories deficit kat situ. Betoi dak? Unless, eating window tu hangpa pelahap semua hat ada depan mata, hangpa buat OMAD pun tak kuruih dik oi..

Dalam tak sedaq, sebanaqnya, kita semua ni dah terbuat IF setiap hari, tau dak? Masa bila? Haaa.. hangpa dinner pukui berapa? Sis, normally last dinner pukui 6 petang. Esoknya kadang pukul 10 baru breakfast. Situ ja dah dapat 16 jam tanpa kita notice. Ce cek balik routine makan hangpa.

Apa beza dia dengan posa Muslim?
IF ni, dia hangpa boleh duk minum dalam waktu fasting. Berlainan dengan posa Muslim, kita dah kata posa, means semua benda tak boleh makan. IF ni, masa fasting mode, cuma boleh minum ayaq putih, kopi 0, or tea 0 (hat 0 kalori). Dah masuk eating window, hang makan la apa pun.
Dah dibolehkan. Tapiiiiii.... Jangan duk balun hat bukan-bukan laaaa...

Nabi (S.A.W) kita pun ada ajaq kan pasai posa ni. Awat Islam suruh posa? Apa yang Allah suruh tu, jangan duk pertikai laaa.. Sure ada la kelebihan dan hikmah dia tu. Ni dak, westerner lagi hebat duk kaji hal fasting ni...betui dak?

Dulu-dulu, few years back, sis adalah pengamal setia eat clean diet. 6 meals setiap hari. 3 main meals, 2 snacks, 1 supper. Gap tiap 2 jam kena makan. Skip breakfast, kena sound dengan coach. Huhu. Slowkan metabolism katanya. Bagi pengamal-pengamal diet tertentu, depa ada la stands masing-masing kan.. Sis tak against depa pun. Seriously.

Cuma bila sis start study pasal IF ni, sis rasa hat ni paling simple untuk yang M besaq macam sis ni.
Banyak dah research orang buat pasai IF ni. Later kang sis habaq na.

Apa mechanism disebalik IF ni..?
IF ni adalah berkait rapat dengan hormones regulation. Banyak reseachers study pasal ni especially those westeners. Keywork dia 'insulin' dan 'Human Growth Hormones (HGH)'. Ok. Kalau hangpa pengamal diet yang lain-lain, boleh la kot skip hat ni. Sebab mostly pengamal diet lain-lain duk argue pasal ni and tak sehaluan dengan fakta ni. Takpa, hat tak sehaluan, biaq pi..
Kita baca sebab kita nak tau, nak ilmu.
Kalau tak baca, macamana nak dapat ilmu...ya dak?

Ok. Firstly, insulin tu apa dia? Boleh pi tanya pakcik goole. Hahaha. Ni sis tepek hasil jawapan dari pakcik google.
"a peptide hormone secreted by the Ξ² cells of the pancreatic islets of Langerhans and maintains normal blood glucose levels by facilitating cellular glucose uptake, regulating carbohydrate, lipid and protein metabolism and promoting cell division and growth through its mitogenic effects." (Wilcox, 2005)
Nak mudah paham, insulin ni sebenaqnya sejenis hormon hat duk bagi badan kita simpan gula/glukos hat kita duk makan untuk bagi pada sel dalam badan kita dan dijadikan tenaga. Tau dak sel dalam badan kita ni memerlukan gula/glukos untuk berfungsi? Tau kan..? Sis duk ingat lagi dulu-dulu arwah tok sis bila mai rasa duk tak sihat, melepet ja..makan pun tak lalu, mesti dia bancuh glukos. Lepas tu macam segar sikit. Sebab ni rupanya.. huhu...nampak dak dulu tak dak ilmu..kahkahkah...

Ok balik ke cerita asal. Walaupun sel dalam badan kita ni memerlukan gula/glukos untuk buat qeja, depa bukan senang-senang ja boleh ambik gula/glukos hat masuk dalam badan. Bukan macam span tu kita buh atas air, terus serap masuk...dak... Ya la kita beli rumah baru, bukan boleh main terjah ja kan... Kalau takdak kunci, duk melangut la kat luaq rumah tu sampai sudah walaupun tu memang rumah hang.

Insulin ni, ibarat kunci tu la.. Dia akan attach dengan gula/glukos yang dah masuk dalam badan kita, dan slowly akan menyerap masuk dalam sel untuk sel kita guna. So kalau kata badan kita dah ada cukup gula/glukos, insulin ni la hat akan duk bantu simpan gula dalam hati kita. Bila sel bagi signal kat badan kata gula dah tak cukup untuk buat kerja, then baru la gula hat duk simpan tu akan dikeluarkan balik and convert jadi tenaga and boleh la berfungsi dengan baik. Takat tu ja na sis ceghita pasal insulin.

Satgi hangpa duk rasa macam duk ada dalam kelas biologi secara online pulak. Hahahaha.
Nak lebih, pi google sana. Macam-macam duk ada la ni.. Jangan malaih. Hihihi.
So, Dah paham kan fungsi insulin..? Ok, try imagine kalau kita asyik duk pelahap ja 24/7, time bila badan kita nak guna gula/glukos hat duk simpan tu? Asal makan, duk simpan. Asal makan, simpan. Sudahnya montel semua. Termasuk sis, excuse me. Hahahaha..

So lagu mana nak buat? Haaaa.. Posa laaaa... Mudah ja cara dia.

Bila kita posa, insulin level dalam badan akan drop. Sebab depa ni hanya akan dirembeskan (read: dikeluarkan) bila kita makan ja. So if posa (read: tak makan), dia drop la. Jadinya bila kita duk buat frequently, insulin ni pun sama jugak duk drop frequently. Bila duk selalu drop, bila sekali kita makan, badan kita ni jadi lebih responsive la dengan insulin. Alaaa.. macam contohnya kita duk selalu train anak-anak tak bagi makan gula-gula atau eskrem tu kan... Duk selalu sangat tak bagi. Sesekali bagi, lagu mana respon depa? Lagu tu jugak la badan kita. So situasi tu, depa (read: researchers) panggil insulin sensitivity. Bilamana badan kita akan jadi lebih efisyen dalam menyimpan tenaga dari apa hat kita duk makan hari-hari.

Hat kes diabetes tu, yang sebaliknya. Depa panggil insulin resistivity pulak. Sebab bila kita duk asyik makan ja, insulin ni asyik duk keluaq ja.. Badan jadi immune dah dengan insulin tu. Senang kata insulin ni dah tak boleh nk function elok dah. Tu pasal pesakit Diabetes depa kena cucuk insulin. Kan pesakit diabetes ni kalau luka, depa payah nak baik. Pasai sel tak buleh nak bekerja dengan efficient, depa duk buat slow-slow la untuk repair luka tu. Dapat dak setakat ni?

So, posa la demi kesihatan sejagat. Jangan duk ingat apa yang Nabi SAW duk ajaq kita beribu tahun dulu takdak pekdah na... Allah Maha Bijaksana dah cipta kita ni dengan penuh hikmah dah. Tinggai kita ni ja hat selalu duk lalai.

Mak aihhh.. Baru pasai 1 hormon, dah macam buat book chapter dah ni..
Hangpa dah penat ka duk baca...? Hahaha..
Maap la..sis bukan selalu tersampuk lagu ni.

Ok, now masuk bab hormon lagi satu, Human Growth Hormone.
"Growth hormone (GH) is a small protein that is made by the pituitary gland and secreted into the bloodstream. GH production is controlled by a complex set of hormones produced in the hypothalamus of the brain and in the intestinal tract and pancreas." (Harvard Health Publishing, 2010)
So apa pulak gunanya HGH ni? Haaa.. HGH ni dia akan stimulate tumbesaran tulang dan tisu-tisu dekat sendi-sendi kita. Dia jugak boleh boost pengeluaran protein dalam badan kita, dia bantu dalam hal penggunaan lemak dalam badan kita, dia jugak bantu untuk regulate balik komposisi dalam badan kita. Masa bila pulak dia ni dikeluarkan (read: dirembeskan)?

HGH ni sebenaq paling banyak keluaq time kita tidoq. Sebab tu orang tua-tua kata baby ni banyak tidoq sebab nak besaq. Kalau pikiaq logik, betoi dak apa hat orang tua-tua kata? Walaupun depa tak blajaq sains. Relate kan..? kan? 

Pernah dengaq dak orang kata posa ni slow down metabolism and reduce muscle mass?
Fakta ka auta tu? Ok, based on sorang researcher dari sebuah hospital university kat Denmark nun, bila kita posa, GH level ni akan meningkat dan akan stimulate pemecahan tisu lemak. Sebab apa? Sebab badan kita bila tengah posa, dia akan memerlukan lemak ni la untuk membekalkan tenaga instead of gula/glukos.GH ni jugak la hat duk bantu badan kita maintain muscle mass kita. Badan kita akan consume body fat hat duk simpan berkurun tu la time kita posa sebagai 'fuel'.

Dah tu hat orang duk kata nanti muscle mass drop, lagu mana?
Ok, ada possibility tu, tapi... as long as lemak kita duk ada lagi, tak dak nya duk kacau otot hangpa.. Unless, lemak hangpa dah abih sungguh-sungguh dah, dah sampai tahap 4% dah, baru la kacau otot.

So senang paham, GH ngan Insulin ni depa ada functions yang berlawanan. GH sediakan tenaga untuk kita guna, while Insulin pulak, simpan tenaga.

Kesimpulan dia, dengan buat IF, indirectly kita akan ada calories deficit and hormones dalam badan kita akan direset balik secara alami. Seronok dak IF? Haaa.. tu hangpa kena try la sendiri. Hahaha.

Itu ja kot hat sis mampu share takat ni. Ni pun ambik masa 2 minggu nak siap. Hahaha. Hangpa buleh google pasal IF ni. Kalau ada info yang missleading, sis mohon ampun maaf na. Hopefully, hat mana yang belum clear pasal IF ni, lepas baca 'cerpen' sis ni dah boleh nampak la sikit apa itu IF. Sama-sama kita jaga kesihatan untuk lebih memudahkan kita beribadah kepada Allah SWT.

Apa-apa hat kurang dalam 'cerpen' ni, sis mohon maaf. Hat elok semua milik ALLAH SWT dan hat kurang sana-sini tu, kesilapan sis sendiri. Wallahu'alam..

In shaa Allah, ada masa, next time sis share lagi pasal IF ni na.
Jenis-jenis dia dan kita try relate dengan amalan sunnah yang Nabi SAW ajaq.



References:
(2005). Insulin and insulin resistance. The Clinical biochemist. Reviews, 26(2), 19-39.  
(2010). Harvard Health Publishing. Growth hormone, athletic performance, and aging. https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/growth-hormone-athletic-performance-and-aging Retrieved on 20 Oct 2018. 

1 comment:

safurara said...

itulah beb, laki aku siap ckp, puasa jelah terus!!! hahahaha. leh puasa ganti. lol.

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015