Weekend baru ni (Saturday) bawak the kids ke 99 wonderland park.
Plan nak pergi petang asalnya. Tapi dek kerana area sini asal petang je hujan, asal hujan je petang, siap pakej ribut petir, maka kami ubah plan. Siap-siap jam 10 lebih keluar rumah.
Main Entrance |
Masa tu panas pun belum kaw-kaw la. Nak pegi petang, weather forecast kata thunderstorm pulak.
Pegi pagi, yang bestnya tak crowded. Hihihi.
Cumanya, less activities la boleh buat. But still, the kids seronok sangat! .
Berbaloi sangat. Entrance fee cuma RM10 untuk adults and RM5 untuk kids above 90cm.
Tak tau anak-anak u ols berapa tinggi? Dont worry sebab dorang ada tempat ukur tinggi siap kat ticketing counter tu.. So, redah saje.. Hihihi
Operation hours : Wednesday - Saturday 9 am till 11pm (Monday and Tuesday dorang tutup untuk maintenance)
Map of the Park |
Dengan entrance fees tu, dapat free buggy ride, free paddle swan, free electric car ride, free cruise ride for kids. Cruise tu chargeable for adults je RM10. Murah ok! Ride tu pulak 20 minutes around the lake. Memang syok!
Entrance for Cruise Ride |
And, the best thing is, sekarang kan musim mid autumn festival. So they have lots of lanterns there. Kalau pegi malam, sure sangat cantik!
Masuk je, jalan depan sikit, terus nampak ni. Port terbaek nak ambik gambo kenangan. Cantik ok. And depan sikit ada toilet and surau. So kalau nak ke sini petang membawak ke malam, jangan risau sebab surau dah disediakan. Selesa pulak tu. Sis teruja sampai lupa nak ambik gambo surau. Amponnnnn...
I LOVE KL sculpture |
Ducks yang kita boleh feed dorang |
Duck Lagoon | Ada macam-macam ducks kat sini including the imported one |
Pasal menatang ni la gigih sis datang sini π
Hari-hari balik keje, lalu depan JL99 office tu, asyik duk zikir ajak tengok trex π
Minggu cuti panjang hari tu, bigboss demam followed by sis pulak.
Sampai sini, si kecik tu dari jauh lagi tengok menatang ni dah mintak dukung π
Sepanjang magical bridge tu haaaa.. tak padan dengan hari-hari berzikir ajak pegi tengok π
Ada 4 beranak trex ni haaa..
Baby trex, brother trex, daddy trex, mommy trex katanyaaaaa..
Bergerak dan bersuara ok!
Kalau anak-anak u ols minat dino and friends, boleh la bawak datang sini.. walaupun cuma ada 4 beranak, tapi real ok..
Kalau bernasib baik, dapat la berkejaran dengan trex yang berkeliaran jugak. Tadi sis pegi, beliau belum bangun agaknya π
Magical Bridge |
Kalau nak tengok fireworks and lelampu tu, pegi agak-agak pukul 6 lebih ke, maghrib kat sana, 900 mlm fireworks dah start. Or else, lagi senang, Maghrib kat rumah, lepas tu zassss jalan.. cumanya if lewat sikit, takut parking depan Park full la.
Tapi don’t worry, dorang provide banyak parking spaces. So no problem.
Boleh la masukkan dalam list must-visit-place untuk bawak the kids nanti tau!
Overall, sis boleh cakap, 99 wonderland park ni adalah combination of petting zoo + icity + river cruise.. So people around gombak, batu caves, selayang, rawang or generally Selangor timur, tayah dah nak pegi jauh2 untuk tgk lampu LED cecantik, river cruising in the lake, and feeding the animals. Kat selayang ni aje dah cukup u olsss...
1 comment:
Weiii kena pegi malam. Lg cunnn.
Post a Comment