Assalamualaikum..
Ha, lagi 5 hari nak raya aku baru terhegeh-hegah nak cerita pasal Ramadhan.
Maaflah, pelajar berdedikasi memang begini. Tak ada masa sangat nak mentaip entri di blog. Cuma ada masa mentaip manuscripts dan thesis saja. *Sarcastic* Hahaha.
Eh. Jangan serius sangat boleh tak. Tak lah.. Aku tak memblog bukan sebab mengadap manuscripts dan thesis pon. Kamu orang ingat aku ni rajin sangat ke..? Dulu iye la kot.. Sekarang tidak lagi. Hahaha
Habis apa kau buat dah masuk 25 Ramadhan baru terhegeh-hegeh buat entri?
Nak aku list kan ke..?
Tahu tak hidup seharian aku sekarang ni penuh dengan rutin yang sentiasa berulang dan takkan pernah habis. Lepas itu, itu.. Lepas itu, itu lagi.. Lepas itu, itu, dan itu lagi.. Hah.. Begitulah lebih kurang. Sampai 24 jam habis begitu sahaja tanpa sempat aku tinggal kan secebis memori di blog usang ini. *Hyperbola sangat ni*
Ramadhan tahun ni, not much different dengan tahun-tahun sudah.
Masih tidak ke masjid untuk terawih berjemaah. *Last ke masjid untuk terawih berjemaah was 5 years back. Itu lah masa belum jadi isteri orang.*
In shaa Allah anak-anak dah besar sikit lagi kita bukak langkah ke masjid *semoga Allah panjangkan usia aku untuk bertemu lagi Ramadhan tahun-tahun hadapan. Aamiin.*
Tahun ni belum sempat ke param lagi. Maksud aku param di kawasan kediaman kami.
Param di kampung halaman, jangan cakap.. balik hari tu, almost everyday aku pegi. Biarpun tak beli apa-apa.. Kena jugak pegi.. Cuci mata katanya. Hahaha.
Disebabkan konon-konon nekad untuk teruskan #misi55kg dan #misieatclean, aku decide untuk masak saja. Untuk aku la. Untuk incik boss, aku tau dia mudah nak bosan and menu misi aku ni tak berapa kena dengan tekak dia. Haha. So hanya bertahan seminggu dia disiplin dengan #misieatclean.
Minggu seterus nya dia dah request ayam masak merah, kari ikan, udang sambal... fuhhh.. mak yang eat clean ni seriau dengar menu tu bang oiii..
Nak masak sikit-sikit untuk sorang makan adalah menjadi masalah sikit. Sebabnya takkan nak masak seketul ayam masak merah..? Tak worth it. Kan?
So, on weekdays aku decided beli saja lauk dekat bazar Mahallah Ali. Sonang cerita.
Dah set bajet setiap hari tak boleh exceed RM10 and alhamdulillah setakat ni, achieved.. Paling mahal aku penah kena RM9.50. Hahaha.
Untuk anak-anak, small matter.
Persiapan raya, Alhamdulillah dah siapkan awal-awal cuma add on sikit-sikit je lagi. Tapi semua dah complete la in shaa Allah.
Tahun ini, seperti tekmaktub dalam perjanjian giliran balik beraya kami.. *HAHAHAHA* turn Sabak Bernam. Hoyeah.. Hoyeahh..
Seronok ke tak beraya dikampung halaman.. ?
Hahaha. Seronok tak seronok letak belakang... Yang penting raya.
Dah kata perjanjian.. Kena akur la. Ye dak..
Eh, sebenarnya, raya di Sabak Bernam seronoklah!
Betul, ini bukan sarcastic ok. Memang seronok. Boleh jalan-jalan raya.
Aku ni, pesen kalau keluar berjalan, tak apa..
Jangan kau letak aku berkurung kat rumah. Mula la naik hantu nanti. Hahaha.
Oh. Lagi satu..
Ada yang tau progress #misi55kg ke..?
Haha. Failed lagi setakat ini. Harap maklum.
Tak tau la kot by end of Ramadhan nanti dia nak pecut turun 55kg terus kan..
Wait and see saje..
Till then.. Nanti tulis lagi..
Assalamualaikum
1 comment:
sama misi 50kg pun fail..kekeke..
Post a Comment