Monday, April 20, 2015

Sejak Jadi Mak-Mak, Berapa Kali Korang Sakit?

Assalamualaikum.

Hari ni pun bukan nak cerita hal ilmiah.
Haha.

Alhamdulillah anak-anak dah sembuh.
Aku dah boleh start masuk lab balik.
Tapi pagi tadi, Iman macam suam-suam sikit badan dia.
Hopefully tak la melarat sampai demam.


Almost 3 weeks bercuti panjang berkepit dengan anak-anak yang bergilir demam, aku rasa macam dapat super power tah dari mana tah.
Nak kena prepare both mental and physical.
Dengan nak melayan anak merengek badan tak sedap.
Dengan nak melayan kepala otak sendiri duk ingat kerja-kerja kat lab yang tertangguh.
Dengan nak melayan sakit-sakit badan.
Allahu..
Kalau boleh, aku rasa nak pegi spa.
Nak ambik 1 month leave, pergi holiday sorang-sorang releasekan semua.
Tapi, tu la...
Bila dah jadi Ibu, apa yang ada dalam wishlist kita, itu dah tak jadi priority untuk kita.
Betul tak emak-emak sekalian?

Pernah jugak wish, bestnya kalau sekali sekala aku sakit terlantar.
Boleh jugak baring seharian.
Tapi cepat-cepat istighfar.
Teringat anak-anak nanti sape nak handle.
Sudahnya, wish for diberi kesihatan yang jitu setiap hari.

Eh, frankly speaking lah kan, since aku lahirkan Alya, aku rasa boleh kira berapa kali je aku demam.
And now Alya dah 3 years old.
Demam yang baring berselubung berselimut, memang tak ada lah seingat aku.
Masa pregnant kan Iman, aku kena chicken pox.
Isolating myself dekat rumah and masa tu la kalau terbaring pun.
Tapi 2 hari je kot. And dapat baring 2,3 jam gitu je.
Masa pregnantkan iman jugak, ada sekali tu aku demam.
Tapi aku sendiri tak sedar and tak tahu aku demam.
Pergi monthly check up, doc perasan aku macam lain.
Dia insist nak check temperature.
Then barulah tahu, Oh aku demam ke.

Aku rasa, once dah jadi emak-emak ni,
Allah memang dah anugerahkan satu kekuatan mental dan fizikal yang macam luarbiasa.
Untuk kita menghadapi tanggungjawab yang lagi besar.
Dan sebab itu jugaklah Dia letakkan Syurga pada seorang EMAK.
Kan?

Since dah 3 weeks kot tak masuk lab on weekdays,
decided untuk backup on weekend.
Alhamdulillah dapat sokongan kuat dari boss besar.
Dia willing nak tengokkan anak-anak separuh hari.

So, on weekends, bangun pagi, setelkan breakfast, prepare bahan untuk masak lunch.
Tapau bekal untuk makan di lab sementara samples tengah run.
Buat kerja pun in a bit rush la sebab takut drag time, lewat balik, lewat lah lunch seluruh isi rumah.

Balik rumah, tak sempat tukar baju, terus masuk dapur, prepare untuk lunch pulak.
Persiapkan santapan untuk boss besar.
Kalau anak-anak tidur, boleh la santap sama-sama.
Kalau tidak, sentap lah sorang-sorang sekadar tengok boss besar makan.
Hahhahaha.

Weekend biasanya ada jugaklah aktiviti nak bawak anak-anak jalan.
So, si Ibu ni.. dengan tak sempat nak rehat,
kalut pulak la siapkan anak-anak.

Kadang tu orang lain dah siap, Ibu ni jugak lah orang last siap.
Sentap mak tau.
Tambah pulak kalau boss besar macam sound-sound kata kita lambat ke apa.
Makan dalam mak sorang-sorang tau.

Pernah satu hari, aku penat terlampau.
On weekdays la. Bukan weekends.
Aku tak tau nak luah kat sape dah.
End up aku termenangis sorang-sorang.
OH. Fragile nya aku masa tu.

Orang silap cakap sikit, hati aku mesti nak sentap.
Boss besar tinggi suara sikit, aku terus mogok tak nak cakap.

HUHU.
Tapi, pahamilah hati aku as EMAK dan jugak FULL TIME STUDENT.
Aku bukan robot.
Masih manusia biasa yang ada limit of everything.
Tidak kira energy nya, emosinya, dan segalanya lah.

Kadang bila penat tu terlampau,
rasa nak balik kampung duk celah tiak mak.
Hanya MAK yakni IBU yang mengandungkan dan melahirkan kita SAHAJA yang faham apa yang kita rasa.
Betul tak?

By the way, boleh ingat tak bila last korang tak sihat and bape kerap korang demam in a year?


No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015