Monday, November 17, 2014

RedOne Postpaid : Activation Period dan Kos Permulaan

Assalamualaikum..

Ok. Maaf. Sehari dua ni sibuk sikit.
Almaklumlah, labwork dah mula sikit-sikit.

Hari ni lepas buat keje kat UTM, balik lab kat UIA, buka email.
And ada 2 comments pasal RedOne.

Ok, meh masuk rapat-rapat aku nak cerita. Cewah. Gaya macam agen dah. Haha. Eh, aku bukan agen tau. Tapi very close dengan sorang agen terbaik nih. Boleh la contact untuk servis terbaik dia. InsyaAllah puas hati.

Ok, pertamanya, soalan sorang saudari ni berbunyi begini...
Awk,btol ke lps registration 24 hour da bleh gune?sbb sy g tnye kat kdai die ckp lps 1 week bru bleh gune..n btol ke dr prepaid nk ke postpaid kne bayar rm35?
Jawapan dia;
Untuk Saudari Syaza,
Soalan pertama, lepas 24 jam registration, memang dah boleh guna, TAPI hanya untuk yang mendaftar dengan nombor RedOne yang baru SAHAJA.
Untuk yang nak remain nombor lama, kebiasaannya, 3 hari bekerja. Cuba clarify balik dengan kedai yang awak tanya tu. Dulu masa saya mula-mula register, hanya 24 jam dah boleh aktif.
Soalan kedua, kos permulaan.
Untuk prepaid ke postpaid RedOne, ye RM35. RM25 untuk deposit, dan RM10 adalah fee.
Untuk dari postpaid ke RedOne, RM10 sahaja.
So, harapnya, jawapan kat atas memuaskan hati saudari Syaza.

Kalau ada apa-apa kemusykilan lagi, boleh terus komen, atau emel je.
Anytime.
Ada masa luang, soalan korang akan dijawab.. InsyaAllah.


2 comments:

Unknown said...

apa perbezaan postpaid redone dan prepaid ? dan kelebihan dua palan tu..

Unknown said...

apa beza prepaid redone dan postpaid..maksud saya kelibihan pada prepaid dan postpaid tersebut..

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015