Wednesday, November 12, 2014

Bila Iman Reject EBM

Assalamualaikum.

Phew, lap peluh.
Pepagi lagi peluh nitik macam pegi berkebun ke apa tah.

Aku, sejujurnya sedikit tertekan dengan masalah ni.
Hewhewhew.

Iman sekarang dah 11 bulan plus.
Dah duduk kelas baru 1 month plus.
Dan paling aku risau, DIA REJECT EBM kat school.
T_T
Nangissssss ibu.

First week, seems to be ok.
Masuk second week, teachers started to complaint here and there.
Ibu, sabau lagi.
Masa second week tu, 20 oz plus EBM yang ku bekalkan untuk Iman dibuang begitu sahaja.
Huaaaa.. Begitu tak ada nilai sangatkah susu aku untuk anak aku?

Aku pelik la kenapa Iman tiba-tiba tak nak susu botol.
Sedangkan masa kat kelas baby dulu, dia ok je minum botol.
Siap dah pegang botol sendiri.
Walaupun ada jugak sometimes teachers complaint kata bila mood Iman taknak minum botol datang, dia memang takkan minum.
Tapi.. apa yang aku suka dengan teachers kelas dulu, dorang cari alternative lain supaya susu yang aku bekalkan tak dibuang gitu je.
Dorang campurkan susu bekal tu dalam foods Iman, which is, aku suka sangat.
Ye la, susah payah aku collect EBM tu.

Bila aku cakap ngan teachers kelas lama, teachers pun macam pelik la kenapa suddenly Iman reject pulak.
Haaa. Nampak tak?
Teachers pun pelik.
Maksudnya, it's either teachers kelas baru kurang mahir bab pengendalian EBM, or memang Iman betul-betul tak nak minum.
Plus, kelas Iman yang baru ni, dia je yang masih minum EBM.

Sorry la teachers, sementara susu ada ni, memang niat nak susukan dia sampai 2 tahun.
Tak pernah terdetik pun nak bagi FM.
Plus, Iman alah laktosa.
Hari tu dia terminum susu kakak, habis berbintat badan.
Nasib baik tak membawak kepada sesak nafas ke apa.

And, one more thing..
Iman sangat la memilih pengasuh.
Kalau dia tak suka, memang she meant it.
Dia akan menangis, refuse gila-gila tak nak dekat orang tu.

Kalau tak, sayang EBM yang ada tu.
Tidaklah banyak.
Tapi ada la untuk tampung keperluan dia di school buat masa ni.

Solution yang aku ambik buat masa ni ialah,
Setiap hari, susukan dia kenyang-kenyang before hantar ke school.
Jam 10-11 pagi, aku akan pegi susukan dia lagi.
Around 2-3 petang, sekali lagi aku susukan dia.

Minyak kereta lebih sikit la.
Tak apalah Iman.
Untuk Iman, anything...

Weekend ni aku nak try survey botol susu baru la untuk Iman.
Mana lah tahu, bila dah tukar botol, dia nak minum balik.
Kan?
Any suggestions botol apa yang aku patut try?
Sekarang guna TT.

Thanks korang.





2 comments:

GREENJADE said...

kadang2 baby ni suka botol colourful..one of the attraction gak tu..

try ler..brand ape pun rase nye x penting d most concern puting botol tu aje..

* just my 2cent opinion *

diary_ciknaa said...

puting pigeon tu dah try aini?

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015