Monday, October 13, 2014

Macamana Aku Manage Daily Time?

Assalamualaikum.

Sabtu lepas, Alhamdulillah, bergraduasi di Majlis Konvokasi UIAM ke-30.

And hari ni, ada kekuatan sikit nak share something.
Sebab ada fellow friends yang tanya macamana aku manage daily life/time aku.

Dah lama diorang tanya.
Tapi aku belum sempat nak blogkan.
Cuma mampu jawab secara verbal je.
So, hari ni rasa ada baiknya jugak aku tulis kat sini.
Supaya mungkin boleh jadi reference kepada adik-adik, bakal-bakal pasca siswazah yang lain.
InsyaAllah.

Ok.
Bermula saat aku register sebagai pasca siswazah lebih kurang 3 tahun dulu (it was in September 2011), kami menyewa di Rawang.
Setiap hari, sebelum matahari keluar, kami dah keluar dulu dari rumah.
Husband hantar aku ke kampus, dan dia ke tempat kerja.
Dia tak izinkan aku drive sendiri kerana aku sedang mengandungkan anak pertama kami, Alya Amani.

Sampai di lab, dengan keadaan aku masa tu masih bergelumang morning sickness, aku nap sekejap.
Usually, by 8 a.m. aku dah rasa fresh balik. Unless, hari tersebut energy drop yang teramat.

Disebabkan semester kedua, aku akan bercuti lama kerana bersalin, aku dah target siap-siap, in the first semester, aku kena lakukan sesuatu.
Gigihkan jugak diri untuk settlekan lab works yang sepatutnya dibuat masa second semester.
Boleh dikatakan, waktu di lab, memang kena utilize betul-betul.
Kalau mengantuk, take a short nap.
Kalau tahan mata pun, tak boleh fokus jugak. Kan?

Normally, kami sampai rumah dah dekat Isyak.
So, memang kat rumah, aku tak bawak balik kerja sekolah.

Bila dah ada Alya, semua benda macam nak kena atur balik.
Tapi Alhamdulillah, kami dapat rumah di kawasan sekitar kampus.
Maknanya aku dah boleh drive sendiri.
Tak perlu bergantung dengan husband lagi.

Setiap hari, at 8 in the morning (kadang-kadang lagi awal, depends on kerja yang nak dilaksanakan pada hari tersebut) aku dah keluar rumah.
Hantar Alya ke nursery, dan aku ke lab.
Malam sebelumnya, aku dah siap-siap target nak buat apa keesokan hari.
Supaya, bila masuk je lab, tak perlu melangut tak tau nak buat apa.
Kalau everything goes as planned, Alhamdulillah.
Boleh move to the next plan.
Kalau tidak, aku akan cari 'something' untuk cheer up kan balik mood.
Contoh; keluar gi Jusco, Jln TAR, Sogo, etc. (Shopping/Window shopping adalah the best therapy untuk hilangkan stress. hahaha.)

Bila dah balik, mood dah ada, boleh start balik.
Gitulah routine aku seharian kat lab.
Of course la ada intermission kan in between. Makan, solat, borak-borak, etc.

And towards the end of master, aku mengandungkan Iman.
Tapi, masa tu dah tak busy dengan labworks.
Cuma busy dengan thesis writing plus data analyzing.
Aku submit first draft thesis, a day before deliver Iman. :)

So, ringkasnya..
#1 Adakan satu jadual/schedule
Be it in hardcopy or softcopy, tak kisah.
Ikut keselesaan sendiri.
Macam aku, aku dah set in mind.
Contohnya; setiap hari aku akan ke kampus jam 8. Maknanya, sebelum jam 8, aku dah kena ready semua. Beg anak, beg sendiri, etc. Jangan jam 8 baru nak standby semua. Kelam kabut jadinya nanti.

#2 Cari/Identify bila waktu korang rasa MOST productive.
Macam aku, aku bukan jenis stay up lewat malam or awal pagi.
Aku biasa-biasa je. Waktu MOST productive aku adalah selepas sarapan pagi.
So biasanya aku akan cuba untuk sampai ke lab seawal yang mungkin. So that dapat breakfast awal, dapat start kerja awal.

#3 Ignore benda yang tak sepatutnya ketika mood sedang ON.
Off internet/wifi dan segala benda yang boleh menjadi pencetus korang untuk tidak fokus.
Bila mood tengah ON, fokus pada kerja.
Try la. Dalam masa 2-3 hours, korang mampu hadam 1 journal paper.
Sungguh ni. Cuba lah. But make sure, surrounding area pun kena comfortable la.

#4 Cari tempat yang korang rasa best untuk lepak dan buat kerja.
Kalau di lab ada cubicle, Alhamdulillah, bagus sangat dah tu.
Deco work station korang supaya bila korang duduk situ, mood nak buat kerja datang menderu-deru. 
Masa MSc, aku tak ada cubicle pun. Cuma PC je. And meja besar kat lab.
Ok la kalau sekadar untuk typing.
Tapi kalau perlukan lebih privacy dan konsentrasi, aku akan ke library.

#5 Identify 'pembunuh' masa korang.
'Pembunuh' masa.. yakni, benda sia-sia yang korang duk hadap instead of buat kerja yang berfaedah.
Kalau aku, Facebook dan laman gosip artis.. Bahahaha.
Sebab tu, bila mood nak buat kerja tu datang, aku off segala connection yang boleh membuatkan aku dapat access benda-benda lagho ni. Bila dah siap kerja/ mental block, ha bole la nak hadap sekejap. Jangan lama-lama sudah.


#6 Manfaatkan masa di rumah semata-mata untuk anak dan keluarga
Bagi aku, kat rumah, kids dan husband deserve aku 100% as a mother and wife.
So kat rumah memang aku takkan bawak balik kerja sekolah.
Unless, ada benda urgent nak kena buat.
Biasanya sampai rumah petang tu, main dengan anak-anak.
Malam, tengok TV dengan husband and the kids.
Bila anak-anak dah tidur, siapkan beg nursery diorang.
Aku akan make sure semua siap malam tu jugak.
Baju bajan husband, aku setelkan siap-siap masa hujung minggu.

#7 Rancang setiap hari anda in advanced.
Maknanya, semua aktiviti yang korang nak buat esok, esok dan esok lagi.. Rancang siap-siap.
Ini lebih mudah untuk korang organize kerja korang. Seriously.
Aku, sediakan planner sebijik. Kecik-kecik je.
Conteng kat situ. So that kita akan aware lah.
Dan, aku suka buat yearly planner.
Mark semua benda kat situ. So that, kita boleh block date yang kita rasa kita perlukan untuk settle kan kerja kita.

#8 Reward diri sendiri!
Dan yang terakhir.
Ini penting! Aku akan buat untuk diri aku setiap kali mission accomplished. Buat apa?
Macam biasa, online shopping. Hahaha.

Sekian.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada semua.
Allahu A'lam.
:)


semua gambar adalah ihsan google

No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015