Lama nya tak menulis.
Hari ni kita kasi naik semangat sikit.
Hihihi. Sebab lemau banyak makan lembu mungkin. Lembu jugak mendapat nama. Kesian lembu.
Dan esok adalah hari graduasi.
Maka, hari ini beroleh semangat untuk berkongsi sesuatu.
Eh. Serius... Semangat untuk hari esok, sudah sampai hari ini.
Bagus bukan?
Andai semangat untuk siapkan MSc tahun lepas secara pantas dan tuntas, sudah sampai sejak dari mula buat FYP, bukan kah sungguh bagus?
Ah. Lupakan. Barang yang lepas usah dikenang lagi. Lets move on!
Sebelum memulakan perjalanan PhD ini, yakni sejak dari MSc, aku memang dah terfikir dalam kepala.
PhD ni tak susah ke?
Macam complicated je.
Macam banyak benda je.
Macam hidup seharian boleh jadi upside down je.
Macam takde masa untuk diri sendiri je.
Macam takde life je.
Dan macam-macam 'macam' lagi.
Bila dah selesai perjalanan MSc, baru sedikit sebanyak segala jawapan di atas tu terjawab, indirectly sebenarnya.
Dulu, aku pernah terfikir yang buat MSc ni susah.
Masa tu belum mula lagi la.
But then, bila dah mula.. Alhamdulillah, Allah mudahkan.
Masalah besar, Alhamdulillah tak ada.
Dikurniakan SV yang Allahu Akbar, super baik.
Labmates, Alhamdulillah, super supportive.
Soulmate, apatah lagi.. super duper understanding and supportive.
Pendek kata, Alhamdulillah semuanya mudah.
Tinggal aku dan aku saja yang pandai bawak diri ke tidak.
And now, bila dah melangkah ke perjalanan baru, perjalanan meneroka ilmu Allah yang super luas ni, aku dah rasa selesa.
Susah?
Rasanya tidaklah susah mana pun.
Kalau sungguh susah, dah tentu la bilangan Dr (bukan medical doctor) kat dunia ni tak seramai sekarang. Betul?
Kalau sungguh complicated, dah tentu tak adalah yang grad bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Betul?
Plus, memang adat la kan. Nak belajar benda baru, mesti la hadap dulu susah-susah sikit.
Bak kata pepatah, susah dahulu, senang kemudian. Kan?
Kalau tak rasa susah, tak nama belajar la pulak.
Kita nak belajar, sebab kita nak lebih tahu pasal sesuatu benda.
Kalau kita dah sedia tahu, tak nama belajar lah pulak. Betul?
Ilmu Allah ni luas.
Pada aku, ilmu yang aku teroka ni, baru ibarat setitik air laut yang ada kat muka bumi ni.
Aku rasa bersyukur kerana dipilih untuk berada dijalan ni.
Jalan yang aku tak pernah nak sangka suatu ketika dulu.
Alhamdulillah, Allah buka jalan ni untuk aku.
Some tips to share;
- Bila ada peluang, grab la peluang tu. Tak semua orang bertuah nak dapat peluang ni. Tak kira la belajar local or abroad. Semua sama je. Semua ilmu Allah. Grab dengan berlapang dada. Jangan kerana terpaksa.
- Once dah berada di landasan jihad ini, betulkan niat. Lillahi Taa'la. Bukan kerana majikan, bukan kerana kerajaan yang menaja, bukan kerana siapa-siapa. Hanya kerana Allah, untuk berbakti kepada masyarakat. InsyaAllah, Allah bantu jalan jihad kita.
- Jangan fikir susah. Fikir benda-benda yang indah SAHAJA. Tau Law of Universal Attraction? Yes, apply benda nih. InsyaAllah, mudah jalan kita.
- Jangan banyak beralasan. Where there's a will, there's a way. Remember? So, no excuses.
- Belum cuba, belum tahu. Tak kenal, maka tak cinta. Ini yang aku pegang. :)
Nanti kalau ada tips lain lagi, insyaAllah aku kongsi lagi.
Ingat ya,
Take your first step wisely, insyaAllah, you will succeed.
Mood bergraduasi sudah mari.
Esok kita tepek gambo konvo banyak-banyak.
Sila jangan sakit mata.
Kikikikiki.
No comments:
Post a Comment