Wednesday, October 29, 2014

Damailah di Sana, Aboh


Assalamualaikum.
Tanggal 23 October 2014, kami sekeluarga diuji dengan satu lagi perkhabaran duka.
Aboh (atok belah umi, yakni ayah kepada umi) telah kembali ke Rahmatullah.

17 Oktober, kami adik beradik telah dikejutkan dengan berita yang mengatakan Aboh tenat.
Adik kedua aku bergegas turun ke Gombak dari Seri Iskandar..
Jam 4 pagi 18 Oktober kami bergegas pulang ke Besut.
Jam 8 pagi, kami tiba di Besut.
Keadaan Aboh ketika itu memang nampak tenat.

Setelah berbincang seisi keluarga, Ummi dan pakcik-pakcik aku sepakat untuk hantar Aboh ke hospital.
Alhamdulillah, setelah warded, Aboh nampak semakin pulih.
Badan Aboh dehydrated tahap kritikal.
Pada asalnya, Aboh hanya mengalami ulser biasa.
Sejak dari Ramadhan yang lepas.
Aidilfitri, keadaan Aboh masih nampak ok.

Selepas Aboh di drip, Alhamdulillah, badan Aboh nampak lebih segar.
Hari Ahad, 19 Oktober, aku tengok kesihatan Aboh nampak semakin baik walaupun Aboh masih terlantar.
Isnin, 20 Oktober, keadaan Aboh lebih baik dari sebelumnya dan kami adik beradik sepakat untuk kembali ke Gombak memandangkan adik lelaki aku dah ponteng kelas sebelum ni.
Kami dah sepakat nak balik tengok Aboh lagi pada hujung minggu nanti, iaitu 24 Oktober.

Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang, tapi Allah lebih hebat merancang dan sesungguhnya rancangan Allah adalah yang paling elok tiada cacat cela.

*****************************************************************

Dua minggu sebelum Aidiladha, aku, suami dan anak-anak menghadiri majlis perkahwinan di Kuala Terengganu. Alang-alang dah menghala ke sana, kami lajak terus ke kampung.
Masa tu, terkejut sungguh tengok keadaan Aboh.
Pipi dan bibir Aboh bengkak.
Ulser Aboh makin teruk.
Makan dan minum memang kena paksa.
Badan Aboh susut.
Tapi Aboh masih boleh duduk, solat dan buat aktiviti harian yang ringan.
Masa tu, Aboh tanya, kami balik lagi tak Raya Haji nanti.
Dan aku jawab kami akan balik. Lagi dua minggu.
Aboh cakap, "Lagi dua minggu ke raya? Aboh dah tak tau hari dah Long."

Aidiladha, kami balik lagi.
Masa tu, bengkak pipi Aboh dah kurang.
Bibir pun dah tak bengkak macam kami tengok 2 minggu sebelum tu.
Alhamdulillah.

Seminggu selepas Aidiladha, Ummi datang ke Gombak untuk Majlis Konvo aku.
Masa tu, Ummi cakap keadaan Aboh OK.

**********************************************************

Pada hari Aboh meninggalkan kami semua, Aboh telah diberi kebenaran oleh pihak hospital untuk dibawa pulang.
Aboh tiba di rumahnya jam 10 pagi dihantar oleh ambulans.
Ketika itu keadaan Aboh dah nazak.
Kami adik beradik tiba saat Aboh menghembuskan nafas yang terakhir.
Alhamdulillah, Aboh pergi tenang.
Alhamdulillah, berakhir sudah sakit Aboh.

Wajah Aboh begitu tenang.
Kami diberi peluang untuk melihat Aboh untuk kali terakhir sebelum dikafankan.
Subhanallah, wajah Aboh sangat tenang.
Persis sedang tidur.
Dipakaikan serban.
Persis wajah Aboh ketika sihat dulu. Ketika Aboh masih punya kudrat berjemaah di masjid.
Sayunya hati.
Wajah Aboh langsung tak menampakkan yang Aboh sakit.
Bengkak di pipi dan bibir Aboh langung tak ada.
Jenazah Aboh cantik sangat.
Alhamdulillah, semoga Aboh disayangi oleh seluruh penduduk langit.
Semoga roh Aboh ditempatkan bersama para mu'min.
Semoga Allah pertemukan kita kembali di Syurga abadi, insya Allah. 

Damailah di Sana, Aboh.
Sesungguhnya, Aboh seorang insan mulia yang rajin berjemaah di masjid.
Aboh rajin mengaji.
Ketika kami (cucunya) nak menghadapi peperiksaan/temuduga, pasti kami akan call Aboh minta Aboh buatkan solat hajat.
Aboh rajin bangun solat malam.
Aboh sangat sayangkan kucing dan burung.
Semoga Aboh mendapat ganjaran istimewa dari Allah S.W.T.
Amin.


1 comment:

MOMMYLIN said...

alfatihah.. semoga aboh tenang.

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015