Wednesday, October 29, 2014

Dapat Data, Jangan Bertangguh.

Assalamualaikum...

Korang-korang yang buat lab based research, mesti pernah buat apa yang aku nak share kali ni.

Aku praktikkan benda ni since FYP dulu.
Terus terbawak-bawak hingga ke MSc.
Kena pulak SV yang sama.
Memang best la.

Untuk info semua, research MSc aku, adalah extended version of FYP aku.
Cuma lebih complicated dan of course, cabaran dia hebat lain macam.
Ye la, kalau bagi FYP macam MSc, baik aku convert BEng aku terus ke MSc.
Ye dak?
Ok, just kidding.

FYP dulu, aku buat fundamental je.
Fundamental of Corrosion.
Generalnya untuk mudah difahami oleh semua, FYP dulu aku buat Corrosion of Zinc. Simple kan?
Haaa. Memang simple.
Tapi, untuk diapplykan pada Zn-air battery.
Simple jugak, kan?
Meh sini try test buat tengok simple ke tak? Huhuhu.

FYP dulu aku just guna Corrosion Measurement yang paling simple dimuka bumi.

Apa?

Weight loss method a.k.a. Gravimetric Method.
Tanya Dr.Google kalau nak tau lebih lanjut.

Hihihi.

Semua samples tu, aku akan buat in triplicates.
Immersed in 8 different molarities of electrolyte.
Every 24 hours aku akan record the weight of the samples.
Aku buat untuk 7 days/1 week.


Aku simpan data aku dalam MsExcel, dalam logbook jugak. 
Just in case either one hilang, tak delah aku menggagau lepas tu macam orang gila nak kena repeat experiment. Kan?

Ok. Itu part FYP.

Masuk cite MSc pulak.
MSc lebih complicated, of course.

Untuk MSc, masih bermain dengan Corrosion Measurements.
Masih bergelumang dengan Zinc dan Potassium Hydroxide solutions.
Masih juga dengan misi yang sama.

Aku gunakan 3 methods of measurements.
Tafel, Open Circuit Potential and Gravimetric sebagai reference.
3 methods ni memang mengundang bundle of datas.
Data memang berlambak-lambak sampai aku rasa muak nak hadap. Sungguh.

Dan bila data melambak, sila beware.
Jangan biarkan data anda hilang. Nanti tak padan dengan letih bertungkus lumus buat kerja.


Pesen aku, once siap je each batch yang aku run, aku akan terus zasss hadap PC.
Compile mana yang patut.


#1 Mula-mula buat individual dulu.
Disebabkan aku varies banyak molarity, graf je dah macam berpinar mata nak tengok.

#2 Lepas tu, baru aku combine.
Contoh, katalah aku ada 8 molarities.
So, dalam satu graf, aku akan plot semua.
Maksudnya, boleh la nampak if ada cacat cela or apa-apa new findings.

#3 On the spot aku akan analyze. Refer previous works.
Kalau selari, Alhamdulillah. Maknanya berhasil.
Kalau tak selari, Alhamdulillah jugak. Maknanya Allah nak kita gali lagi ilmu Dia nak bagi tu.
Masa 1st semester dulu, aku pernah buang semua data weight loss aku sebab masa tu data tak selari langsung dan aku assumed benda tu salah.
Dannngggggg... Ketuk kepala sendiri.
Aku lambat realize yang ada problem yang aku kena solve based on data tu.
Tak apa, belajar dari kesilapan. :)

Basically, aku pakai method,
dalam buat data analyzing aku tu.

#4 Whatever data yang aku ada, dan dah siap aku analyze sendiri, akan dibawa mengadap SV.
Untung dapat SV yang super supportive. Salah pun, dia tetap bagi motivation supaya kita tak down. Alhamdulillah. Tapi, most of the time, bawaklah data yang macamana pun, SV aku sure boleh handle and advice aku apa yang patut.

#5 Bila settled discussion dengan SV and data tersebut dan boleh considered as 'case closed', maka, boleh la aku type in proper words, simpan elok-elok dalam pendrive, laptop, PC, dan print jugak hardcopy just in case softcopy corrupt. Dan juga, aku akan emelkan benda-benda tu ke emel aku sendiri.

#6 Selesai semua, aku akan repeat balik step #1 tadi untuk setiap batch experiment yang aku kena buat.

*****************************************************************

p.s Jangan simpan data berlonggok-longgok without analyzing it. Nanti at last, kalau kita identify ada something wrong somewhere, kita perlukan extra time untuk redo/ buat troubleshoot.

p.s.s Adalah lebih baik jika kita terus find out 'ada apa dengan data' yang kita dapat. Consult SV adalah lebih baik kalau rasa kita jumpa jalan buntu.

p.s.s.s Weekly Progress Meeting adalah amat disarankan kepada semua. Masa ni, boleh mengadu domba dengan SV apa saja masalah yang kita hadapi. Experiment tak jadi, equipment rosak, technician asyik mengulo, lab nak buat characterization asyik je tutup, termasuklah isu orang menggunakan microwave lab untuk reheat makanan pun.. boleh disampaikan ke SV ketika itu. Make it simple and santai. Tak payah nak formal sangatlah. Unless, Progress Report yang kena buat every semester tu, lain lah. Macam kitorang dulu, we make it every Friday after Friday prayer. Sometimes, boleh drag sampai ke Maghrib.


Haaaaa.. itu je kot sharing kali ni.
Berkurun la amek masa nak setel posting ni.
Aku mula draft since habis MSc last year.
Masa dalam pantang bersalinkan Iman.
Now Iman dah almost 11 months. Hahaha.
Berhabuk sakan dalam draft.
Apa pun, Alhamdulillah, berjaya published.

Semoga bermanfaat kepada semua.

Yang elok itu datang dari Allah S.W.T, yang buruk itu datang dari diri aku sendiri. Maaf.

Enjoy your study!

No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015