Monday, June 23, 2014

Buat come back

Assalamualaikum.
Fuhh..fuhh..fuhh..
Berhabuk berlemuih dah aih blog aku.
Lama sangat dah tak menulis. Idea pun tak berapa nak best dah.
Nak kena asah balik la ni.

Buat comeback (lah sangat!)..
Dah macam retis le pulak kan..
Hahaha.. Meh kita buat slow and steady, step by step..
Skill berbelog ni memang nak kena sustain..
Kalau on off macam aku ni, memang anak ikan bilis lah sokmo.. :)
Untung nuff masih nak kasi advert..

Ok, firstly.
Kenapa lama sangat aku berhibernasi?
Haaa.. berhibernasi kauuu..
Kikikiki.. Ye, sesuai sangatlah berhibernasi. Lemak pun bertambah-tambah ni ha..

Lama berhibernasi, sebenarnya, busy menyiapkan thesis...
Haha.. Mesti korang cemuih kan dengar.. Asyik thesis..thesis..thesis..bajet dia sorang je la buat masters.
Nak buat cane lagi.. Dah itu je keje aku selama dua tahun ni. Memang aku kena hadap la..

End of last year lagi sebenarnya dah submit. Before aku deliver Iman.
Tapi after Iman keluar, still ada kena add on here and there. Lepas tu betulkan sikit lagi untuk submit final draft ke Pusat Pasca-Siswazah.. Makanya, memang hadap thesis la aku sampai ke habis pantang.
Dan aku paling kagum, dalam hari tu aku tinggalkan Iman kejap kt Umi, datang kampus print, binding and submit final draft ke Pusat Pasca-Siswazah. Fuhhhh... Aku tak sangka aku macam tuh.

Dah selesai semua, kami balik Besut.
Kat Besut for almost 3 months, balik semua ke Gombak.
Life with 2 little princesses just begun.
Mula-mula rasa kekok.
Bila dah lama sikit, Alya dah play her role as a elder sister, kurang sikit la risau aku ni haaa..
Kalau tak, asyik je dukung si Iman takot di puk kakaknya. Hahaha. Mak pulak paranoid. Masalah la kan. Hahaha.

Nursery untuk Iman masih lagi tak de vacancy after kami balik Gombak.
Solution nya, aku extend cuti. Kikikiki.
Sonok oi duk umah jaga anak. Tengok dia membesar.
Almost 5 months jugak la Iman duk ngan aku.

Rezeki Iman, dan rezeki aku jugak, mid April aku dah dapat date untuk Viva.
Lega, plus cuak sebab dah lama gila tak present.
And serentak dengan itu, IIUM Educare pun called untuk inform tempat untuk Iman dah ada.
Alhamdulillah. VIVA and Iman dah boleh masuk school in the same month. Lega sangat.

VIVA, on 3rd May 2014.
Later aku cerita.
Apa yang aku boleh cakap, everything was average la.
Tak ada killer questions.
Cuma fundamental questions je yang aku macam sangkut-sangkut nak jawab.
Tak back to basic la tu kekdahnya. Padan muka aku.

Ermmm.. Lepas VIVA, aku berbizian dengan the very final draft of thesis.
Yang mana aku kena setelkan corrections secepat mungkin.
Tak de lah banyak pon. Tak formatting here and there, membuatkan benda tu jadi leceh.
So it took about 2 weeks jugak.
KENA submit to centre by 1st week of June kalau nak masuk senate meeting for June.
Memang disaster gile la hidup aku 2-3 weeks tu.
Dengan cik asben outstation nya.
Mujur anak-anak diberi kesihatan yang baik, Alhamdulillah.
Finally, Alhamdulillah, managed to submit on time.
So sekarang tunggu official transcript keluar and baru boleh proceed for the next step.

As for now, aku masih lagi busy.
Busy dengan proposal preparation pulak.
Plan nak settle by this week.
So bulan puasa nanti boleh la try buat labwork sikit-sikit kalau mampu.
Doakan yang terbaik ye. Hihihi.

Ermmmm..
So, tu je lah kot.
Kira come back lah tu kan..
Soon, banyak lagi cerita pasal 2 princesses bakal dipaparkan.
Tapi aku tak janji la bila.
Tutorial shawl pun aku tak sempat lagi nak buat. Hiiiii..
Maaf ye. Nanti eh..

Mak anak dua memang macam ni. Bahahahahaha.

Last aku nak cakap,
Alhamdulillah, berakhir sudah 2 tahun perjalan MSc aku.
Lega. At the end, aku macam tak sangka yang aku dah abes. Graduating yaw!
Dengan result Alhamdulillah, flying colours (which i didnt expect pon!).
Dengan mula-mula start dulu aku duk bawak perut mengandungkan Alya. And at the end bawak perut mengandungkan Iman pulak.. Allahu.. Sungguh aku tak sangka yang aku dah lalui semua ni. Syukur.

Journey MSc aku pun insyaAllah aku nak letak jugak kat sini if ada extra time nanti.
Mungkin boleh jadi panduan untuk adik-adik bakal graduan yang planning nak further lagi..
InsyaAllah. :)


2 comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015