Thursday, April 24, 2014

Ujian itu hadiah dari Allah

Assalamualaikum.

Pagi tadi, sejurus Iman tidur, gigihlah aku settle kan laundry.
Dah tu prepare light breakfast untuk diri sendiri.

Angkut segala macam khazanah-khazanah thesis-related, timbun kat sofa.
Niat nak siapkan slide le kekdahnya.
Viva tak berapa hari lagi dah ni.

Ok fine, angkut jugak baju kering semalam yang belum berlipat, longgok depan TV.
Dengan harapan, dapat motivate diri sendiri untuk cepat-cepat siapkan slide, and boleh proceed dengan melipat baju bajan (perkara paling malas aku nak buat! Padan lah ada orang dah buat servis melipat baju sekarang.)

Angkut laptop, then ON.
First thing aku buat, guess what?
Hahaha.. Bukak online banking la.
Hepppp.. Bukan shopping ye. Biasa dia ni.. Aku dah insaf. Tak beronline banking dah sejak-sejak duit KPT dah tak masuk nih. Hahaha. Temporary je lah ni kot. Kang KPT dah bagi duit, tak tau la jadi apa.
Ok, buka online banking, transfer sana-sini, then.. OMG! Banyak ni je duit aku untuk nak hidup hampir 30 hari lagi? Gasak kau lah. Sape suruh boros!

Ok then, macam biasa, bukak email pulak.
Fine, tak ada urgent emails pon.
Bukak blogger dashboard. Tak de niat nak hapdet pun pada mulanya.
Scroll bawah.. Hmmmm.. Blogwalking pun best jugak ni. Riadah minda. (Padahal slide tak start pun lagi. Riadah lah sangat!)
Then, read about a mommy blogger ni.
She lost her 2nd son last week.
Subhanallah. Post dia, memberi kesan ke hati aku.
Impaknya, Subhanallah. Aku tak boleh nak describe.

Betul kata dia, ujian itu hadiah dari Allah. Tanda DIA masih lagi mengingati kita yang selalu sangat lalai dan lupa terhadapNYA.
Betul kata dia, dalam pada solat di hujung-hujung waktu, doa pun sekadar di bibir, tidak terus dari hati, Allah masih lagi mengingati hambaNYA. Dikirimkan Ujian agar kita tersedar dari lamunan.
Subhanallah. Aku insan lemah.

Aku juga pernah diuji.
Tapi aku kira, ujian aku ini tidaklah terlalu berat untuk aku hadap.
Ya, Allah takkan membebani hambaNYA.
DIA akan uji mengikut kemampuan kita.
Ujian pertama, aku disahkan mengandung luar rahim (ectopic pregnancy) di usia 25 tahun, baru 2 bulan bergelar isteri.
Satu tiub yang aku pinjam dariNYA telah pun ditarik balik.
Masa tu, ibarat gelap seluruh alam.
Aku seperti tidak gagah untuk berdiri lagi.
Apatah lagi bila ada mulut-mulut yang berbicara sinis mengenai kesukaran untuk hamil lagi.
Tika aku, hanya Allah tempat aku mengadu.
Alhamdulillah, DIA datangkan pelangi indah buat kami suami isteri selepas dihujani badai.
Roh baru ditiupkan lagi ke rahim aku dan kini, dialah Alya Amani.

Dan, siapa sangka.
Dalam kealpakan aku merangcang itu dan ini.
Mengejar segala apa yang belum pasti menjadi milik aku, aku diuji lagi.
Ternyata Allah Maha Penyayang. Dia Maha Baik. Maha Mengetahui.
Di usia 27 tahun, hanya 2 tahun jarak dari ujian pertama, aku diuji lagi.
Dan pada mulanya, aku bagai lumpuh. Hilang arah. Tak tahu bagaimana lagi nak aku teruskan hidup.
Ujian kedua ini, ternyata membawa 'mesej' tersirat.
Ya, pasti ada yang ingin DIA sampaikan kepada aku melalui ujian itu.
Hari berganti hari, aku semakin kuat, dikurniakan rakan-rakan yang sentiasa ada disamping aku untuk aku merempan dikala datang ketidakwarasan.

Apa pun, aku bersyukur.
Dengan ujian itu, aku sedar bahawa Allah masih sayangkan aku.
Masih lagi mahukan aku memujuk rayu memohon apa pun yang aku mahu dariNYA.
DIA mahu aku menjadi insan yang lebih kuat, lebih berganda ibadahnya insyaAllah.

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah untuk kedua-dua hadiah berharga ini.
Terima kasih sahabat (you know who you are) yang sentiasa ada dekat dihati aku walaupun kalian ada yang belum pernah bertaut salam dengan aku. Terima kasih.
Not to forget, beloved husband. Tulang belakang aku sepanjang aku mengharungi susah payah ini.

Untuk kalian yang pernah diuji,
tak kisahlah berat atau tidak ujian itu.
Yakinlah, Allah menghadiahkan ujian itu berketepatan dengan kekuatan dan kemampuan kalian untuk menghadapinya.

Last but not least, mari kita sama-sama amalkan surah Al-Kahfi.
Semoga kita semua dilindungi daripada fitnah akhir zaman.
Amiin.


1 comment:

ctmah said...

aini comel
jangan sedih2 ye yang..
semua orang ada dugaan hidup. cuma bezanya antara ringan or berat aje =)
pape pun, seronok kenal n kawan ngn aini..hug u kuat2 yang..jom kita shopping kat lyana MK...eh tetiba :p

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015