Friday, April 4, 2014

Insurance. Perlu ke tidak?


Assalamualaikum..
Ohoiiii lama sungguh dah tak blog. Last post was in March. Melampau sungguh aku ini.

Kisahnya, hari tu.. Birthday cik Alya, dia pulak demam kn off. 
Terus la ibu ke laut tak dan nak update blog picisan ni.

Last year pun demam dekat birthday. Hai la anak.
Mula-mula demam masa balik kampung. Then ok.
Lepas tu demam lagi. Then baik. The next day demam lagi.
Pulak tu tengah musim denggi. Cik asben risau kemain la.
Bawa ke klinik panel, dorang cakap bukan denggi.
Instinct keibuan aku pun cakap bukan denggi.
Tapi dah mungkin instinct keayahan cik asben kuat cakap denggi, gigih la kami bawa gi hospital.

At first, kami fikir.. Ada ke orang nak melayan kami ni nak request blood test untuk denggi dengan condition cik Alya nya pun tak nampak macam denggi tu.
Bincang punya bincang, finally kami decided nak bawa ke private hospital.

Setelah diselidik dan ditimbang tara, kami pilih Columbia Asia Hospital Setapak.
Itu yang paling dekat dan aku senang nak ulang alik.
Kami sampai hospital dah habis waktu pejabat.
So direct ke emergency la masa tu.

At that time, suhu cik Alya dah cecah 40 ++...
The nurses terpaksa mandikan supaya suhu drop sikit.
Then baru dorang proceed.
Doktor dah nak prescibe ubat, then aku cakap minta untuk admit ward.
Kerisauan sebenarnya.
Buatnya balik rumah, tengah malam demam tinggi lagi, menggagau kami laki bini dengan cik iman lagi.

Alhamdulillah, dorang approved je.
Oiiiiiiii.....rezeki mendatang.. Sape tak nak.
Dah la private. Tah berapa riban la dorang dapat dari cik Alya seorang.

Masa kitorang kena sign some forms, cik Alya masih kat ER.
Masa tu la dorang pasang IV line ke dia.
Sedih oi dengar anak jerit panggil ayah, ibu..
Tabah je aku masa tu tahan airmata.

Tak sampai sejam kot kami dah dapat bilik untuk cik Alya.
Alhamdulillah. Everything went smoothly.
Nurses sangat la best. Very the peramah!

Based on receptionist tu, hanya ibu yang boleh temankan pesakit.
Tapi masa on the way ke ward, sister yang bawa kami tu cakap boleh je ayah temankan.
Cik Alya dapat double bedded room complete dengan tv satu sorang and the toilet sangat hotel.
Ok maaf. Aku tak pernah admitted di mana-mana wad private hospital. So agak jakun dengan semua fasiliti yang ada. 
Mula-mula masuk lobby hospital pn aku dah cakap ngan cik asben, 'Bang, ni hospital ke hotel?'

Oh. Sister tu advice, better aku balik tido umah bawak cik iman since cik iman was too small.
So, aku ngan cik iman balik rumah.
Esok paginya datang bawak sarapan.
Alhamdulillah, demam macam dah ok. But then suhu naik lagi on the next day.

So Doctor proceed la untuk xray, blood test segala tu kan.
Plus influenza test jugak.

Findings dorang, cik Alya kena viral fever with mild bacteria infection kat lung kanan dia.



Terus on antibiotik la.
Syukur sangat bawa ke situ.
Kalau gi GH, aku berani cakap la.. Sampai situ, tah berapa jam tunggu baru sampai turn. Silap2 kebah demam anak aku duk nunggu turn.
Dah tu bila sampai turn, check ala kadar je, pastu paling tidak pun bagi supp (ubat montot) then suruh balik.
Nak request blood test?
Dengan ko bawak anak yang ala-ala demam tak demam tu, aku tak rasa dorang akan proceed. Plus yang request ni pun bukan dari medical background pun nak explain apa2.

Nak request admit ward?
Jangan mimpi. Kalau dapat pun, dah berapa belas jam nak kena tunggu.

Eh. Aku bukan nak downgrade GH tau.
Aku suka servis GH.
Tapi bukan semua la. Sebab dulu aku dah ada pengalaman bawak cik Alya gi GH. Budak ni dada dah berombak-ombak, dorang boleh duk wak lek wak peace.. Dah tu bagi anak aku nebulizer gedabak saiz gajah. Anak aku baru berapa bulan kot masa tu.
Geram betul.
Aku bersalin kat GH.
Aku puji semua nurses GH. Tambah lagi yang muda-muda ni. Yang sebaya aku mungkin. Manis je semua. Hilang sakit aku masa duk wad beranakkan iman dulu. 

Dalam certain cases, aku takkan letakkan GH sebagai jalan utama.
Private hospital akan aku jadikan alternatif lain. Contoh macam kes yang nak request itu ini yang kalau di GH sah-sah banyak saringan dan macam-macam prosedurnya.

So kesimpulannya, cik Alya checked in kat CAH Setapak selama tiga hari dua malam. 
Merasa la ibu ayah duk spital swasta nak oi..
Tapi takmo sakit-sakit lagi dah. Ibu ayah tak betah nak tengok awak meraung-raung minta tolong.

Dan... Ini jumlah besar yang harus dibayar setelah checked in tiga hari dua malam di CAH Setapak...



Haaaaa.. Hambik kauuu. Mana nak cekau? Ngalahkan hotel 5 stars gayanya. Ye dak?
Nasib baik la cik Alya ni kami dah siap-siap buatkan insuran untuk dia.
So, riban ni, insuran yang bayo. Kikikikiki..

Hoi kalau sendiri bayo, mau jadi tukang cuci la aku tah berapa tahun kat sana nak setel hutang.

Alhamdulillah kami dapat kesedaran awal pasal insuran ni.
Ye la, gaji bulanan, daripada kita bazir ke lain, baik la kita tabung ke anak. Savings dapat, medical coverage dapat. And by the time anak nak masuk u nanti, tak payah susah nak loan sana sini. Masa tu la bergunanya savings kita tu.

Cik Alya kami buatkan insuran apa?
Untuk cik Alya, kami pilih ETIQA.
In fact, 1 family kitorang pilih etiqa. 

So now, meh aku share sikit tips nak pilih/beli insuran ni.

1. Know your agent.
Senang cakap, korang cari la agen yang korang kenal dan boleh dipercayai. Tak kisah la korang kenal dia in-person or kenal dari kawan ke. As long as kawan korang tu pun ambik dengan dia and bagi good reviews pasal dia, itu dah cukup. Bukan apa, kalau tak kenal agen tu, jadi apa-apa nanti, kita jugak menggagau cari tempat berpaut. Macam kitorang ni, masa urusan cik Alya tu, agen keep on tanya semua ok ke..ada delay tak..ada hospital charge apa-apa tak. Bagus sangat! Kalau agent yang tiba-tiba terjah Fb anda dan approach, without knowing them, aku harap korang pertimbangkan lah. Unless, orang tu husband kawan korang, or kawan korang sendiri. Itu tak apa. Or dia dah di rekomen oleh orang yang korang percaya, tak apa. Prioriti harus diberi pada agent yang fulltime. Kalau part time, kena pertimbangkan sikit kot.

2. Know the % of savings and % medical coverage.
Yang ni penting. Sebab setengah syarikat insuran, % savings rendah. So kita as dilentur akan rugi la. Sebabnya, yang sakit tu, sah-sah la kita mintak jauh.. Kan? So kalau tak sakit, allowance untuk hospital etc tu, cane? Kan? Seeloknya, cari yang % of savings yang tinggi. And please, take the medical card. Just in case kan. Kalau Macam kitorang ni, add on RM50 je sebulan untuk medical card.

3. Choose the one which have link with easy-access hospital.
Yang ni pun penting bagi aku. Tak guna korang ada coverage by insurance tapi kena travel from gombak to Damansara semata-mata nak dorang coverkan. Senang cakap macam ni lah, just in case korang ada emergency anak demam panas mendadak kat Kuantan, so korang ada la hospital nak diterjah area Kuantan tu. Tak payah nak balik KL semata nak bawak anak cek kat hospital yang insurance korang cover. Haaaa.. Gitu.. Aku rasa mostly syarikat insuran kat Malaysia ni memang link banyak hospital... So korang pilih je mana yang terbaik.


Ok. 3 ni je la kot aku rasa the most important.

So kat sini aku nak share lah ngan korang. Kalau nak ambik etiqa macam kitorang, boleh contact encik ni;

Encik Nasri Adib : 0193696841
Atau emel, nasriadib.etiqa@gmail.com

Korang boleh mintak quotation dulu kalau nak.
Yang penting, encik ni fulltime. Bukan part time.
Dan, servis dia konfem terbaik!!

Ok. Itu je bebelan aku kali ni.
Terjawab ke idok perlu ke insuran?
Harap terjawab lah ye.

K bai!
Assalamualaikum...




2 comments:

Cik Puan Kocik said...

Bg sy insuran penting....sy pernah warded 3hri dekat hosp swasta. Kena beribu riban juga la. Nasib baik ada insuran...selamat la sikit.

Unknown said...

Nak quotation free dari saya pun boleh...saya agen berdaftar untuk PRUBSN Takaful
Plan lengkap 3 in 1
PM saya 0143381377
Atau email saya mrakmal84pru@yahoo.com

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015