Thursday, February 20, 2014

Third wedding anniversary

Alhamdulillah masih lagi diberikan nafas untuk terus bangun menghirup udara segar.

Hari ni, 20 Februari genap 3 tahun.
Sudah 3 tahun?
Semacam tak percaya.
Terlalu banyak yang kami lalui dan harungi bersama.
Pahit, manis, suka, duka, semuanya.

Terima kasih encik suami yang selalu ada dihadapan puan isteri menjadi ketua dan penunjuk jalan disaat puan isteri sesat dan tersasar.
Terima kasih encik suami yang selalu menjadi tulang belakang puan isteri disaat puan isteri rebah tak mampu berdiri.
Terima kasih encik suami yang selalu meminjamkan bahu untuk puan isteri menangis disaat takungan airmata dilanda musim tengkujuh.
Terima kasih encik suami yang selalu menjadi motivator dan push factor disaat puan isteri rimas dan hampir putus asa dalam perjalanan pasca siswazahnya.
Terima kasih encik suami yang selalu meminjamkan telinga disaat puan isteri membebel tak tentu hala.

After all, terima kasih encik suami kerana menerima puan isteri apa adanya. 
Kalau dulu, kita mulakan hidup di fasa baru dengan hanya kita berdua.
Kini, kita ada dua puteri yang comel. Alhamdulillah.

Terima kasih untuk semuanya.
Andai ku harus memperjudikan nyawa ku, demi mu, ku sanggup.
Teruskan menjadi imam ku sekalipun sehingga aku menjadi jenazah kelak.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Selamat ulangtahun, Sayang

2 comments:

Unknown said...

happy anniversary aini..
semoga rumahtangga ko sentiasa diberkati.insyaallah

ctmah said...

happy 3rd anniversary aini n husband.moga bahagia hingga ke akhir hayat.amin =)

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015