Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan datang lagi

Alhamdulillah, dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik, berjumpa lagi Ramadhan tahun ni..
Syukur. Tahun ketiga berpuasa kena prepare sahur and berbuka sendiri. Mencik!

Dulu mak yang buat. Sekarang, sendiri buat lah. Dah nama pun duk rumah sendiri kannn...

Tahun pertama puasa berduet dulu, kami masih kat Rawang. Masa tu mabuk-mabuk hasil pembawakan Alya Amani. Sepatutnya boleh lulus 100% tanpa cacat cela. Tapi, berlubang jugak 7 hari.

Tahun kedua berduet, sudah di Gombak. Masa tu Alya dah 5 bulan dan masih fully berastfeed. Sepatutnya lagi, boleh lulus 100% jugak. Tapiiiiii.. Dek kerana kekeringan yang hamat, 4 hari hutang. Adehhhh. Acane. Dah la nak qada sikit punya liat.

Tahun ketiga, Alya dah setahun 4 bulan. Kita tengok lah lubang ke tidak. Kalau lubang pun, harap dapat la ganti awal-awal. InsyaAllah. :)

Bila Ramadhan je, haruslah terfikir bazar kan?
Tapi.. tuan besar kat rumah prefer air tangan isteri dan isteri prefer air tangan peniaga bazar. Boleh gitu? Haha.
Tuan besar cakap, masak telur goreng ngan kicap pun takpe. Asalkan isteri yang buat. Oh. Tak tahu nak terharu ke apa..
Yang nyata, untuk mulut sendiri, haruslah ku cari lauk-lauk dalam kampus ni before balik rumah. Hihihi..

Bila Ramadhan jugak, haruslah terbayang suasana iftar sesama family kat kampung. Oh. Syahdu.
Dan juga, suasana iftar bersama roomates dan sesama berjemaah pegi surau or masjid. Seronok to the max!

Ok, dah untuk hari ini. Bulan pose takleh merepek-repek sangat. Tak elok. *alasan*

Hari ni nak berbuka apa?
Masih dalam perancangan.

Ok Bai!



6 comments:

ashra said...

Hehe.klakar ayat awak ;) ye lakan..kadang tak larat gaks nak masak...lagi u ols kerja..dengan badan dua lagi...

Akak so far da masuk 2nd tri ni,sihat alhamdulillah.da boleh masak..makan semua da ok.bermula lah rutin biasa masak pepetang...tapi hubby akak balik awalkan..haruslah tulun tulun..ni haa dua anak lagi ni :p nak urus..sabar je lakaaan.hehe

Selamat menjalani ibadah dan selamat berpuasa.....

N.M. Noor said...

selamat berpuasa jugak..baru je plan nak whatsapp2 akk.. hihi..

Salmi Khairil said...

selamat berpuasa..

Unknown said...

memang terigt bila berpuasa ngan family & kwn2...aku paling igt masa sem akhir 1 kelas gotong royong bukak gerai jual juadah berbuka....huhuhu..rindu saat tu :)

Wawa said...

Semmalam dah berlobang 1 hari....sobsssss!
Hari ni nmpak mcm boleh bertahan...hiyakkkk!
Hihi

N.M. Noor said...

Oitttt..cane bole lobang..syg wooo

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015