Friday, March 1, 2013

She is 11 months old

Assalamualaikum.. Heee.. Maaf la lama bercoti.
Diam tak diam anak daraku sudah hampir mengakhiri zaman baby nya. Kurang lagi sebulan dah masuk toddler phase pulak. Mak neves nakkkk....

So entri ni sebenarnya nak recap sejauh mana dah perkembangan dia so far.
Ok.
Nak mula dari mana ya? Hmmm.

Yang paling obvious dan mengkagumkan mak, semestinya gigi beliau. Hahaha.
Masuk je 10 bulan, gigi pertama mula keluar. Seminggu 1 gigi ok. So masuk 11 bulan, gigi dia dah 4 batang. Sedikit sebanyak dengan keberadaan giginya ditempat yang sepatutnya itu, wajah Alya sedikit berubah. Haha. Makin comel mungkin. Kebolehan menggigit juga adalah super saiya. Menjadikan saya fobia nak bagi dia df kalau dia hanya seperti nak main-main. Sakit tahu? Perit juga. Memang sama-sama menjerit la kami anak beranak. Unless kalau masa tu dia dah mengantuk sangat dan mamai. Suka la sangat mengetest segala benda dengan menggunakan gigi. Pernah bahu saya digigit ketika saya peluk dia. Hai anak.

Kemudian, kebolehan lain yang dia ada buat masa ni adalah immitate apa yang kita cakap. Tapi dalam bahasa dia. Get what i mean?
Bila kita cakap 'hello', dia cari henfon atau remote TV dan letak di telinga. Konon-konon cakap tepon le tu. Huhu.. Clever you.

Seterusnya, jangan terkejut jika saya katakan si kecil ini masih belom boleh berjalan. Ya. Dia masih belom dapat kaki. Hanya memapah-mapah di tempat yang dia rasa boleh seperti di sofa, coffee table dan juga kabinet TV. Kaki-kaki dining set juga menjadi port kegemarannya apabila saya sibuk di dapur. Bila penat, dia akan duduk. Lepas tu sambung lagi. Huhu. Explore lah anak. Ibu tak marah. Jangan sampai injured sudah. Jenuh nak menjawab dengan bapak awak nanti. Hewhewhew.
 
 
Upin Ipin adalah pujaan. Dia boleh fokus sampai end of cerita. Especially pasal Episod 17 : Pagi Raya. Haha. Bersungguh-sungguh tengok ayam dalam tu. Budak duk pekan. Mana nak jumpa ayam kan? Kesian dia. Huhu.
 
 
Dah pandai demanding (read as mengamuk bila tak boleh buat sesuatu yang dia nak buat). Contoh, dia tengah belek-belek buku hardcover dia then tertutup. Bila nak buka balik and tak boleh, dia akan menjerit sampai jiran tingkat 5 pun boleh dengar. Ya Ampun. Bak kata teachers dia, suara Ning Baizura. Haha.. Badan kecik, suara kemain besar. Juga sudah berkebolehan tantrum di shopping mall seperti tak nak behave duduk dalam stroller. Oh Anak.
Baru-baru ini, kami ke Nilai dan singgah lunch di food court tesco tersebut. Mood dia masih ok. Selepas round Tesco, dia mengamuk nak main troli. Hoh. Ibarat 1 mall dengar. Malu mak nak oiiii. Tapi buat-buat biasa je la. Alah... Faham - faham la aku anak kecik. Kau expect bila seorang wanita 20-an bawak anak kecik masuk mall hebat sangat ke nak control keadaan? Huh.
 
Sekarang ni mengamok adalah kepakaran dia. Pantang ada benda yang tak boleh sikit, mesti nak jerit nyaring-nyaring pastu guling-guling. Haih anak.
 
Sungguh friendly tak kira dengan siapa pun. Even dengan Bangla Karpet kat Nilai pun dia layankan. Ibu pulak naik meremang tengok deme tu duk cium-cium anak. Haihhhh. -_-
Sangat talkative (in her own language). Sangat la suka menegur siapa saja yang dia rasa nak tegur. Yang selalu jadi pilihan adalah kanak-kanak or babies la. Huhuhu. Oh. Dah pandai sebut 'ayah', 'cat', 'dog'. Buat muka terkejut pun hebat. Pandai sebut 'mama' tapi tak boleh consider lulus lagi tu sebab ai is 'ibu'. Bukan 'mama'. Hihi.
 
Sudah mula obses dengan buku, pen. Jangan conteng dinding ibu sudah la ye nak.. :)
 
Sekarang lepas saya tukar positioning car seat dia menghadap jalan, dia nampak lebih selesa. Seperti sudah transform ke 'Car Seat Lover'. Hikhik. Bagos anak.
 
Hoh. Sangat suka berjoget. Pantang dengar lagu yang agak-agak dia rasa catchy. Pasti tubuh bergoyang kiri dan kanan. Belom lagi keluar lagu 'twinkle, twinkle little star'. Nanti tangan di angkat sambil buat macam kelip-kelip. Hoh. So adorable. Saya syak dia belajar kat school. Tapi bila azan berkumandang, atau ayat suci Al-Quran diperdengarkan, Alhamdulillah, dia diam sambil 'menghayati'.
 
Dan juga, sangat excited dengan iklan-iklan yang ada kanak-kanak. Contoh, iklan susu apa tah yang dua beradik ketuk besi buat muzik 'happy birthday' tu. Iklan kanak-kanak explain pasal rukun negara. Iklan susu Dugro ke apa tah yang ada dialog 'mak buat apa tu?', 'mak buat yang adi suka la.' Haha.. Sekarang aku pun dah terhafal iklan-iklan kegemaran dia. -_-
 
Kurang 2 minggu lagi si baby ini dah nak masuk toddler world dah. Buat masa ni, masih belum ada perancangan untuk sebarang sambutan Hari Lahir. Bukan apa, dikhuatiri tidak menjadi memorable event for her. Mungkin next year we will plan something for her.
 
Dan.. Sampai situ saja perkembangan 11 bulan yang dah delayed kemain lama dalam draft saya. Haha.

4 comments:

CikNaa said...

banyak gigi dia ea.. jgn gigit afiq tau alya.. ngeh2..

:: Mrs.Eady :: said...

comel!

cik puan aini said...

@CikNaa tu la ciknaa..harap dia xgigit orang la..tgn kuat lempang org tu.. risau betul

cik puan aini said...

@:: Mrs.Eady ::
time kasih anti.. :)

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015