Friday, January 25, 2013

Boleh ke kita salam dengan dia?

Assalamualaikum.
Alhamdulillah,hari ini tiba-tiba terpanggil untuk merungkai sesuatu yang dah lama terbuku dihati. Seriously, saya pun baru sedar tentang ini baru beberapa tahun yang lalu. Astaghfirullah. Jahil sungguh tika itu.
Menjawab kepada soalan yang tertulis di tajuk post ni, dengan siapa kah itu?

Sebenarnya, kali ni nak menulis mengenai siapakah mahram bagi seorang wanita/perempuan.
Dulu, 4 or 5 years back, semua saya hentam. Semua salam saya sambut.
Ye la, masa tu fikir "alaaa..sedara. Takkan tak boleh. Lagipun membesar sama-sama."
Selepas di google, saya jumpa ini,


Haa.. yang nombor 1 tu, bila cousins dah besar panjang semua, saya dan mereka dah mula aware la. So now, memang kami dah tak salam and kat rumah pun memang bertutup lah. Unless yang belum mumayyiz.
Yang nombor dua tu, dulu langsung saya tak tahu. Sumpah. Jangan ingat saya belajar kat 'Islamic University', saya tahu semuanya. Tidak. Memang tak tahu. Luckily, sebelah ayah, saya dah tak ada bapa saudara mendatang. Means suami kepada makcik saya dah tak ada. And, lucky me, ayah hanya ada 2 orang adik beradik perempuan. Sebelah emak pulak, emak anak tunggal perempuan. Fuhhhh. Terselamat di situ.

Bab abang dan adik ipar pulak, jelas terang tang tang la kan. Bab sahabat yang kenal dari kecik pun dah memang tahu. Tapi alhamdulillah, kawan-kawan dari sekolah pun memang tau pasal ni. So, tak jadi isu sangat la..

Dan.. bercakap pasal mahram ni jugak, saya sebenarnya tak berapa arif jugak. Selepas study sikit-sikit, baru lah jelas. Yang common, ayah, adik beradik kita, atuk... kan?
So ini yang saya jumpa selepas google. Saya tertarik sebab saya rasa macam selama ni saya tak berapa tahu sangat yang part ni.

3 golongan yang disebutkan ni rupanya boleh. Huhu. Lagi sekali, jahilnya aku. 

Ini bermakna, anak-anak kepada adik beradik kita, tak kira lelaki atau perempuan, adalah boleh untuk kita salam dan tak batal wuduk (erkk.. Betul tak? Kalau salah, betulkan saya ye).

Dan ini jugak bermakna, anak-anak kepada adik beradik pasangan kita (suami atau isteri), adalah tak boleh. Dan (tah dan yang keberapa kali tah ni. Maafkan saya) kerana inilah, setiap kali saya dan adik lelaki ke rumah makcik kami yang berjiran dengan kami tu, dia terkocoh-kocoh cari jubah sarung dan tudung. Huhu. Now I know. Selama ni saya sangka makcik saya (isteri kepada adik emak saya) adalah tidak batal wuduk dengan adik lelaki saya. Ok. Jahil lagi disitu.

Makanya, kelak, saya dan anak-anak lelaki kepada adik-adik ipar saya harus dijaga. Bukan hanya dengan bapa-bapa mereka. PLEASE TAKE NOTE utk DIRI SENDIRI. Kelak kesian suami nak kena tanggung semua. Oh. Lupa. Unless, saya menjadi ibu susuan mereka. Baru boleh. Kan? Kalau ada rezeki lebih, nak minta izin suami untuk jadi ibu susuan, InsyaALLAH. 

Dan dengan ini, entri tamat. :)
Sama-sama kita ingat mengingati.
Mana yang salah, betulkan saya ye. Yang buruk itu semua datang dari kesilapan saya sendiri, dan yang baik itu semuanya dari Allah.
Salam Maulidur Rasul.
Jom perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dan amalkan sunnah baginda moga mendapat syafaat di akhirat kelak. Wallahu'alam.
Wassalam.

Sharing is caring.
Happy Weekends U ols..
Sama-sama kita jaga aurat ye sisters. >.<

4 comments:

♥ Ammara Bay ♥ said...

ira..kalau ayah saudara husband kita tu boleh salam ke x er?? huhu dah lama tak komen kat blog ira :D

N.M. Noor said...

Yus,kite rsa xboleh.setahu kite,blah suami kite hanya boleh salam ngan ayah dia,atuk dia,and above..means klau moyang dia ada lg la..lain2 mmg xboleh.sbbnya awal2 dlu kte penah tersalam ngan pkcik dia.tp mkcik dia (isteri pkcik tu,grad irk uia) ckp xboleh..nnt kte tnye pd yg lbih arif eh.

Rosmawani♥ said...

fuhh benda ni mmg selalu duk bincg dgn asben... :P kkdg diorg lak yg hulur tgn kt kita..haishhh :P

♥ Ammara Bay ♥ said...

ermm tula..kekadang diorng yg nak salam xkan kita nak buat bodoh je kan macam kurang ajar pulak. hanya mampu tersenyum..maybe diorang tak tau ingat ada ikatan keluarga semua boleh..huhuhu.

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015