Monday, July 30, 2012

Ramadhan Kembali

Assalamualaikum.
Ramadhan kembali. Alhamdulillah, masih berpeluang bertemunya.

Ramadhan kali ini agak berbeza dengan kehadiran puteri kesayangan. Dengan telatah dan akalnya yang semakin banyak, hati menjadi semakin riang melihat dia membesar hari demi hari. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Mencipta.

Berbuka, saya memasak juga. Memandangkan Ramadhan tahun lepas saya lebih gemar membeli juadah di bazar dek kerana mabuk-mabuk hasil pembawakan puteri kesayangan, tahun ini Alhamdulillah, diberi peluang menyediakan juadah berbuka untuk suami tercinta. Balik seawal 330 petang, sediakan apa yang patut. Bila puteri kesayangan behave sangat main sorang-sorang, saya memulakan tugas di dapur.
Tipu kalau kata saya langsung tak membeli juadah di bazar. Ada, cuma tidaklah semeriah tahun lepas. ^_^


Sahur, biasaya saya gorengkan lauk tambahan. Selebihnya, panaskan lauk mana yang ada. Itu sudah memadai. Nak jaga perut suami saya, tak susah. Dia orang yang paling senang nak dijaga makan minumnya. Alhamdulillah. Dah la ringan tulang menolong isteri. ^_^

Milk Pumping, Alhamdulillah, macam biasa cuma timing tu macam lari sikit if saya lewat sampai ke lab.

Productions, Alhamdulillah, so far masih ok. Maintain. Supply dan makin menghampiri demand. Baru nampak kelogikan kekerapan dan kuantiti anak minum di nursery. Alhamdulillah, Allah showed me the way.
Now, hantar baby jam 830/900 pagi, by the time saya nak ambik dia around 330 to 400 petang, habis 3 botol 3.5 oz which is logic la. 4mo baby doesn't drink much. 5 oz for 4mo baby is too much. Is it? And now ibu is getting closer to feed you with 100% BM. The quantity of FM drank daily has been reduced abruptly. Alhamdulillah. I am very happy.

Oh. Milk Pumping during Ramadhan sangat-sangat mengeringkan badan. -_-"
Terasa bagai anak kecil yang baru belajar berpuasa.
Sebab itulah Allah memberi rukhsah kepada ibu-ibu yang menyusukan. Alhamdulillah.


1 comment:

Aty Fared said...

betul..lepas pump mesti rase macam nak pitam...lagi2 pumping petang...

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015