Monday, July 23, 2012

Apa Ada Dalam Cooler Bag Anda?

 Apa yang saya isi dalam cooler bag/breastpump bag saya? Haaa.. Meh nak tunjuk..
...
...
...
...
...
...
...
Secara keseluruhannya, ada ini
|
|
|
|
\/

1. MiPump kegemaran saya berserta accessoriesnya.
2. Avent ISIS Manual
3. Storage bag and container lid untuk botol MiPump.

 Pertamanya, yang paling utama dah MESTI ADA dalam beg tersebut adalah gadget kesayangan saya; MiPump the First Year. Kemana-mana pun, saya tak mungkin tinggalkan dia. Banyak berjasa ni. Kalau desperate sangat, sambil driving pun dia bekerja untuk saya. Adapter memang tak boleh tinggal sebab just in case battery abes or tak sempat nak charge, boleh la plug in kat mana-mana soket yang agak-agak strategik untuk buat projek. ^_^
Setakat ni, Alhamdulillah, tak pernah tertinggal lagi accessories dia. Cuma nya ada 1 hari, socket untuk saya plug in adapter adalah agak tak strategik tempatnya bila mana saya sampai lab, dah ada lelaki kat dalam lab. Terpaksa guna battery. Malangnya pada hari tersebut, battery adalah OUT. Lupa nak charge. Padahnya, menapak la saya mencari kedai nak beli battery. Huhuhu.

 Keduanya, haruslah saya mengeliminate Medela Harmony saya dari list must-bring saya. Bukan bermakna Medela Harmony tu habis madu sepah dibuang. Medela Harmony tetap menjadi kesayangan saya sebab dia memang soft dan best. Sebab utama Avent ISIS Manual ni perlu di kendong bersama adalah kerana saya kerap terkena Milk Blister. So, kekdahnya ini sajalah penyelesaiannya instead of puncture guna pin. Suction Avent ISIS ni memang kuat. Kalau tak sebab milk blister, saya tak pakai kot untuk pam saja-saja. Sebabnya pada saya, suction dia sakit. Tak macam Medela Harmony yang sumpah tak rasa apa pun. Tapi sayangnya, disebabkan Medela Harmony bersifat sedemikian, ia tak berapa nak membantu saya bila berlaku insiden milk blister again and again yang macam tak pernah nak serik kena kat saya. -_-"
Kalau dengan ini, pam pam pam dan pam lagi, lama-lama boleh nampak milk blister tu semakin lama semakin menonjolkan diri dan lama-lama.... dengan sendiri nya akan tertanggal/tercabut dan masa tu la susu keluar macam takde break. Mencurah-curah. Pam pun memang tak sakit dah sebab sakit bengkak disebabkan milk blister tu adalah lagi sakit.

Storage bag pulak, begini alkisahnya.
Dulu, saya bawak storage bottle autumnz. Masa tu Medela Harmony masih menjalankan tanggungjawab sepenuh masa tidak seperti sekarang, separuh masa. Memang banyak la ruangnya. Boleh la sumbat storage bottles dalam 4,5 ketul. Sekarang, kalau sumbat jugak, alamatnya mintak beg baru la jawabnya. ^_^

Dan lid tu pulak saya guna untuk store susu yang baru dipam sebelum dicampurkan dengan susu yang dah ada dalam storage bag. Nak bagi suhu mereka sama. Baru la boleh nak dicampur adukkan. Tak gitu?

Ok. Sekadar perkongsian di pagi 3 Ramadhan ni. ^_^
Selamat berpuasa.
Berbuka apa ye kita petang ni mommies?

Mommies, apa ada dalam cooler bag anda? Jom share!

5 comments:

Wawa said...

ade breastpump, ice pack, purse, iphone, pen, lipice, compact powder...hahaha...sume sumbat dlm cooler bag...handbag mmg simpan, wktu weekend je baru gune hnbag...:p

Halimaton Hanafee said...

sy pun pakai avent manual juga...harap2 bertahan lah jangka hayat nya..hehe

N.M. Noor said...

@Wawa
oh..ice pack pn aini buh jgak. yg lain2 dah tak muat nk buh dah..kesimpulannya, berbeg2 bawak g lab setiap hari..haha..

N.M. Noor said...

@Halimaton Hanafee avent manual, suction kuat kan? :)

nur.vv said...

Beg vv ada breastpump ngan botol je. Ice pack takbawak sebab ada peti kat opis.:) Beg Aini tu boleh galas belakang ke tak eh? Macam agak besar.

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015