Thursday, March 29, 2012

For You, Amani

Assalamualaikum.
My dear Amani Sayang.
Masa ibu taip benda ni, Amani baru 15 hari. Tapi Amani dah makin berat. Amani lahir 2.65kg. Hari ni, nurse datang rumah Tok Mi timbang Amani dah 3.2kg. Tentu ayah happy sebab anak dia dah membesar bagai juara.


Kenapa ibu buat benda ni untuk Amani?
Ibu cuma nak Amani tahu, ibu dan ayah sayang sangat kat Amani.
Ibu dan ayah memang tertunggu-tunggu kehadiran Amani dalam hidup kami berdua. 
Sekarang, ayah dah ada 2 buah hati, Ibu and Amani.


Amani Sayang,
Pada awalnya, ibu memang plan untuk deliver Amani secara normal. Macam orang lain.
Tapi disebabkan ibu risau Amani will get infected, ibu terpaksa terima saja proposal doktor untuk teruskan IOL. 12 jam menahan sakit yang amat, tapi OS still 4cm. Ibu bukan nak mengungkit. Tapi ibu nak Amani tahu, susah macamana pun ibu dan ayah sanggup tempuhi demi Amani.


Amani Sayang,
Hari ke 2 Amani balik ke rumah kita, Amani meragam. Nangis tak henti-henti. Ibu dah mati akal. Ibu kendong Amani sana sini. Bila ayah nak tukar shift ngan ibu, Amani lagi kuat nangis. Kesian ayah. Dia nak tolong ibu. Sebab ibu masih belum fully recover lagi. Luka masih baru. Ibu tak boleh nak bergerak lasak macam orang lain. Ibu lahirkan Amani secara pembedahan. Banyak yang ibu kena jaga. Ayah cukup risau. Kesian dia. Ibu mengaku, ibu sangat lasak lepas Tok Mi dan Embah balik kampung. Tambahan pulak dengan ragam Amani yang baru nak sesuaikan diri dengan alam baru ni. Ibu tak marahkan Amani. Ibu faham. Amani perlukan masa untuk sesuaikan diri.


Hari ke 7, ibu rasa luka ibu terasa pedih. Ayah tolong tengokkan. Ternyata, ada sesuatu yang tidak kena dengan luka ibu. Ayah bawa ibu ke klinik. Doc kata, "Wound Break Down". Subhanallah, takutnya ibu. Janganlah terjadi apa-apa yang serius. Kalau tidak, siapa nak susukan Amani. Alhamdulillah, doc kata lepas dressing yang consistent InsyaAllah semua akan elok kembali.


Amani Sayang,
Dengan keadaan ibu yang seperti itu, ibu berusaha juga untuk susukan Amani. Bila Amani menangis, ibu ayah turut menangis. Kami risau. Ayah risaukan keadaan ibu.


Di rumah Tok Mi, Amani dah tak meragam macam di rumah kita. Cuma, Amani susah nak ditidurkan waktu malam. Mungkin sebab Amani dah banyak tidur siang. Ibu dan Tok Mi sama-sama berjaga malam untuk Amani. Nanti, Amani kena say thanks to Tok Mi tau. Kesian Tok Mi. Dia tidur tak cukup, esoknya nak masuk ofis lagi. Amani jadi anak yang baik tau. 


Kadang kala ada masa Amani nak menempel aje dengan ibu. Waktu malam pulak tu. Ibu mengantuk, sayang. Tapi tak apa, ibu relakan juga. Tak sanggup ibu nak tengok anak ibu menangis. Menyusukan Amani sambil tersengguk-sengguk pun tak apalah. Yang penting, anak ibu selesa, kenyang, dapat tidur lena. Lepas tu, baru ibu tidur.


Hmmm. Setakat ini sahaja coretan ibu untuk Amani kali ini.
Ada masa, ibu tulis lagi.
Amani Sayang, jadi anak yang baik, taat perintah Allah, ibu dan ayah ye, Sayang...


Ibu dan ayah sayang Amani sangat-sangat.
Membesarlah dengan sihat dan solehah...

2 comments:

Wawa said...

pengorbanan seorg ibu kpd anak...:)

Aty Fared said...

sayu bace..tu lar pengorbanan ibu..-nanti biler Armani besar bace ni balik..Armani jangan lukekan hati ibu yer...jadi anak yang solehah..kesakitan ibu melahirkan armani sangat besar jasanyer untuk Armani...

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015