Friday, January 27, 2012

Hari ini macam 'touching'

Assalamualaikum.
Ok. Hari ini macam 'touching'. Atau dalam ejaan lainnya 'tacing'. Lagi senang faham, rasa macam cepat je mata nak berkaca and macam ala-ala sedih gitu. Tak tau kenapa. Huhu. Mood swing for mom-to-be kot. ^_^
Banyak nak share. Kita tengok satu persatu ok.

32w ++ antenatal check up at UMMC.
Alhamdulillah, lil miracle dah berusia 8 bulan lebih dalam womb saya. Syukur. So far, beliau sihat. Bergerak-gerak, berguling, bergolek dan menendang secara suka hati di dalam. Biarlah. Asalkan beliau sihat. Saya sakit sikit tak apa.
Update pasal mommy and baby,
Mommy's current weight : 60.6kg (gained 2kilos, which is according to chart.)
Baby's current weight : 1.8kg (gained 200g in 1 weeks, which is good.)
Urine and BP : Alhamdulillah, normal.
Placenta's position : Alhamdulillah, bukan low lying. Di tempat yang sepatutnya.
Baby's position : Extended breech. (Ini yang buat saya risau. Tapi Dr.A cakap, nothing to worry sebab masih awal. Some babies may take the right position in 35-38 weeks. So, saya dah lega. )

Jumpa gynea saya, Dr.A. He said according to the records, everything went well. Both for mommy and baby. And he said he is very happy with this pregnancy. Very good progress. Huh. Dia pulak yang very happy kan. Bagus betul. Huhu.

Breast Feeding Class.
Hari ini, berpeluang menyertai kelas yang best ini. Bersama Darling Husband. Super duper best lah bila chenta hati pun join sekali. ^_^
Ok. Dalam kelas ni dah mula touching-touching. Tak tahu lah kenapa dan apa puncanya. Bila nurse duk cerita-cerita pasal breastfeed, advantages, cara-cara nak simpan EBM, semualah. Rasa macam mata berkaca. Part yang nurse cakap BF ni boleh create bond between mommy and baby, buat saya rasa macam touching. Tiba-tiba terasa macam 'oh. tak lama lagi aku dah nak ada anak.' Syahdu ok. Perasaan yang pernah saya rasa masa first time tengok lil miracle bergerak-gerak dalam womb masa scan dulu. Ha, begitulah rasa dia. Syahdu sangat. Pastu terfikir banyaknya pengorbanan ummi masa nak mengandungkan, melahirkan, menyusukan dan membesarkan saya dan adik-adik. Part ni lagilah touching. Ni baru pregnant. Belum bersalin lagi. Sekarang ni pun rasa dah besarnya lah pengorbanan ummi pada kami semua. Memang beliau selayaknya dihormati dan disanjungi. Selayaknyalah syurga kat bawah tapak kaki ibu. Kenapa saya berkata begitu? Sebab sekarang ni saya dah rasa banyakkkkkk sangat benda. 8 months pregnant, banyak mengajar. Banyak sangat.

Penghijrahan gynea saya.
Ini pun part touching jugak. Masa check up tadi, Dr. A informed me that there will be another 2 checks up before delivering this lil miracle. BUT, lepas ni dah bukan dengan dia. He will be going to UK for maybe 1 or 2 years. He got a better offer, working there. Sedih OK. Kenapa? Sebab saya rasa dia adalah seorang yang sangat easy-going. Sangat supportive. Sangat pandai. Plus, mungkin sebab dia juga yang dah jadi 'tukang bedah' saya tempoh hari. I was impressed sangat-sangat dengan dia and I wish I have a kid yang boleh jadi macam dia one day. He was the one yang confirmkan kandungan ektopik saya dalam masa hanya kurang dari 10 minit. Transabdominal scan je. Tak perlu TVS. Beliau memang pro. Mungkin sebab banyak experiences. Dia juga yang banyak support saya untuk terus kuat menghadapi dugaan ectopic tempoh hari. Dia sangat pantas dalam menjawab bermacam-macam soalan remeh-temeh saya sewaktu berpantang tempoh hari. Sangat pantas ok. Memang tidak menghampakan. Dengan kesibukan dia as a lecturer, specialist, doctor yang kena on call, surgeon jugak, dia boleh menjawab segala kemusykilan saya without any delay. Salute lah. Memang touching. Sampai saya cakap pada husband, lepas ni tak payah dah la check up kat UMMC. Tak best check up dengan orang lain. Ingat lagi masa awal-awal check up dulu, he wasn't there sebab ada tugas di Hospital Klang.
So, another doctor entertained me.
A woman.
When she examined me, she saw scars on my tummy, and asked how I got the scars.
"Ectopic", short answer from me.

Guess what she said?


"It's too early for you to conceive again. Not good for you. At least, wait for 6 months."

And I just remain in silence. Ini rezeki dari Allah, doktor. Who am I to refuse it. Lagipun, the specialist tak kata apa pun. Malah lagi menggalakkan kami untuk terus trying to conceive.
Ok. Touching lagi di sini. Terimbau kembali memori kandungan lalu. T_T

Sedih ok bila Dr.A dah tak dapat nak examine saya and kandungan saya.
Before keluar tadi, saya cakap dengan dia, "Can I just email you if I have any question to be asked?"
"Yes, you are most welcome but use my gmail. Most probably I will not open my UMMC mail anymore." He replied.
OK, lega di situ. Dan YEAY di dalam hati. ^_^
Buat Dr. A, semoga dia berjaya ditempat orang kelak.
Seriously, saya harap ada lah salah seorang anak saya nanti jadi macam dia. Ameen.

Mode touching must be turned OFF.

4 comments:

ashra said...

samalah kita,aini.

gynae saya da jaga saya almost setahun sudah sejak kes dulu..
memang sgt hargai beliau.
doa gak hari2,mudahan die yg sambut bb bakal lahir ni.nak simpan memori indah dgn die..

thank to allah temukan saya dgn die.padahal sy pilih die secara random je..

Sheila Radzi said...

sama..sedih juga hari ni..huwaaa!!!!

~cahaya~ said...

@ashra tu la.. tp aini memang tak leh mengharap dia sambut baby aini sebab dia tak involve ngan delivery.. huhu.. xpe la, pasni redha je la sape2 yang sambut baby.. ^_^

~cahaya~ said...

@Sheila Radzi Alololo.. cian sheila.. ni mesti rindu Radzi kan? Xpe, doakan dia sntiasa dilindungi. Mudah2an selamat balik kedah utk teman sheila deliver nnt.. Ameen..

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015