Thursday, December 1, 2011

Cerita Hari Minggu

Pada suatu hari minggu yang lalu, suami telah mencomotkan lantai dapur tempat si isteri bekerja tanpa pengetahuannya.
Nasib baik sesudah si isteri melunaskan kerja.
Sewaktu isteri ke dapur, terus terkejut melihat keadaan lantai yang tak serupa lantai itu. Nasi baik hanya di satu kawasan sahaja dan juga tak melekit. It is just nampak lantai berbintik-bintik.

Isteri : Apa abang dah buat dengan lantai ni? Ish. Kang dah kena mop.
Suami : Tak apa, nanti abang mopkan.
Isteri : Bila?
Suami : Nanti kejap lagi abang mop. Sayang jangan buat.
Isteri : . . . . . . (Diam sambil meneruskan tugasnya)

Malam itu,

Isteri : Abang kata nak mop. Bila? Meh nak buat sendiri la.
Suami : Jap lagi. Dah. Tak payah buat. Nanti abang buat. Gi tidur dulu.
Isteri : Hurmmm... Ye lah. (menurut perintah)

Keesokkan paginya, si isteri ada urusan luar dan tidak merancang untuk ke kampus.

Isteri : Abang tak mop lagi?
Suami : Oh, belum. Nanti abang mop.
Isteri : Ye lah, abang punya nanti tu sampai tahun depan pun tak siap. Nanti jap lagi buat sendiri lah. Rimas nak masak macam ni.

Suami sedang bersiap-siap untuk ke pejabat.

Suami : Jangan buat. Balik petang nanti abang mop. 
Isteri : Ye lah abang tuh.
Suami : Abang balik nanti tengok dah bersih, siap dia. Jangan buat! Tau. Biar abang buat.
Isteri : Kalau nak buat jugak?
Suami : Siaplah kalau abang balik tengok dah buat.
Isteri : Ye laaaa. (sambil sengih-sengih)

Siap-siap untuk salam-salam cium pipi depan pintu nak hantar suami ke pejabat.

Suami : Siap tau kalau abang balik tengok dah buat. Ingat tu.
Isteri : Iyeeeeee... (patuh)

Suami sudah berangkat ke pejabat, isteri rasa nak buat jugak.
Tapi suami call and message pesan berkali-kali jangan buat.
OK. Baiklah. Tak buat.

Malam itu, nasib baik tak buat. Memang si suami mopkan. Siap seluruh kitchen dia kerjakan.
Alhamdulillah, ringan sikit tugas isteri hari tersebut.
Terima kasih suami atas perhatianmu terhadap isteri.

Untung macam ini. Isteri mendapat layanan istimewa setiap hari. Alhamdulillah.

** Moral of the story : Love your wife. Appreciate her for who she is. Dont let her do the tough things because what she's facing now is even tougher than what you think. But, oh it is bearable and really fun. Believe it! Am I right wifeys out there? :)

2 comments:

Unknown said...

hihi
malulah baca ni...
saya ngan suami saya terbalik.... saya yg suka tangguh2 kerja umah... dia selalu laju je mengemas wuuuuu

N.M. Noor said...

Sejak2 keadaan sekarang ni memang kena pantau sikit aktiviti kat rumah.
Pastu memang dia suka tangguh2. Last2, kita jugak yang buat.. Huhu

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015