Seperti biasa. Setiap pagi menuju ke office dengan tidak membawa hati bersama. Langsung tak ada hati.
Hari ni hujan, dan saya lambat sampai ke office. Phew. Bila hujan, kawasan rumah saya pasti sesak. Walaupun kalau ikutkan waktu biasa, hanya 10-15 minit saya perlukan untuk sampai ke office.
Hari ni, almost 45 minutes saya spent untuk sampai ke office. Nasib baiklah memang tak membawa hati bersama-sama. Kalau tidak, haruslah kecewa ditengah jalan. Huhu.
Lately ni memang saya kekurangan masa untuk berblog. Hati memang nak sangat berblog. Tapi asyik tak sempat je.
Weekend baru-baru ni pun tak sempat nak rehat kat rumah. Jumaat malam, selesai solat Maghrib and dinner ala kadar, saya dan suami bertolak ke Rembau untuk menghadiri majlis akad nikah bapa saudara encik suami. Kami menggunakan LATAR. Highway baru yang menghubungkan Rawang dan Kuala Selangor. Kami ke Rembau thru LATAR. From LATAR, akan exit thru Guthrie jugak. Alhamdulillah, tak sesak dan kami hanya spend 1 and half hour je kot. Bayangkan if kami lalu ikut Tol Sg.Besi. Dah la hari Jumaat.
Sayang sekali masa sampai di Rembau, kami macam lost sikit. Then terlepas jugaklah upacara akad nikah. Sempat amek gambar je. And makan-makan. Esoknya pulak which is hari Sabtu was reception pulak. Warna tema dah macam warna tema kami 4 bulan lalu. Heeee. Terkenang. (n_n)
Ini pengantin baru dan pengantin baru 4 bulan. ^__^
Pengantin baru 4 bulan bersama kek. Saya suka idea kek ni. Creative. Kenapalah saya tak terfikir waktu wedding kami 4 bulan lalu. Bukan idea fondant cake yang saya suka. Tapi the way they imitate the cake supaya looks like kek yang bertingkat-tingkat padahal yang paling atas je adalah kek. Yang bawah-bawah adalah polystyrene. Dan it was so real.
On Sunday pulak, pagi-pagi lagi kami dah bertolak balik ke kampung suami, SB. Berkonvoi bersama 2 buah proton SAGA. Huhu. 1 was my TBC and another 1 was my bro-in-laws'. MIL and in-laws stay kat rumah saya malam Ahad tu. Saja-saja nak kenal rumah. Memang meriah la rumah bila ada ramai orang. Kalau tidak, saya berdua je dengan suami. Saya pandang dia, dia pandang saya. Tak pun, pandang dinding. Itu je lah hari-hari. Heee. Tapi tak boring.
Hari ni pulak Monday yang memang saya tak suka. Sudahlah jammed, hati pulak tak ada. Bosannya lah. Haih.
No comments:
Post a Comment