Ok. Perasan tak bila sampai blog ni, tiba-tiba keluar lagu? Maaf kalau mengganggu gugat ketenteraman anda. Saya suka lagu tu. Saya tengah angau dengan cerita ini. Heeeee..
Jalan cerita dia, saya rasa biasa-biasa saja. Standard sinetron Indonesia. Ada orang hilang ingatan, lepas tu orang yang selamatkan dia akan tukar identiti si hilang ingatan tu. Lepas tu kalau heroin/watak baik, memang selalu saja ditimpa malang yang bertimpa-timpa. Dituduh pembawa sial, diperlakukan jahat. And so on. Tapi ending dia kali ni macam unexpected. Saya dah tengok spoiler ending dia. Heh. Tak sabar OK. Sebab jalan cerita sampai ke episod Jumaat lepas dah rasa macam "Eh. Bencilah. Lambat pulak habis." Huhu. Plus saya dah nak balik Rawang. Memang tak sempat nak tunggu episod 36.
Producer, script writer, dan pereka cerita sinetron ni memang berani ambil risiko. Biasa orang akan play safe. Cinta Melody ni memang menunjukkan keberanian producer yang memilih ending dia yang begitu.
Cerita ni start kat Astro since 5 May. Masa tu saya tak balik rumah lagi. Saya realize cerita ni pun baru je last week kot. And terus rasa jatuh hati sebab ada budak ini. Budak mana? Budak kat bawah ni. Saya sangat suka tengok dia. Mengandung nanti nak tempek gambar dia secara pukal lah. Untung-untung anak saya ikut muka dia. Huh. Berangan lah.
Dia cute. Kan? Sooooo chumelll.
Saya suka dia since dia acting dalam Cinta Kirana hari tu. Hihi. :)
Laporan Lengkap #3
Ok. Sekarang berbalik kepada laporan. Hmm. Hari ni dah makin OK. Just like 2,3 hari yang lalu. Alhamdulillah. And today is the first day saya consume Amazing Honey. Rasa dia? Not bad. Tapi macam pahit dan kelat sikit. Normal lah kan. Ubat.
Hari ni pon tak dapat ber'borak' dengan cinta hati. Beliau dah start program hari ni. So, I tak expect dia akan online macam biasa. I know macamana beliau bila buat kerja. Komited. I love you. Eh. Silap.
Makan masih berpantang. Mungkin akan kekal berpantang sampai genap sebulan. Sebab? Sebab saya penakut. Tak nak dah masuk wad. Saya rela buat apa pun asalkan dah tak sakit, asalkan luka kat dalam boleh sembuh. So far, tengok pada external surgery wound ni macam OK. It's healing nicely. Inside? I don't know. Hopefully, better then external.
Kali ni dah tak boleh skip pantang. Sebab.. Dah kena warning. Plus, saya sendiri pun kadang tu rasa terkesan hasil dari skip tu. Jahitan di bahagian pusat macam menunjukkan tanda-tanda yang saya rasa macam not so good. So, whatever happen I still have to pantang. Sabarlah Noraini. Orang-orang yang sabar, akan mendapat ganjaran dari Allah.
Emm. Sampai sini je kot.
Nak layan Konsert Akhir Mentor 5.
Ada something nak share lagi pasal Mentor and AF and Bintang RTM. Esok-esoklah eh.
Finally, saya rasa saya suka Faizal Tahir.
Dan, Ally Iskandar pandai buat 'tangan didada, mata ke atas'. Comel OK.
Buat Cinta Hati,
I Love you everyday, everysecond.
Good Luck.
2 comments:
suka lagu ni.. heHe
Suke jugakkkk...
Time kasih ejulz singgah sini.. :)
Post a Comment