Sunday, December 5, 2010

Saya rasa dah gemok

Assalamualaikum.
Hmm.. Looks like entry ni macam akan menjadi entry yang berat. Huhuhu. Stress kan bila dengar perkataan 'Gemok', 'Berisi', and yang sewaktu dengannya.


Tak ada pon orang tegur saya dengan perkataan yang sama erti dengan di atas. Tapi saya rasa saya dah gemok dan badan saya macam sedang membesar dengan jayanya. Saya lunch sesuka hati saya walaupun nasik tak pernah ambik full. Saya dinner setiap hari tak pernah skip. Sejak bekalan HL saya habes, saya buat roti peanut butter setiap pagi. Makan 2 keping dekat rumah, sambung makan dekat office pulak if lapar. Saya dah malas nak exercise. 

Baru-baru ni saya ke LGM, orang tegur saya dah kurus. Tapi macam biasalah. Saya susah nak percaya. Sebab saya rasa orang nak amek hati je tuh. Sebab saya tak rasa and tak nampak kekurusan saya yang diorang mention tu. Degil kan?

Apa perlu saya buat sekarang? Azam saya tahun ni kan nak loss weight sampai at least 50kg. Sekarang tak sampai lagi. Ni dah masuk December. Tinggal berapa hari je lagi saya ada untuk melangsaikan azam ni. Haih. Stress jugak macam ni. Ingatkan dah kerja, senang la nak kurus. Tapi, itu semua macam tipu je. Kerja banyak pon, tetap selera makan membuak-buak. Kerap betul lapar. Kalau time period tu, tak heran lah sebab tengah period. Kan? Ini time tak period pon lebih kurang je.

Apa lagi saya kena buat ni?? Saya dah tak banyak masa. By end of December saya kena capai azam tu. KENA. WAJIB. MESTI. Apa saya perlu buat ya? Jangan suruh saya turun jogging sebab sekarang dah tak macam zaman belajar dulu, boleh keluarkan peluh whenever saya rasa perlu. Diet? OK. Ni paling saya tensen. Sebab, untuk pengetahuan semua... Lagi saya diet, lagi susah berat saya nak turun. Lagi dia naik macam tak nak turun dah. Lagi hati saya gundah. Lagi saya rasa geram nak marah. Dulu, saya buat tak tahu je tiba-tiba berat turun tanpa disangka. So, conclusion dia... Saya takleh nak jaga sangat diet. TAPI, saya tak boleh makan ikot nafsu sangat. Emmm. Paham tidak? 

Ok, macam ni. Dulu, saya pernah jaga betul-betul pemakanan. Pernah tinggalkan nasi for 3-4 weeks. Memang berat ada perubahan. Tapi tak banyak dah saya rasa tak boleh blah hidup tanpa nasi. Saya orang Malaysia sejati. Masa tu, kadar penurunan berat adalah macam kalau tak diet nasi pon tak pe. Lepas tu, saya give up and saya buat bodoh je. Macam malas dah nak fikir berat naik ke tak. Saya makan je apa yang perut mintak. Tapi tak da lah over. Perut saya pon masih ada timbang rasa pada tuannya. Huhuhu. And then, guess what.. Berat saya turun macam tak sangka. Punyalah saya gembira.

Hari tu, masa bulan Ramadhan saya berpuasa di rumah. Before balik kampung, memang berat badan saya susut. Mungkin kerana tidak sesuai dengan tempat kerja lama. Saya balik berpuasa di rumah dan saya memang dah bajet berat saya akan naik secara banyak. So, saya abaikan aje. Biarlah. Bukan selalu dapat puasa kat rumah dengan bahagia tanpa fikir pasal kena balik kampus ke apa. Lepas raya, saya kembali ke KL untuk sesuap nasi. And, macam terkejut gila berat saya langsung tak bergerak. I'm expecting berat saya akan naik secara banyak oleh kerana saya berpuasa di rumah dan juga Aidilfitri sangat heaven saya makan. Huhu. :) Nasib baik. Kalau tak, menggelupur.

So, sekarang apa perlu saya buat dalam masa 26 hari baki yang tinggal untuk tahun 2010 ni? Ada tengok iklan Premium Beautiful. Tapi mahal sangat. Saya rasa macam tak mampu. Gaji sebulan pon tak cukup. Huhuhu. HL? Hmmm. Buat masa ni, saya rasa macam nak stop dulu kejap. So far, saya ambik supplement food lain untuk detox. Bajet tak cukup la nak continue amek HL. Hihihi. Jus Mate? Oh. Sorry, tekak saya tak boleh terima Jus Mate. Tak boleh. Tak boleh. No. No. No.

Apa cadangan anda? Bantu saya. Saya dah tak banyak masa. Tinggal 26 hari je lagi untuk fulfill azam ni. Tolonggggg.... -_-"

No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015