Friday, September 3, 2010

6 Days Left

Assalamualaikum...
Alhamdulillah. Selesai Terawih malam ke-25. Ramadhan makin hampir ke penghujung. Misi aku untuk khatam nampak gayanya macam tak kan tercapai. Sedihnya. Aku akan cuba la sedaya upaya. InsyaALLAH.

Justify Full
Emmm. Hari ni JUMAAT. Jumaat terakhir kita bersama Ramadhan tahun ini. Harapnya bertemu lagi dengan Jumaat Jumaat lain di Ramadhan tahun depan. InsyaALLAH. Hari ni jugak, bersama bonda dan adik dengan gigihnya menuju ke pasar. Emmm.. Ape tah nama dia. Pasar siang la kot. Orang kat sana jangan cakap lah. Macam ulat. Dah la kitorang sampai tu lambat sikit dari biasa. Bonda sibuk siapkan baju raya kami. Heeee. Ada lagi yang tak siap. Bonda wanita berkerjaya. Beliau sibuk. Nasib aku belum berkerjaya. Huhuhu. Tapi masa berkerjaya tempoh hari pon dah dapat rasa dah macamana kelam kabut dan penatnya hidup sehari-hari. Tapi enjoy la kalau benda tu kita suka. Emmm. Aku suka ke kerja dulu? Haih. Biarlah rahsia. HAHAHA.

Berbalik kepada cerita di pasar. Orang ramai. Tujuan utama adalah nak beli tudung raya sebab minggu lepas kami plan, tapi ayahanda pulak cakap nak balik kampung dia. Jadi, kami ikot. Minggu ini, by hook or by crook, kena jugak cari tudung. Sampai saja kat pasar, terus serbu makcik jual tudung murah tu. Hep. Tudung dia murah sungguh. Tak percaya? Ha. Meh datang sini lah tengok. Tudung ala-ala Ariani tu, yang ada sulam ke batu ke..Semua RM20. Kat sini brand Natasha paling glemer. Pegilah tanya mana-mana makcik jual tudung kat pasar tu, aku berani bet la semua jual paling murah pon RM23. Itu pon saiz S. Aku jumpa saiz L, XL RM30 wei. Gila beza harga kan? Bercadang nak cari la satu tudung gitu untuk konvo nanti. Tapi. Hmmm. Macam tak payah lah lagi kot. Nanti ada masa pergi KL, cari kat sana. Makcik tu dah abes warna and saiz yang aku nak. Sedih betul.

Lepas misi utama dah terlaksana, menapaklah pulak ke pasar basah. Ini aku suka. Bau ikan segar, ayam segar. Wah. Seronok. Inilah Anak Jati Terengganu. Emm. Ada kena mengena ke? Macam tak je. Ok, abaikan. Beli ayam. Sebab macam nak buat paprik untuk berbuka. Hari ni rasa macam nak buat paprik yang salu beli kat gerai akak dekat bazaar tu. Aku rasa macam aku pon boleh buat macam yang dia jual tu. Ada sedikit unsur bangga diri disitu. Harap tidak menjadi ikutan.

Pusing pasar tak ingat donia, baru tengok jam. Hah. Dah dekat pukul 1. Bonda lupa bawak kunci rumah. Menggelabah call ayahanda. Risau takot kena marah. Sebab memang kami yang cuai. Leka shopping di pasar. HEHEHE. Nasib baik ayahanda ok. Heeee..

Dah penat semua, berjalan ke tempat parking kereta. Oh. Baru perasan. Lama jugak kami berjimba ria di pasar. Abes dah semua kereta around kereta kami. Hehe. Then tengok phone. OMG. Ada missed call. Sedih sekali. Haruslah UNKNOWN NUMBER. Kalau tidak, takde lah sedih sangat. Lately, kalau dapat call from unknown number memang suka sangat. Dengan meletakkan harapan tinggi bahawa call itu adalah untuk interview invitation. Hehe. Nampak tidak kenapa aku kena bersedih di situ? Ya. Bagus kalau nampak. Kalau tak, pegi fikir kejap. ^_^
Balik rumah menggelupur cari number tu came from where. Selongkar segala emel, segala job application. Tak jumpa. Hmmm. Nak call balik. Tapi lunch break pulak. Decided to call TM Directory. Kot-kot lah dapat membantu. Tapi hampa sekejap. Dorang cakap number tu tak didaftarkan under Telekom. Eh. How come ah? Abes takkan dorang mendaftar ngan Maxis kot. Fixed number tu. Bukan mobile number. Apa pun, abaikan. Terus berusaha lagi. Dengan memberanikan diri, call balik dorang. Nasib baik a Malay girl yang jawab. Lama weh tak speaking. Lidah keras kejung. Huhuhu. Dah dapat detect dah. Tapi PIC pulak meeting. Emm. Takpe. Tinggalkan nama. Hopefully he will return my call very soon. Amin. Lepas tu masih gigih la mencari masa bila aku apply job kat company tu. Sampaikan ayam yang beli kat pasar tu aku lupa nak setelkan. Bonda jugak yang buat. Ampun bonda.

Dah malas nak cari the sources. So, bia je lah. Nanti dia call mesti la dia cakap. Betul tak? Hmmm. So macam biasa, layan FB, YM, dan segala macam lagi sambil dengar lagu-lagu album Maher Zain. Oh. Aku suka Barakallah dengan For the Rest of My Life. Heee. Lagu tu best oh. Ops. Sorry, iklan sekejap. Lepas tu, pergi kitchen kejap blend bahan-bahan nak buat paprik tadi. Masuk balik dalam bilik, missed another call. OMG. Sedih dua kali dah. Macam biasalah. UNKNOWN NUMBER. Tried to call back. Tapi busy pulak. Nak cuba lagi mengacau customer service officer kat Telekom tu. Suddenly handphone ringing. Dalam hati dah ada taman dah masa tu. Yeay!!

Betullah. Interview invitation. Tapi kecewa sebab aku kat kampung. The lady wanted to propose 7th Sept for the interview. Rasanya untuk aku ke KL, tak jadi masalah. Tapi, nak balik raya macamana? Raya KL? Oh. Dalam mimpi pon aku tak nak. Lainlah kalau aku punya sebuah personal aircraft. Tak pon ada telecopter doraemon. Berangan. T__T Nasib baik that lady understood and cakap nanti dia call me back on Monday tengok macamana. Sebabnya after raya, on the 20th baru bukak office. So, it's either before raya or after the 20th. Malam ni kena berdoa moga-moga dorang consider. Please.. Give me the chance. Please.. Please..

And secara kesimpulannya, Jumaat kali ni boleh dikatakan bermakna bagi aku. Even tak dapat confirmed date lagi, at least they looked at my CV and shortlisted my name. Alhamdulillah. Dear ALLAH, mudahkanlah segalanya. Lembutkanlah hati mereka agar mereka mempertimbangkan permohonan aku. Semoga salah satu dari rezeki ini milik aku. Amin. Doakan ye siapa-siapa yang membaca.

Mengantok. Selamat Malam.

No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015